Pandangan Peribadi Terhadap Rawatan Sunnah Menggunakan Daun Senna atau Sanna Yang Sedang viral sekarang di FB.
Saya terpanggil untuk memberi pandangan tentang beberapa Tabib Islam khususnya yang viral di FB yang mengatakan bahawa penggunaan daun senna atau sanna merupakan rawatan sunnah nabi dengan membawa hadis dari Imam Ahmad no 25833 serta saya bawakan keputusan kajian sains tentang penggunaan daun senna atau sanna.
Pertamanya adakah nama saintifiknya Cassia senna sepertimana yang diviralkan.
Jawapannya: Beberapa tempat di India dan Pakistan , mereka menggunakan nama Cassia senna untuk menamakan daun Senna atau Sanna yang dinyatakan dalam hadis. Tetapi yang sebenarnya , dua spesies pokok yang digunakan untuk perawatan iaitu Cassia acutifolia dan Cassia angustilofa. Lihat gambar.Kedua-kedua spesies ini tidak terdapat di Malaysia. Spesies ini boleh ditemui di India , Pakistan dan negara Arab ( Middle East). Sekarang pokok ini sudah ada di Malaysia kerana dikatakan rawatan sunnah nabi. Amat mengejutkan ada diantara risalah mereka yang mengatakan Cassia alata adalah nama saintifiknya. Sedangkan spesies ini adalah nama saintifik bagi Gelenggang yang terdapat di Malaysia yang digunakan untuk ubat kurap yang digunakan bagi kegunaan luar. Ini kesalahan yang fatal dan boleh membawa kematian.
Dunia kedokteran menyatakan tidak ada bukti klinikal tentang penggunaan Senna dalam mengawal Covid-19 (Hussain et al., 2020). Bantahan ini dikeluarkan setelah berita tumbuhan Senna boleh menyembuhkan pesakit Covid-19 yang menjadi viral di Pakistan (Hamdani, Kazim; Arshad, 2020). Senna adalah jenis tumbuhan di zon tropika . Daun tanaman Senna biasanya digunakan untuk merawat perut atau usus perut dengan tujuan untuk mencuci perut secara tradisional di Timur Tengah, India dan Pakistan.
Namun , ada setengah kalangan perawat telah menhujjahkan bahawa daun senna adalah makanan sunnah nabi lalu mereka membawa hadis Nabi Saw. berkenaan dengan tumbuhan Senna sepertimana yang terdapat dalam Musnad Imam Ahamd nombor 25833:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ وَسَمِعْتُهُ أَنَا مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ جَعْفَرٍ عَنْ زُرْعَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ مَوْلًى لِمَعْمَرٍ التَّيْمِيِّ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ قَالَتْ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاذَا كُنْتِ تَسْتَشْفِينَ قَالَتْ بِالشُّبْرُمِ قَالَ حَارٌّ جَارٌّ ثُمَّ اسْتَشْفَيْتُ بِالسَّنَا قَالَ لَوْ كَانَ شَيْءٌ يَشْفِي مِنْ الْمَوْتِ كَانَ السَّنَا أَوْ السَّنَا شِفَاءٌ مِنْ الْمَوْتِ
Telah menceritakan kepada kami [Abdullah bin Muhammad], dan aku telah mendengarnya dari [Abdullah bin Muhammad bin Abu Syaibah] dia berkata, telah menceritakan kepada kami [Abu Usamah] dari [Abdul Hamid bin Ja'far] dari [Zur'ah bin Abdurrahman] dari [bekas budaknya Ma'mar at Taimi], dari [Asma binti 'Umais] dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Dengan apa kamu berubat?" dia menjawab, "Dengan Syubrum (sejenis tumbuhan berbiji)." Beliau bersabda, "Panas, panas." Lalu aku berubat dengan Sanna (sejenis tumbuhan), beliau bersabda: "Jika ada yang mampu menyembuhkan dari kematian, maka itu adalah sanna (HR. Imam Ahmad).
Selain daripada itu, Imam Turmizi juga ada menukilkan dalam Sunan Turmizi nombor 2081 tetapi Imam Turmizi mengatakan bahawa hadis ini Gharib iaitu hadis yang asing atau rare. Dengan makna lain hadis ini tidak sahih. Manakala Albani mengatakan hadis ini dhoif.
وروى الترمذي (2081) عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ : " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلَهَا: (بِمَ تَسْتَمْشِينَ؟) ، قَالَتْ: بِالشُّبْرُمِ قَالَ: (حَارٌّ جَارٌّ) ، قَالَتْ: ثُمَّ اسْتَمْشَيْتُ بِالسَّنَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ أَنَّ شَيْئًا كَانَ فِيهِ شِفَاءٌ مِنَ المَوْتِ لَكَانَ فِي السَّنَا) . وقال الترمذي " هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ " وضعفه الألباني في "ضعيف الترمذي" .
Sekarang ini, beberapa ulamak hadis telah membuat penilaian atau takhrij terhadap hadis yang terdapat didalam Musnad Imam Ahmad. Mereka mendapati bahawa Hadis di atas dari segi penyandaran matan merupakan hadis marfu’, yang bersandar kepada Nabi Saw. dan hadis ini memang diucapkan oleh Nabi Saw. Namun demikian dari segi persambungan sanad (rantai periwayat), hadis tersebut dikategori terputus iaitu tidak ada kesinambungan kepada nabi saw. Sebabnya Zur’ah Bin ‘Abdullah seorang tabi’in tidak pernah bertemu dengan sahabat. Adapun Ma'mar at-Taimi seorang hamba sahaya, yang menghubungkan antara Zur’ah Bin ‘Abdullah dan Asma Binti ‘Umais, tidak diketahui riwayatnya. Syarat sanad bersambung ialah periwayat bertemu antara guru dan murid atau sezaman di suatu wilayah. Ini bermakna rataian sanad terputus. Para ulamak hadis turut berkomentar bahawa para ulama tidak ada yang mempersoalkan para periwayat. Ini bermakna para perawi adalah thiqah dan boleh dipercayai. Memandangkan sanad hadis terputus maka hadis tersebut tidak memenuhi derajat sahih. Dengan kata lain, hadis tersebut dhaif (lemah). Jadi beberapa perawat Islam di Malaysia yang mengatakan hadis ini sahih perlu disemak semula. Sekiranya hadis tersebut sahih, maka hadis diterima sebagai amalan Islam dan bolehlah kita mengatakan bahawa menggunakan daun Senna adalah amalan Sunnah, manakala bila dhaif maka ia ditolak untuk dijadikan amalan Islam (Soetari, 1994). Namun, hadis dhaif dapat diterima menjadi amalan Islam bila dikuatkan oleh syahid dan mutabi (Soetari, 1994). Syahid adalah teks hadis lain yang menguatkan, sedangkan mutabi ialah sanad lain (Mardiana & Darmalaksana, 2020).
Namun begitu terdapat dua pokok yang dinyatakan dalam hadis tersebut iaitu
“Syubrum” (sejenis tumbuhan berbiji) dan “Sanna” (sejenis tumbuhan). Nama saintifik bagi Syubrum ialah Euphorbia piteous (Riyanto, 2017) manakala Senna adalah tanaman yang tumbuh di daerah Hijaz, yang terbaik adalah yang tumbuh di daerah Mekah (Riyanto, 2017). Para ulamak hadis juga mendapati bahawa hadis ini tidak ada asbabul wurud ( peristiwa sebab hadis ini berlaku).
Menurut buku WHO Monographs as Selected Medicinal Plants, Senna adalah daun kering dari tanaman Cassia Senna . Ada juga yang mengatakan bahawa Cassia senna adalah Alexandria senna, fan xie ye, indian Senna, Senna makki, atau true Senna (Riyanto, 2017). Senna telah disetujui oleh FDA untuk penggunaan sembelit dan termasuk di antara Obat over-the-counter (OTC), tetapi tidak ada bukti klinikal tentang penggunaan dan keberkesanan Senna dalam merawat Covid-19 (Hussain et al., 2020). Kalangan profesional menyatakan, Senna dalam Covid-19 sebagai tidak terbukti, tidak ada asas dan memperingatkan masyarakat untuk tidak menggunakan ramuan tersebut untuk menghindari kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan. (Hussain et al., 2020). Dengan demikian, penggunaan Senna banyak digunakan oleh masyarakat timur tengah tetapi harus ingat risikonya adalah melebihi manfaatnya. Oleh itu, viral di FB yang mengatakan pemakanan sunnah perlu diteliti semula kerana hadis ini lemah atau dhoif.
Di sini saya juga bawa beberapa artikel mengenai penggunaan senna dalam bahasa Inggeris.
Senna is most often used as a laxative, either to relieve constipation or in some cases, to help with weight loss. It is also an ingredient in some conventional over-the-counter laxatives.
The United States Food and Drug Administration (FDA) have approved senna as a non-prescription drug to treat constipation. The most common doses are:
* Children: 8.5 milligrams (mg) per day to cause a single bowel movement
* Children over 12 and adults: 17.2 mg per day, with no more than 34.4 mg each day
* Older adults: 17 mg per day
* Postpartum pregnancy: 28 mg per day, divided into two doses
It is not recommended to use senna for longer than 2 weeks at a time.
Risks
There have been some case reports of people suffering from liver damage, coma or nerve damage after using senna. In these cases, people were using senna at much higher than the recommended doses and for more extended periods of time.
People with certain medical conditions should not use senna, including:
* intestinal obstruction
* ulcerative colitis
* Crohn’s disease
* Appendicitis
* Dehydration
* Diarrhea
* Heart disease
Also, anyone with abdominal pain or children under the age of 2 years should not use senna.
Pregnant women and breast-feeding mothers
Senna may or may not be safe for use during pregnancy. Pregnant women with constipation should speak with their doctor before using senna or any other laxative.
Kesimpulannya ialah perlu berhati- hati penggunaannya mengikut dos yang dinyatakan . Pemakanan sunnah perlu diteliti kerana kita mudah terpedaya dengan hadis yang dibawa. Kita perlu teliti dahulu sebelum menerima hadis dari seseorang yang kita tidak mengetahui latar belakang mereka kecuali kita telah tahu tahap pemahaman hadis mereka. Hati- hati zaman fitnah sekarang.الله اعلم
0 comments:
Post a Comment