Pages

Tuesday, September 28, 2021

Mengambil Tanah Kubur Dan Baca Surah al- Qadr sebanyak 7 kali

Amalan mengambil tanah kubur dan kemudian dibacakan Surah Al Qadr ( إنا أنزلنهً في ليلت القدر) sebanyak 7 kali adakah mempunyai sandarannya. Perkara ihi ada disebut dalam sebahagian Kitab ulamak Syafei . Secara zahirnya masing-masing memetik perkara ini kerana telah ada dalam kitab- kitab yang sebelumnya. Kesemuanya merujuk kepada sumber kepada ‘Alqami ( علقمي) sepertimana yang tertulis pada hujung nukilan kitab tersebut. ‘Alqami pula memuatkannya secara wijadah dan terputus sanad yang agak jauh ( maka kemungkinan untuk berlaku kesilapan di mana- mana adalah besar). Kitab yang lebih jauh dan lebih awal disebut oleh al- Faqih al- Hubaisyi ( beliau merupakan ulamak Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan wafat pada 782 H dalam kitab beliau كتاب النورين في إصلاح الدارين . Namun beliau tidak menyebut sebagai hadis. Hanya dicatatkan begitu sahaja di bawah bab “ Perkara- Perkara yang dapat melepaskan daripada situasi- situasi akhirat” Kemungkinan ini lebih tepat iaitu bukan sebagai hadis tetapi sama ada ia daripada mujarrabat ataupun mukasyafat solihin. Ramai ulamak terutama ulamak- ulamak Syafei dan ulamak- ulamak sufi tidak ada masalah beramal dengan mujarrabat dan mukasyafat kerana ia tidak bercanggah dengan syarak yang merupakan pengalaman- pemgalaman dan pembukaan- pembukaan rabbani terhadap para solihin dan para ahlullah. Tiada larangan dari Nabi saw untuk kita berusaha sedaya upaya membantu saudara mara kita yang telah meninggal dunia dalam menghadapi kesulitan atau kesudahan alam akhirat . Sebagaimana juga kita harus berusaha sedaya upaya membantu saudara mara kita yang masih hidup dan masih menghadapi kesulitan- kesulitan atau kesusahan alam dunia. Hal- hal seperti ini selain tidak bercanggah dengan syarak dan banyak diberi perhatian besar oleh ulamak- ulamak Syafei dan ulamak sufi. Cuma pendapat agar tidak menyandarkan amalan tersebut kepada Nabi saw. والله اعلم (Petikan dari Buku Hadis Bukan Sekadar Sahih atau Tidak oleh Dr. Mohd Khafidz Soroni.)

0 comments: