Pages

Tuesday, September 28, 2021

Mengambil Tanah Kubur Dan Baca Surah al- Qadr sebanyak 7 kali

Amalan mengambil tanah kubur dan kemudian dibacakan Surah Al Qadr ( إنا أنزلنهً في ليلت القدر) sebanyak 7 kali adakah mempunyai sandarannya. Perkara ihi ada disebut dalam sebahagian Kitab ulamak Syafei . Secara zahirnya masing-masing memetik perkara ini kerana telah ada dalam kitab- kitab yang sebelumnya. Kesemuanya merujuk kepada sumber kepada ‘Alqami ( علقمي) sepertimana yang tertulis pada hujung nukilan kitab tersebut. ‘Alqami pula memuatkannya secara wijadah dan terputus sanad yang agak jauh ( maka kemungkinan untuk berlaku kesilapan di mana- mana adalah besar). Kitab yang lebih jauh dan lebih awal disebut oleh al- Faqih al- Hubaisyi ( beliau merupakan ulamak Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan wafat pada 782 H dalam kitab beliau كتاب النورين في إصلاح الدارين . Namun beliau tidak menyebut sebagai hadis. Hanya dicatatkan begitu sahaja di bawah bab “ Perkara- Perkara yang dapat melepaskan daripada situasi- situasi akhirat” Kemungkinan ini lebih tepat iaitu bukan sebagai hadis tetapi sama ada ia daripada mujarrabat ataupun mukasyafat solihin. Ramai ulamak terutama ulamak- ulamak Syafei dan ulamak- ulamak sufi tidak ada masalah beramal dengan mujarrabat dan mukasyafat kerana ia tidak bercanggah dengan syarak yang merupakan pengalaman- pemgalaman dan pembukaan- pembukaan rabbani terhadap para solihin dan para ahlullah. Tiada larangan dari Nabi saw untuk kita berusaha sedaya upaya membantu saudara mara kita yang telah meninggal dunia dalam menghadapi kesulitan atau kesudahan alam akhirat . Sebagaimana juga kita harus berusaha sedaya upaya membantu saudara mara kita yang masih hidup dan masih menghadapi kesulitan- kesulitan atau kesusahan alam dunia. Hal- hal seperti ini selain tidak bercanggah dengan syarak dan banyak diberi perhatian besar oleh ulamak- ulamak Syafei dan ulamak sufi. Cuma pendapat agar tidak menyandarkan amalan tersebut kepada Nabi saw. والله اعلم (Petikan dari Buku Hadis Bukan Sekadar Sahih atau Tidak oleh Dr. Mohd Khafidz Soroni.)

Sunday, September 19, 2021

Tumbuhan Bawang Dalam al-Quran . Allium cepa atau Basal / بصل

Nama Saintifik : Allium cepa L. Nama Arab : Basal (بصل ) Nama Inggeris : Onion Nama Hindi : Pyaj Famili : Amaryllidaceae Ayat Quran yang berkaitan dengan bawang merah ialah ayat 61 Surah A-Baqarah yang disebut dengan ‘Basal’, بصل . وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَىٰ لَنْ نَصْبِرَ عَلَىٰ طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ مِنْ بَقْلِهَا وَقِثَّائِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا ۖ قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَىٰ بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ ۚ اهْبِطُوا مِصْرًا فَإِنَّ لَكُمْ مَا سَأَلْتُمْ ۗ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۗ ذَٰلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ Terjemahan: Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya); dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh. Komentar daripada beberapa Pentafsir Al-Quran (i) Menurut Tafsir Dur al-Manthur oleh Jalaluddin Al-Suyuti ( 911 H) makna Basal بصل adalah bawang merah (ii) Menurut Tafsir Al- Basith oleh Al-Wahidi (468H) makna Basal بصل adalah bawang merah. (iii) Menurut Tafsir Al-Nukat Wal ‘Uyun oleh Mawardi (450H) juga menjelaskan bahawa Basal بصل adalah bawang merah. (iv) Menurut Tafsir Al-Jalalain oleh Al Muhalli dan Al-Suyuti (911H) juga menjelaskan bahawa Basal بصل adalah bawang merah. (v) Tafsir Al-Qadir oleh Imam Al-Syaukani (1250 H) juga menjelaskan bahawa Basal بصل adalah bawang merah. (vi) Tafsir Al-Quran Al-Azim oleh Ibnu Kasir ( 774H) juga menjelaskan bahawa Basal بصل adalah bawang merah. (vii) Tafsir Fathul Al-Bayan oleh Shodik Hasan Khan ( 1308H) juga menjelaskan bahawa Basal بصل adalah bawang merah. Menurut Hassan Al-Basri Al-Hasan ketika menafsir ayat ini beliau mengatakan bahawa mereka itu adalah orang daun bawang, bawang dan makanan (viii) Menurut Tafsir Jami’ Al-Bayan oleh Ibnu Jarir Al-Thobari 310 H juga menjelaskan bahawa Basal بصل adalah bawang merah. Penerangan Mengenai Nama Saintifik Dalam sistem klasifikasi APG III, genus Allium ditempatkan dalam keluarga Amaryllidaceae, sub-famili Allioideae (sebelumnya keluarga Alliaceae). Dalam beberapa sistem klasifikasi yang sebelumnya, Allium ditempatkan dalam keluarga Liliaceae. Kajian filogenetik molekul menunjukkan bahawa Liliaceae ini bukan monofitik. Allium adalah salah satu genus daripada lima puluh tujuh genera tumbuhan berbunga yang terdiri lebih daripada 500 spesies. Allium merupakan genus terbesar dalam famili Amaryllidaceae. Allium terdiri daripada tumbuhan berbunga monokotilon yang merangkumi bawang, bawang putih, daun bawang, bawang merah, dan daun bawang serta ratusan spesies bawang liar. Nama generik Allium adalah berasal daripada perkataan Latin untuk bawang. Sebahagian maklumat mengapa dinamakan Allium kerana merujuk kepada maksud dalam bahasa Yunani iaitu “untuk mengelak” bau bawang. Sebahagian besar bahan pemakanan untuk memasak menggunakan bahagian tumbuhan bawang untuk pelbagai rasa dan tekstur masakan. Bawang juga dijadikan sebagai tanaman hiasan. Spesies Allium boleh hidup di kawasan iklim sederhana di Hemisfera Utara, kecuali beberapa spesies Allium yang terdapat di Chile seperti Allium juncifolium, di Brazil seperti Allium sellovianum dan di kawasan Afrika yang beriklim tropika seperti Allium spathaceum kurang subur di kawasan iklim sederhana. Bunga-bunganya berbentuk umbel di bahagian atas tangkai tanpa daun. Ukuran bulp antara spesies, dari ukuran kecil (sekitar 2-3 mm diameter) hingga agak besar (8-10 cm). Beberapa spesies seperti Bawang Welsh ( Allium fistulosum) mengembangkan daun-daun yang agak tebal daripada berbentuk mentol. Tumbuhan dari genus Allium menghasilkan sebatian kimia kebanyakannya berasal dari sistein sulfoksida yang memberi kesan rasa dan bau bawang iaitu ‘alliaceous’ . Kebanyakan genus Allium digunakan sebagai bahan makanan, walaupun tidak semua genus Allium mempunyai rasa yang sama. Terdapat lebih kurang 39 spesies Allium yang dikategorikan sebagai spesies yang musahak manakala 6 spesies Allium sebagai yang sangat utama sebagai tanaman yang boleh memberi manfaat ekonomi seperti bawang (Allium cepa), French shallots (Allium oschaninii), Leeks (Allium ampeloprasum), Scallions (Alliums spp.), bawang putih (Allium sativum) dan Chives (Allium schoenoprasum). Spesies bawang boleh didapati diseluruh dunia terutama di India, Pakistan, China, Rusia, Amerika dan Eropah. Sejarah Mengenai Bawang. Banyak ahli arkeologi, ahli botani, dan sejarawan yang bekaitan dengan makanan percaya bahawa bawang berasal dari Asia Tengah. Penyelidikan lain menunjukkan bawang pertama kali ditanam di Iran dan Pakistan Barat. Namun demikian masyarakat di sini telah lama memakan bawang liar sebelum usaha penanaman dibuat. Kemungkinan besar bawang merupakan makanan sayuran sederhana dan makanan utama sejak zaman pra sejarah. Sebilangan besar para penyelidik bersetuju bahawa bawang telah ditanam sejak 5,000 tahun dahulu atau lebih. Sejak bawang tumbuh liar di berbagai wilayah, mereka telah memakan selama ribuan tahun sehinggalah ditanam sdseluruh dunia. Bawang merupakan salah satu tanaman yang paling awal ditanam kerana sifatnya yang tidak cepat mengalami kerosakan berbanding dengan bahan makanan lain serta mudah diangkut serta dapat ditanam dengan pelbagai iklim dan ketinggian tanah. Selain itu, bawang itu ia juga amat diperlukan sebagai sebahagian daripada bahan makanan utama manusia. Bawang juga boleh mencegah rasa haus dan boleh dikeringkan dan disimpan untuk bahan makanana dalam masa yang cukup lama. Terdapat catatan penanaman bawang di negeri Cina yang dirujuk dalam beberapa tulisan Veda tertua dari India, seawal 5,000 tahun yang lalu. Begitu juga di negeri Mesir, tanaman bawang dicatatkan pada 3,500 SM. Teks Sumeria bertarikh sekitar 2500 SM. juga menceritakan tentang seseorang pekerja telah membuat tampalan di kota seorang gabenor menggunakan bawang. Walaupun tempat asal bawang masih lagi tidak dapat dipastikan secara ilmiah namun banyak dokumen sokongan menggambarkan peri pentingnya penggunaan bawang sebagai makanan dan penggunaannya dalam bidang seni, perubatan malah digunakan bagi tujuan pengawetan mumia. Penggunaan Bawang Zaman Mesir Purba Bawang dijadikan sebagai objek pemujaan yang melambangkan keberkekalan bagi mereka yang menguburkan bawang bersama dengan firaun mereka. Orang Mesir melihat keberkekalan kehidupan dengan merujuk kepada sifat anatomi bawang kerana susunan lapisan kulit bawang dalam bentuk lingkaran bulatan. Raja Ramses IV, yang meninggal pada tahun 1150 SM, dimakamkan dengan meletakkan bawang di atas kelopak matanya. Bawang juga sering dijumpai diletakkan di bahagian anggota badan mumia yang lain. Lukisan bawang muncul di dinding dalam piramid dan di makam Kerajaan Lama dan Kerajaan Baru. Bawang disebut sebagai persembahan pengebumian yang digambarkan di letakkan di atas meja perjamuan perayaan besar, dan ditunjukkan di mezbah para dewa. Sejarah Bawang Orang Israel Pada Zaman Alkitab Dalam Bilangan 11: Ayat 5. (Orang Israel berkata “ Kita teringat kepada ikan yang kita makan di Mesir dengan tidak membayar apa-apa, kepada timun dan tembikai, daun bawang, bawang merah dan bawang putih.” [ In Numbers 11:5, the children of Israel lament the meager desert diet enforced by the Exodus: "We remember the fish, which we did eat in Egypt freely, the cucumbers and the melons and the leeks and the onions and the garlic."] Sejarah Bawang Orang India Seawal abad keenam, risalah perubatan cara lama telah menggunakan bawang sebagai ubat - diuretik yang baik untuk pencernaan, jantung, mata, dan sendi. Sejarah Bawang Orang Yunani Abad Pertama Doktor Pedanius Dioscorides (meninggal pada 90 SM) mencatatkan beberapa penggunaan bawang sebagai ubat. Orang Yunani menggunakannya untuk menguatkan fizikal atlet mereka semasa Sukan Olimpik. Sebelum bertanding, atlet mengambil sebiji bawang, minum jus bawang, dan menggosok bawang ke badan mereka. Sejarah Bawang Zaman Awal Empayar Rom Pengarang dan pencinta alam iaitu ‘Pliny the Elder’ ( seorang ahli falsafah bangsa Rom yang hidup pada abad pertama) menulis dalam bukunya ‘Sejarah Alam Pliny’ mengenai bawang dan kubis bangsa Pompeii. Sebelum dia ditangkap dan dibunuh ke dalam panas dan asap gunung berapi, dia membuat katalog kepercayaan Rom tentang keberkesanan bawang untuk menyembuhkan penglihatan, cepat tidur, dan menyembuhkan penyakit seperti luka di bahagian mulut, gigitan anjing, sakit gigi, disentri dan lumbago. Penggali bahan purba kota yang musnah telah menemui kebun sepertimana yang dituliskan oleh Pliny di mana banyak tanaman bawang telah tumbuh. Sejarah Bawang Orang Eropah Masakan Abad Pertengahan kerap menampilkan kacang, kubis, dan bawang. Selain dijadikan makanan untuk orang miskin dan kaya, bawang juga digunakan untuk mengurangkan sakit kepala, gigitan ular dan merawat rambut gugur. Mereka juga menggunakannya sebagai bayaran sewa dan hadiah pernikahan. Sejarah Bawang Orang Asli Amerika Batang-batang bawang liar yang tumbuh di seluruh Amerika Utara, dikumpulkan dan digunakan untuk dimakan secara mentah, dimasak dan sebagai perasa. Orang asli Amerika juga menggunakan bawang dalam minuman sirap, sebagai bahan tampalan , bahan pewarna dan juga sebagai alat mainan. Pengembaraan Pertama ke Amerika Para pengembara membawa bawang bersama mereka di Mayflower untuk ditanam. Mereka tidak tunggu lama untuk menjadikan England sebagai tanaman komersial yang popular dan dipasarkan ke New England. Satu gantang bawang dimasukkan dalam daftar muatan ke atas kapal di Long Island Sound pada tahun 1667 dan lebih banyak lagi didokumentasikan dibawa dalam kapal pada tahun 1718 menuju ke Surinam dan Barbados. Bahagian Yang Digunakan. Bahagian yang digunakan adalah rizom, daun dan biji. Mentol mengandungi minyak yang mudah mengewap dengan unsur-unsur sulfur, termasuk allyl propydisulphide, allicin, allin, flavonoid, phenolic acid, sterols, diphenylamine, protein, karbohidrat, kalsium, zat besi dan vitamin A, B, C. Khasiat bawang merah digunakan untuk perawatan tradisional pelbagai penyakit. Bawang memiliki kandungan minyak atsiri, sikloaliin, metilaliin, dihidroaliin, flavon glikosida, kuersetin, saponin, peptide, fitohormon, vitamin, zat pati. Kandungan sulfida methylallyl dan asid amino sulfur pada bawan memberikan efek penurunan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam darah dan peningkatan pada kadar kolesterol baik (HDL). Bawang merah juga menjadi salah satu obat mujarab untuk mengobati pendarahan di hidung dengan cara menghirup hirisan bawang merah saat terjadi pendarahan di hidung. Bagi yang berjerawat, bawang merah boleh gunakan untuk mengatasinya. Kandungan asid dalam bawang memiliki sifat pemutih kulit semulajadi, yang dapat membantu melawan bintik-bintik gelap bekas jerawat yang hitam dan jeragat. Bawang juga boleh merawat kelulumur kerana bahan sulfur yang terkandung di dalamnya memiliki keupayaan untuk meningkatkan peredaran darah dan boleh menguatkan rambut serta boleh mengatasi rambut gugur atau botak. Bawang merah boleh membantu menghalang kanser pada usus dan perut. Pengambilan bawang yang dikaitkan dengan tahap rendah kanser.

Mengapa Lafaz Kalimah Allah Dipanjangkan Padahal Tiada Tanda Mad

 MENGAPA LAFAZ KALIMAH 'ALLAH' DIPANJANGKAN PADAHAL TIADA TANDA MAD?


SOALAN : 


Ustaz, saya keliru satu perkara. Selama ini saya memahami, kadar panjang dua harakat akan terjadi pada mad asli secara umum serta perkataan yang bertanda ’alif, wau dan ya’ kecil. 


Soalnya ustaz, mengapa kita memanjangkan lafaz ’Allah’ dalam Al-Quran sedangkan tiada ’alif kecil’ di atas lam & ia bukannya huruf mad?


JAWAPAN : 


Soalan ini kerap ditanya ketika saya mengendalikan kuliah talaqqi Al-Quran kerana jawapannya agak sukar ditemui memandangkan tidak banyak buku tajwid membincangkannya. 


Lafzul Jalalah atau kalimah nama Tuhan, (Allah) dalam Al-Quran ditulis begini. 


 ٱللَّهِ yang mana dalam wuran majid ditulis الله


Huruf lam pada perkataan ini ditanda sabdu serta baris atas.


Jika perkataan ’Allah’ dibaca berdasarkan kefahaman tajwid umum, tidak sepatutnya lam yang bersabdu dipanjangkan 2 harakat. Ini kerana, benar seperti yang diterangkan dalam soalan di atas, panjang 2 harakat hanya wujud pada mad asli (juga beberapa mad lain) serta perkataan yang bertanda alif, wau dan ya’ kecil disampingnya.


Tetapi pada perkataan ’Allah’, tiada huruf mad asli. Tiada juga tanda alif-wau-ya kecil. Soalnya, mengapa kita memanjangkannya? Adakah bacaan kita sekarang menyalahi tajwid?


Bacaan kita tidak salah. Lafzul Jalalah memang dibaca begitu, panjang 2 harakat. Cuma kita yang masih kurang jelas alasan ia dibaca demikian. Sebenarnya ia adalah Mad Asli. Ulama tajwid & para Qurra’ bersepakat untuk tidak meletakkan sebarang petanda mad pada lafaz Allah kerana mereka ingin membezakannya dengan lafaz ’Al-Laat’ (nama tuhan berhala orang kafir) dalam Surah An-Najm, ayat 19 :


اللت


Huruf Lam pada perkataan ini ditanda dengan 'alif kecil' di atsnya. 


Seorang ulama Al-Quran terkemuka, Dr. Muhammad Salim Muhaysin menjelaskan dalam kitabnya, ’Irsyad al-Tolibin ila Dobth al-Kitab al-Mubin’ :


’Walaupun lafaz ini (perkataan ’Al-Laat’) hanya wujud pada satu tempat sahaja dalam Al-Quran, perbezaan penulisan tetap dilakukan dengan meletakkan ’alif kecil’ pada ’Al-Laat’, tetapi tidak meletakkannya pada perkataan ’Allah’. Ini untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul pada kedua-dua bacaan’.


Sekarang kita faham satu perkara : perkataan ’Allah’ tidak diletakkan tanda ’alif kecil’ di atas huruf Lam walaupun bacaannya dipanjangkan 2 harakat. Ia untuk membezakannya secara tulisan dengan perkataan ’Al-Laat’ yang ditandakan ’alif kecil’ di atas huruf Lam-nya.


Soalan seterusnya, mengapa ia dibezakan?


Untuk menjawabnya, kita akan memasuki ruang-lingkup ilmu Qiraat.


Jika bacaan diwaqafkan pada perkataan ’Al-Laat’, kesemua Qurra’ termasuk Qiraat Hafs An’ A’sim yang kita amalkan bersepakat untuk mewaqafkannya dengan Ta’ Maftuhah, sama seperti yang ditulis.  Maka bunyinya begini : ’Afaro’aitumul Laat’ (dengan bunyi huruf ’T’ di hujung).


Tetapi berlainan dengan Qiraat Kisa’ie. Mereka mewaqafkannya dengan bunyi Ta’ marbuthoh (Ta’ simpul). Dalam keadaan ini, bunyinya : ’Afaro’aitumul Laah’.


Jika anda perasan, bunyi yang Qiraat Kisa’ie amalkan ketika waqaf (Al-Laah) lebih kurang sama dengan bunyi perkataan ’Allah’ bukan?


Mungkin ada yang terkeliru menyamakan maksud ’Al-Laat’ dengan ’Allah’ kerana bunyinya hampir sama ketika waqaf (menurut Qiraat Kisa’ie sahaja). Untuk mengelakkan ia berlaku, ulama Al-Quran mengambil inisiatif membezakannya secara penulisan. 


Anda tidak perlu khuatir kerana kita tidak mengamalkan bacaan waqaf sebegitu. Cuma saya terangkannya panjang-lebar agar kefahaman terhadap perkara ini jelas.


Tuhan kita adalah ’Allah’ bukannya ’Al-Laat’, nama berhala dalam ayat 19 Surah Najm di atas.

Teks yang disembunyikan oleh Wahhabi

 KEBOHONGAN DOKTOR WAHABI YANG MENYEMBUNYIKAN FATWA ULAMANYA SENDIRI.

Berikut adalah teks yang di sembunyikan oleh Doktor Wahabi

.

MUHAMMAD BIN AHMAD BASYAMIL mengatakan :

.

عَجِيْبٌ وَغَرِيْبٌ أَنْ يَكُوْنَ أَبُوْ جَهْلٍ وَأَبُوْ لَهَبٍ أَكْثَرَ تَوْحِيْدًا للهِ وَأَخْلَصَ إِيْمَانًا بِهِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ الَّذِيْنَ يَتَوَسَّلُوْنَ بِاْلأَوْلِيَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ وَيَسْتَشْفِعُوْنَ بِهِمْ إِلَى اللهِ.

.

أَبُوْ جَهْلٍ وَأَبُوْ لَهَبٍ أَكْثَرُ تَوْحِيْدًا وَأَخْلَصُ إِيْمَانًا مِنْ هَؤُلاَءِ الْمُسْلِمِيْنَ الَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ.

.

(محمد بن أحمد باشميل، كيف نفهم التوحيد، ص/١٦).

.

Sungguh aneh dan mengherankan, ternyata Abu Jahal dan Abu Lahab lebih banyak tauhidnya kepada ALLAH dan lebih murni imannya kepada-Nya dari pada kaum muslimin yang bertawassul dengan para wali dan orang-orang shaleh dan memohon pertolongan dengan perantara mereka kepada ALLAH.

.

Ternyata Abu Jahal dan Abu Lahab lebih banyak tauhidnya dan lebih tulus imannya dari mereka kaum Muslimin yang mengucapkan Laa ilaaha illallah Muhammadur Rasulullah

.

[Muhammad Bin Ahmad Basyamil, Kaifa Nafhamut Tauhid : Halamam 16].

__

Mungkin bagi sebagian WAHANA (Wahabi National), bahwa pendapat di atas menjadi sebuah aib bagi mereka yang harus di sembunyikan.. 😀

__

.

Adapun masalah Tawassul & Tabarruk kepada orang shaleh, telah kami jelaskan pada kesempatan sebelumnya dan berikut kutibanya.

.

DALIL TENTANG TAWASSUL YANG DI ANGGAP SYIRIK.

.

Telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dari 'Amasy dari Abi Shalih dari Malik Ad-Daar dan dia adalah bendahara gudang makanan pada pemerintahan Umar Radhiallahu 'Anhu, Dia berkata :

.

أَصَابَ النَّاسَ قَحْطٌ فِي زَمَنِ عُمَرَ , فَجَاءَ رَجُلٌ إلَى قَبْرِ النَّبِيِّ ، فَقَالَ :

.

"يَا رَسُولَ اللهِ , اسْتَسْقِ لاُِمَّتِك فَإِنَّهُمْ قَدْ هَلَكُوا , فَأَتَى الرَّجُلَ فِي الْمَنَامِ فَقِيلَ لَهُ : ائْتِ عُمَرَ فَأَقْرِئْهُ السَّلاَمَ , وَأَخْبِرْهُ أَنَّكُمْ مُسْتَقِيمُونَ وَقُلْ لَهُ : عَلَيْك الْكَيْسُ , عَلَيْك الْكَيْسُ , فَأَتَى عُمَرَ فَأَخْبَرَهُ فَبَكَى عُمَرُ ، ثُمَّ قَالَ : يَا رَبِّ لاَ آلُو إلاَّ مَا عَجَزْت ، عَنْهُ.

.

Ketika orang-orang mengalami kemarau panjang saat pemerintahan Umar, kemudian seorang laki-laki datang ke makam NABI Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam seraya berkata :

.

"Ya RASULULLAH, mintakanlah hujan (kepada ALLAH) untuk umatmu karena mereka telah (hampir) binasa."

.

Kemudian orang tersebut bermimpi bertemu RASULULLAH Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam, dan dikatakan (dalam mimpinya) kepadanya :

.

"Datanglah kepada Umar dan ucapkan salam untuknya, beritahukan kepadanya mereka semua akan diturunkan hujan, katakanlah kepadanya, bersikaplah bijaksana, bersikaplah bijaksana."

.

Maka laki-laki tersebut menemui Umar dan menceritakan kepadanya akan hal itu dan Kemudian Umar berkata "Ya TUHANKU, aku tidak melalaikan urusan umat ini kecuali apa yang aku tidak mampu melakukannya."

.

[HR. Al-Baihaqi dalam kitabnya Dalail An-Nubuwah : 7/47].

.

IMAM IBNU HAJAR AL-ASQALANI Rahimahullah mengatakan :

.

وروى بن أبي شيبة بإسناد صحيح من رواية أبي صالح السمان عن مالك الداري وكان خازن عمر

.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang Shahih dari riwayat Abu Shalih As-Saman, dari Malik Ad-Daar seorang bendahara Umar.

.

[Fathul Bari : 2/495].

.

IMAM IBNU KATSIR Rahimahullah mengatakan :

.

وهذا إسناد صحيح


Hadits ini sanadnya Shahih.

.

[Al-Bidayah Wa An-Nihayah 7/106].

__

.

IMAM IBNU KATSIR Rahimahullah meriwayatkan :

.

وقد ذكر جماعة منهم الشيخ أبو منصور الصباغ في كتابه الشامل الحكاية المشهورة عن العتبي قال : كنت جالسا عند قبر النبي صلى الله عليه وسلم فجاء أعرابي فقال : السلام عليك يا رسول الله سمعت الله يقول ” ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما ” وقد جئتك مستغفرا لذنبي مستشفعا بك إلى ربي ثم أنشأ يقول : يا خير من دفنت بالقاع أعظمه فطاب من طيبهن القاع والأكم نفسي الفداء لقبر أنت ساكنه فيه العفاف وفيه الجود والكرم ثم انصرف الأعرابي فغلبتني عيني فرأيت النبي صلى الله عليه وآله وسلم في النوم فقال : يا عتبي الحق الأعرابي فبشره أن الله قد غفر له.

.

Sekelompok ulama, diantaranya Syaikh Abu Al-Manshur Al-Shabbagh dalam kitabnya Asy-Syaamil menuturkan sebuah kisah yang telah diriwayatakan oleh sahabat Al-Utbi bahwa ketika Ia sedang duduk di dekat kubur Nabi ﷺ , datanglah seorang Arab Badui lalu ia Mengucapkan :

.

Assalamu'alaika Yaa Rasulullah, aku telah mendengar ALLAH Berfirman :

.

وَلَوْ اَنَّهُمْ اِذْ ظَّلَمُوْۤا اَنْفُسَهُمْ جَآءُوْكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللّٰهَ وَاسْتَغْفَرَ لَـهُمُ الرَّسُوْلُ لَوَجَدُوا اللّٰهَ تَوَّابًا رَّحِيْمًا

.

Dan sungguh, sekiranya mereka setelah menganiyaya dirinya datang kepadamu (Muhammad),

.

Lalu memohon ampunan kepada ALLAH & RASUL pun memohonkan ampunan untuk mereka, niscaya mereka mendapati ALLAH maha penerima tobat, maha penyayang

.

[QS. An-Nisa’ : 64]

.

Sesungguhnya Aku datang kepadamu (Muhammad) untuk memohonkan ampunan atas dosaku & juga mengharap Syafa’at denganmu kepada Tuhanku. Kemudian lelaki tersebut mengumandangkan Syair :

.

يا خير من دفنت بالقاع أعظمه فطاب من طيبهن القاع والأكم.

نفسي الفداء لقبر أنت ساكنه فيه العفاف وفيه الجود والكرم.

.

Wahai sebaik baik orang yang di kebumikan di lembah ini lagi paling agung, maka menjadi harumlah dari pancaran keharumannya semua lembah dan pengunungan ini. Diriku sebagai tebusan kubur yang engkau menjadi penghuninya, di dalamnya terdapat kehormatan, kedermawanan dan kemuliaan

.

Al-Utbi melanjutkan kisahnya :

.

Kemudian lelaki Badui itu pergi, dan dengan serta merta mataku terasa mengantuk sekali hingga tertidur. Di dalam tidurku itu aku bermimpi berjumpa dengan RASULULLAH ﷺ lalu beliau Bersabda :

.

Wahai Utbi, Susullah orang Badui itu dan sampaikanlah berita gembira kepadanya bahwa ALLAH Telah Mengampuni-Nya.

.

[Tafsir Ibnu Katsir QS. An-Nisa', Ayat 64 : Halaman 282-284]

__

.

IMAM IBNU HIBBAN Rahimahullah mengatakan :

.

وَقَبْرُهُ بِسَنَا بَاذْ خَارِجَ النَّوْقَانِ مَشْهُوْرٌ يُزَارُ بِجَنْبِ قَبْرِ الرَّشِيْدِ قَدْ زُرْتُهُ مِرَارًا كَثِيْرَةً وَمَا حَلَّتْ بِي شِدَّةٌ فِي وَقْتِ مَقَامِي بِطُوْسٍ فَزُرْتُ قَبْرَ عَلِّى بْنِ مُوْسَى الرِّضَا صَلَوَاتُ اللهِ عَلَى جَدِّهِ وَعَلَيْهِ وَدَعَوْتُ اللهَ إِزَالَتَهَا عَنِّى إِلاَّ اسْتُجِيْبَ لِي وَزَالَتْ عَنِّى تِلْكَ الشِّدَّةَ وَهَذَا شَئٌ جَرَّبْتُهُ مِرَارًا فَوَجَدْتُهُ كَذَلِكَ.

.

Makam Ali Bin Musa di sanabadz di sebelah luar nauqan sudah masyhur dan diziarahi, berada di samping makam Ar-Rasyid.

.

Saya sudah sering kali menziarahinya dan saya tidak mengalami kesulitan ketika saya berada di thus kemudian saya berziarah ke makam Ali Bin Musa Ar-Ridho yang semoga Shalawat dari ALLAH dihaturkan kepada kakeknya (Nabi MUHAMMAD) dan kepadanya.

.

Saya berdoa kepada ALLAH untuk menghilangkan kesulitan tersebut, kecuali dikabulkan untuk saya dan kesulitan itu pun lenyap dari saya dan inilah yang saya alami berkali-kali, dan saya temukan seperti itu.

.

[Imam Ibnu Hibban dalam kitabnya Ats-Tsiqat : 8/457]>

__

.

IMAM ADZ-DZAHABI Rahimahullah mengatakan :

.

وابن لآل الإمام أبو بكر أحمد بن علي بن أحمد الهمذاني . قال شيرويه : كان ثقة أوحد زمانه مفتي همذان له مصنفات في علوم الحديث غير انه كان مشهورا بالفقه له كتاب " السنن " و " معجم الصحابة " . عاش تسعين سنة والدعاء عند قبره مستجاب

.

Ibnu La'al adalah seorang imam, Abu Bakar Ahmad Bin Ali Bin Ahmad Al-Hamdzani.

.

Syairawaih berkata bahwa beliau tsiqot (terpercaya), orang alim tunggal di masanya. Mufti Hamdzan, memiliki banyak karya di bidang hadits, juga masyhur dengan ilmu fikih. Mempunyai kitab As-Sunan dan Mu'jamul Shahabah.

.

Hidup hingga berumur 90 tahun dan berdoa di sisi kuburanya adalah mustajab.

.

[Imam Adz-Dzahabi dalam kitabnya Al-Ibar : 1 /175].

__

.

IMAM ADZ-DZAHABI Rahimahullah mengatakan :

.

وَقَالَ أَبُو عَلِيٍّ الغَسَّانِيُّ: أَخْبَرَنَا أَبُو الفَتْحِ نَصْرُ بنُ الحَسَنِ السَّكتِيُّ السَّمرقندِيُّ، قَدِمَ عَلَيْنَا بَلَنْسِيَةَ عَامَ أَرْبَعِيْنَ وَسِتِّيْنَ وَأَرْبَعِ مائَةٍ، قَالَ: قَحطَ المَطَرُ عِنْدنَا بِسَمَرْقَنْدَ فِي بَعْضِ الأَعْوَامِ، فَاسْتسقَى النَّاسُ مِرَاراً، فَلَمْ يُسْقَوا، فَأَتَى رَجُلٌ صَالِحٌ مَعْرُوْفٌ بِالصَّلاَحِ إِلَى قَاضِي سَمَرْقَنْدَ فَقَالَ لَهُ: إِنِّي رَأَيْتُ رأْياً أَعرضُهُ عَلَيْكَ. قَالَ: وَمَا هُوَ؟ قَالَ: أَرَى أَنْ تخرجَ وَيخرجَ النَّاسُ مَعَكَ إِلَى قَبْرِ الإِمَامِ مُحَمَّدِ بنِ إِسْمَاعِيْلَ البُخَارِيِّ، وَقبرُهُ بخَرْتَنْك، وَنستسقِي عِنْدَهُ، فعسَى اللهُ أَنْ يَسْقِينَا. قَالَ: فَقَالَ القَاضِي: نِعْمَ مَا رَأَيْتَ. فَخَرَجَ القَاضِي وَالنَّاسُ مَعَهُ، وَاسْتسقَى القَاضِي بِالنَّاسِ، وَبَكَى النَّاسُ عِنْدَ القَبْرِ، وَتشفَّعُوا بصَاحِبِهِ، فَأَرسلَ اللهُ -تَعَالَى- السَّمَاءَ بِمَاءٍ عَظِيْمٍ غَزِيْرٍ أَقَامَ النَّاسُ مِنْ أَجلِهِ بِخَرْتَنْك سَبْعَةَ أَيَّامٍ أَوْ نحوَهَا، لاَ يَسْتَطيعُ أَحَدٌ الوُصُوْلَ إِلَى سَمَرْقَنْدَ مِنْ كَثْرَةِ المَطَرِ وَغزَارتِهِ، وَبَيْنَ خرتنك وَسَمَرْقَنْد نَحْوَ ثَلاَثَةَ أَمِيَالٍ.

.

Abu 'Ali Al-Gassani berkata bahwa telah mengkhabarkan kepada kami Abu Al-Fath Nasr Ibnul Hasan As-Sakti As-Samarqandi bahwa suatu ketika dalam beberapa tahun kami penduduk samarqand mendapati musim kemarau dan banyak orang ketika itu telah melakukan shalat Istisqa', namun hujan tidak juga turun.

.

Kemudian datang seseorang yang dikenal sebagai orang shaleh menghadap penguasa samarqand seraya berkata :

.

"Saya punya pendapat maukah engkau mendengarkannya?"

.

Penguasa tersebut berkata : "Baiklah, apa pendapatmu?"

.

Orang shaleh itupun berkata : "Menurutku engkau harus keluar bersama segenap rakyatmu untuk menuju makam Imam Muhammad Ibn Isma'il Al-Bukhari dan makam beliau berada di Kharatnak, engkau berdoalah dan meminta hujan (kepada ALLAH) di sana, dengan begitu semoga ALLAH menurunkan hujan bagi kita."

.

Sang penguasa berkata : "Aku akan lakukan saranmu itu."

.

Maka keluarlah penguasa samarqand tersebut dengan orang yang banyak menuju makam Imam Al-Bukhari, banyak sekali orang yang menangis di sana, mereka semua meminta tolong (kepada ALLAH) dengan perantara Imam Al-Bukhari.

.

Kemudian ALLAH menurunkan hujan yang sangat deras, hingga orang-orang saat itu menetap di Kharatnak sekitar tujuh hari, tidak ada seorangpun dari mereka yang dapat pulang ke samarqand karena banyak dan derasnya hujan, padahal jarak antara samarqand dan Kharatnak sekitar tiga mil.

.

[Siyar A'lam An-Nubala' : 12/14].

__

.

DALIL TENTANG TABARRUK YANG DI ANGGAP SYIRIK.

.

RASULULLAH Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : 

.

البركة مع أكابركم

.

Keberkahan itu bersama orang-orang besar kalian.

.

[HR. Ibnu Hibban : No. 559, Al-Baihaqi dalam Syu'abul Iman : No. 11004, Al-Hakim : No. 210 dan dikatanya hadits ini Shahih sesuai syarat Al-Bukhari]

.

SAYYIDINA IBNU ABBAS Radhiallahu 'Anhu mengatakan :

.

Yang di maksud "AKAABIR" (Orang-Orang Besar) adalah AHLUL 'ILMI (Ulama).

.

[Jami'ul Ahaadits : No. 10505].

__

.

Dari ANAS BIN MALIK Radhiallahu 'Anhu, dia mengatakan :

.

وَإِذَا أَمَرَهُمْ ابْتَدَرُوا أَمْرَهُ، وَإِذَا تَوَضَّأَ كَادُو يَقْتَتِلُونَ عَلَى وَضُوئِهِ

.

Jika RASULULLAH memerintahkan sesuatu, para sahabat berkumpul untuk menjalankan perintahnya dan apabila beliau berwudhu, para sahabat hampir-hampir berperang (ingin) mendapatkan air sisa wudhu'nya.

.

[HR. Ahmad : No. 18166].

.

Dari ABU JUHAIFAH Radhiallahu 'Anhu, dia mengatakan :


خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللهِ بِالْهَاجِرَةِ فَأُتِيَ بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَجَعَلَ النَّاسُ يَأْخُذُونَ مِنْ فَضْلِ وَضَوئِهِ فَيَتَمَسَّحُونَ بِهِ.

.

RASULULLAH Shallallahu 'Aaihi Wa Sallam mendatangi kami saat hari panas terik, dan air wudhu' disiapkan untuk beliau.

.

Setelah selesai wudhu', maka mulailah manusia mengambil sisa wudhu' beliau dan mengusap-usapkanya (ke badan mereka).

.

[HR. Bukhari : 187 & Muslim : 1151]

.

IMAM AN-NAWAWI Rahimahullah berkata :

.

وفى هذا الحديث دليل على استحباب التبرك بآثار الصالحين وثيابهم

.

Dalam hadits ini bisa menjadi dalil bahwa ada hal yang disukai jika bertabarruk dengan bekas-bekas orang shalih dan pakaian mereka.

.

[Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim : 14/44]

__

.

Beliau IMAM AN-NAWAWI Rahimahullah juga mengatakan :

.

 ففيه التبرك بآثار الصالحين واستعمال فضل طهورهم وطعامهم وشرابهم ولباسهم

.

Pada hadits ini adanya bukti tentang bertabarruk dengan sisa-sisa orang shalih dan memanfaatkan sisa air bersuci mereka, makanan, minuman, dan pakaian mereka.

.

[Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim : 4/219].

.

IMAM AS-SUYUTHI Rahimahullah mengatakan :

.

وهذا الحديث أصل في التبرك باثار الصالحين ولباسهم

.

Hadits ini merupakan dasar tentang bertabarruk dengan bekas-bekas orang shalih dan pakaian mereka.

.

[Hasyiyah Ibnu Majah : Halaman 105].

.

IMAM ABDRUDDIN AL-'AINI Rahimahullah mengatakan :

.

فيه الدلالة على جواز التبرك بآثار الصالحين

.

Pada hadits ini merupakan dalil bolehnya bertabarruk dengan bekas-bekas orang-orang shalih.

.

[‘Umdatul Qari : 4/386].

.

IMAM ABUL HASAN AS-SINDI Rahimahullah mengatakan :

.

وفيه من التبرك بآثار الصالحين مالا

.

Pada hadits ini merupakan bukti adanya tabarruk kepada bekas-bekas harta orang shalih.

.

[Hasyiyah As-Sindi 'Alan Nasa'i : 2/38].

__

.

IMAM ADZ-DZAHABI Rahimahullah meriwayatkan :

.

قال عبد الله بن أحمد : رأيت أبي يأخذ شعرة من شعر النبي صلى الله عليه وسلم فيضعها على فمه يُقبّلُها . وأحسب أنّي رأيته يضعها على عينيه , ويغمسها في الماء ويشربه يستشفي به . ورأيته أخذ قصعة من شعر النبي صلى الله عليه وسلم فغسلها في جبّ الماء ثم شرب فيها , ورأيته يشرب من ماء زمزم يستشفي به يمسح به يديه ووجهه : قلتُ: أين (المُتَنَطِّع) المُنكِر على أحمد ؟؟ وقد ثبت أن عبد الله سأل أباه عمن يلمَسُ رُمَّانة منبر النبي صلى الله عليه وسلم, ويَمَسُّ الحجرة النبوية, فقال: لا أرى بذلك بأساً. أعاذنا الله وإياكم من رأي (الخوارج) ومن (البدع)

.

Abdullah bin Ahmad bin Hanbal (Putra Imam Ahmad Bin Hanbal) Berkata :

.

Aku telah melihat ayahku (Imam Ahmad) mengambil sehelai rambut NABI Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam kemudian meletakan di mulutnya dan menciuminya.

.

Aku juga melihatnya meletakkan rambut itu di tengah-tengah kedua matanya kemudian beliau mencelupkannya ke dalam air dan meminum airnya untuk dijadikan obat dengannya.

.

Aku juga pernah melihat ayahku (Imam Ahmad) mengambil wadah berisi rambut NABI Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam lalu ayahku mencucinya di dalam kantong air kemudian meminum dengannya.

.

Aku juga melihat ayahku (Imam Ahmad) minum air zamzam berharap sembuh dengannya dan mengusapkannya ke kedua tangan dan wajahnya.

.

Aku (Adz-Dzahabi) katakan :

.

Adakah orang berlebihan yang memungkiri Imam Ahmad ?

.

Sungguh telah tetap bahwasanya Abdullah telah bertanya pada ayahnya (imam Ahmad) tentang orang yang menyentuh pegangan mimbar NABI Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam dan juga menyentuh kamar NABI Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam.!

.

Maka ayahnya (Imam Ahmad) menjawab :

.

Yang demikian itu tidak Apa-Apa.

.

Aku (Adz-Dzahabi) katakan :

.

Semoga kami dan kalian di lindungi ALLAH dari Pemahaman Khawarij & dari Bid'ah Bid'ah

.

[Siyar A'lam An-Nubala : 11/212].

__

.

IMAM IBNU 'ASAKIR Rahimahullah menuliskan kisah berikut ini :

.

قال الربيع: إن الشافعي خرج إلى مصر وأنا معه فقال لي يا ربيع خذ كتابي هذا، فامض به وسلمه إلى أبي عبدالله أحمد بن حنبل، وائتني بالجواب.

.

فدخلت بغداد ومعي الكتاب، فلقيت أحمد بن حنبل صلاة الصبح، فصلّيت معه الفجر، فلما انفتل من المحراب سلّمت إليه الكتاب، وقلت له: هذا كتاب أخيك الشافعي من مصر، فقال أحمد: نظرت فيه قلت: لا، فكسر أبو عبدالله الختم وقرأ الكتاب، وتغرغرت عيناه بالدموع، فقلت: إيش فيه يا أبا عبدالله قال: يذكر أنه رأى النبي (صلى الله عليه وسلم) في النوم، فقال له: اكتب إلى أبي عبدالله أحمد بن حنبل، واقرأ عليه مني السلام، وقل: إنك ستُمتحن وتدعى إلى خلق القرآن فلا تجبهم، فسيرفع الله لك علماً إلى يوم القيامة. قال الربيع: فقلت: البشارة، فخلع أحد قميصيه الذي يلي جلده ودفعهُ إليّ، فأخذته وخرجت إلى مصر، وأخذت جواب الكتاب فسلّمته إلى الشافعي، فقال لي الشافعي: يا ربيع إيش الذي دفع إليك قلت: القميص الذي يلي جلده، قال الشافعي: ليس نفجعك به، ولكن بُلّه وادفع إليّ الماء لأتبرك به

.

Rabi’ berkata :

.

Ketika Imam Asy-Syafi'i pergi ke mesir bersamaku, lalu dia berkata kepadaku, "Wahai Rabi’, ambil surat ini dan serahkan kepada Abu Abdillah Ahmad Bin Hanbal (Imam Ahmad) dan setelah itu datanglah kepadaku dengan membawa jawabannya."

.

Ketika aku memasuki Baghdad dengan membawa surat itu, lalu aku melihat Imam Ahmad sedang shalat shubuh, maka aku pun ikut shalat di belakang beliau.

.

Setelah beliau hendak beranjak dari mihrab, aku serahkan surat itu, "Ini surat dari saudaramu Imam Syafi'i di Mesir, Kataku.", "Apa kau telah melihat isi surat ini.?” tanya Imam Ahmad.

.

Aku jawab : "Tidak."

.

Lalu beliau membuka dan membaca isi surat itu dan sejenak kemudian, kulihat beliau berlinang air mata.

.

"Apa isi surat itu wahai Abu Abdillah.?" tanyaku. "Isinya menceritakan bahwa Imam Asy-Syafi'i bermimpi bertemu RASULULAH Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam dan beliau bersabda :

.

"Tulislah surat kepada Ahmad Bin Hanbal dan sampaikan salamku kepadanya beserta kabarkan padanya bahwa dia akan mendapatkan ujian untuk dipaksa mengakui bahwa Al-Qur'an adalah mahluk, maka janganlah turuti mereka, ALLAH akan meninggikan ilmu bagimu hingga hari kiamat."

.

Aku katakan bahwa "Ini adalah kabar gembira." Lalu beliau (Imam Ahmad) melepaskan gamis yang melekat di kulitnya, dia memberikan kepadaku dan aku mengambilnya lalu membawanya ke mesir beserta jawaban suratnya.

.

Aku menyerahkannya kepada Imam Asy-Syafi'i. dan beliau bertanya, "Wahai Rabi', apa yang diberikan Ahmad padamu.?"

.

Aku menjawab, "Gamis yang melekat dengan kulit beliau."

.

Lalu Imam Asy-Syafi'i berkata, "Aku tidak akan merisaukanmu, tapi basahi gamis itu dengan air, lalu berikan kepadaku air itu, aku ingin Ber-Tabarruk dengannya.

.

[Mukhtashar Tarikh Damasyq : 1/400].

__

Semoga bermanfaat, Wassalamualaikum.🙏

Kitab Ahkam al - Quran احكمً القرأن karangan Inam Syafei

 Antara kitab karangan Imam Syafei yang sangat bernilai ialah Kitab Ahkam al-Quran yang mana dimasukkan ayat-ayat quran yang nasikh dan mansukh. Kitab ini ditulis lebih awal daripada Kitab Risalah. Beliau adalah orang pertama yang menulis tentang perkara ini.


Al-Rabi’ menceritakan bahwa apabila al-Syafei hendak menulis Ahkam al-Quran, beliau mengkhatamkan al-Quran terlebih dahulu sebanyak seratus kali. Selanjutnya Muhammad bin Abdul Malik al-Misri mengatakan bahawa apabila seseorang lelaki memasuki rumah al-Syafei sebelum fajar dan beliau mendapati al-Syafei sedang memandang ke mushaf al-Quran. Lelaki itu bertanya. “ Waktu seperti inipun kamu masih melakukan ini wahai Abu Abdillah? al- Syafei menjawab , aku melakukan ini sejak selesai solat isya lagi iaitu untuk menyemak mengenai hukum-hakam al-Quran’


Sayangnya buku ini telah hilang ditelan masa. Hingga saat ini manuskripnya masih tidak ditemui lagi di mana- mana perpustakaan dunia. Kitab Ahkam al-Quran yang dinisbahkan kepada Al-Syafei pada hari ini sebenarnya adalah tulisan Imam al-Bayhaqi. Beliau mengumpulkan ucapan-ucapan al-Syafei berkenaan tafsir dan hukum al-Quran dari semua buku-buku.

والله اعلم


Realiti Kebebasan Berpendapat di Media Sosial

 Realiti Kebebasan Berpendapat di Media Sosial

Di zaman modern saat ini, dengan adanya media sosial  dan internet, seseorang dengan mudah berbicara dan menyampaikan pendapatnya. Akan tetapi media sosial ada juga sisi negatifnya, iaitu setiap orang bebas berbicara yg negatif, mencaci dan mencela. Lebih bebas daripada di dunia nyata kerana ia boleh berselindung   di sebalik  akaun sosialnya sama ada mengguna nama yg betul atau nama samaran. Hukumnya sama saja. 

Sebagai seorang mukmin, tentu sangat tidak layak berbicara kasar, mencela dan melaknat tak kira masa , tempat sama ada nyata atau maya. 

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

 ﺇِﻥَّ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻦَ ﻟَﻴْﺲَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻌَّﺎﻥِ ﻭَﻟَﺎ ﺍﻟﻄَّﻌَّﺎﻥِ، ﻭَﻟَﺎ ﺍﻟْﻔَﺎﺣِﺶِ ﻭَﻟَﺎ ﺍﻟْﺒَﺬِﻱﺀِ

“Sesungguhnya orang mukmin itu orang yang tidak suka melaknat, mencela, berkata keji dan kotor” (HR. Ahmad 1/416; Hadis Sahih).


Bangkrap Akibat Lisan yang Buruk di Media Sosial 


Hendaknya kita berhati-hati menjaga lisan kita di dunia nyata dan menjaga tulisan serta komentar kita di dunia maya. Kerana tulisan ini kedudukannya sama dengan ucapan lisan. Sebagaimana kaidah fiqh:


الكتابة تنزل  منزلة القول

“Tulisan (hukumnya) sebagaimana lisan”


Ketika lisan suka mencaci, mencela, melaknat, ghibah dan berkata-kata kotor kepada orang lain, ini sama saja kita akan “membahagi-bahagi pahala secara percuma tanpa kita sedari” kepada mereka kemudian kita akan bangkrap nanti. Mengapa demikian? Kerana dengan lisan dan tulisan kita, mereka yang kita cela dan caci-maki adalah pihak yang kita zalimi. Jika kita tidak meminta maaf di dunia, maka urusan akan berlanjut di akhirat.

Di akhirat kita tidak mampu meminta maaf begitu saja, akan tetapi ada kaedah gantinya atau kompensasi . Kompensasi tersebut bukan wang ataupun harta. Kerana ini sudah tidak bermanfaat di hari kiamat.


Allah berfirman,

ﻳَﻮْﻡَ ﻟَﺎ ﻳَﻨْﻔَﻊُ ﻣَﺎﻝٌ ﻭَﻟَﺎ ﺑَﻨُﻮﻥَ ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﻦْ ﺃَﺗَﻰ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺑِﻘَﻠْﺐٍ ﺳَﻠِﻴﻢٍ


“Pada hari dimana harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang selamat” (Asy-Syu’araa`: 88-89).


Kompensasi Berat Atas Buruknya Lisan di Media Sosial.


Kompensasinya adalah sebagai berikut:


 1. Jika punya pahala kebaikan seperti pahala shalat dan puasa, maka akan dibagi-bagikan kepada mereka yang dizalimi di dunia.

 2. Jika yang menzalimi (mencela dan memaki) sudah habis pahalanya, maka dosa orang yang dizalimi akan ditimpakan dan diberikan kepada orang yang menzalimi.

Inilah yang disebut dengan orang yang bangkrap atau “muflis” di hari kiamat berdasarkan hadits berikut,


أَتَدْرُونَ مَنِ الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ فَقَالَ إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

“Apakah kamu tahu siapakah orang yang  muflis itu?”

Para sahabat menjawab, ”Muflis itu adalah orang yang tidak mempunyai dirham maupun harta benda.”

Tetapi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Muflis dari umatku ialah, orang yang datang pada hari Kiamat membawa (pahala) shalat, puasa dan zakat, namun (ketika di dunia) dia telah mencaci dan salah menuduh orang lain, makan harta, menumpahkan darah dan memukul orang lain (tanpa hak). Maka orang-orang itu akan diberi pahala dari kebaikan-kebaikannya. Jika telah habis kebaikan-kebaikannya, maka dosa-dosa mereka akan ditimpakan kepadanya, kemudian dia akan dilemparkan ke dalam neraka” (HR.Muslim)

Pandangan Peribadi Terhadao Rawatan Sunnah Daun Senna atau Sena @ Cassia senna @ Cassia acutifolia dan Cassia angustilofa







Pandangan Peribadi Terhadap Rawatan Sunnah Menggunakan Daun Senna atau Sanna Yang Sedang viral sekarang di FB.


Saya terpanggil untuk memberi pandangan tentang beberapa Tabib Islam khususnya yang viral di FB yang mengatakan bahawa penggunaan daun senna atau sanna merupakan rawatan sunnah nabi dengan membawa hadis dari Imam Ahmad no 25833 serta saya bawakan keputusan kajian sains tentang penggunaan daun senna atau sanna.


Pertamanya adakah nama saintifiknya Cassia senna sepertimana yang diviralkan.

Jawapannya: Beberapa tempat di India dan Pakistan , mereka menggunakan nama Cassia senna untuk menamakan daun Senna atau Sanna yang dinyatakan dalam hadis. Tetapi yang sebenarnya , dua spesies pokok yang digunakan untuk perawatan iaitu Cassia acutifolia dan Cassia angustilofa. Lihat gambar.Kedua-kedua spesies ini tidak terdapat di Malaysia. Spesies ini boleh ditemui di India , Pakistan dan negara Arab ( Middle East). Sekarang pokok ini sudah ada di Malaysia kerana dikatakan rawatan sunnah nabi. Amat mengejutkan ada diantara risalah mereka yang mengatakan Cassia alata adalah nama saintifiknya. Sedangkan spesies ini adalah nama saintifik bagi Gelenggang  yang terdapat di Malaysia yang digunakan untuk ubat kurap yang digunakan bagi kegunaan luar. Ini kesalahan yang fatal dan boleh membawa kematian.


Dunia kedokteran menyatakan tidak ada bukti klinikal  tentang penggunaan Senna dalam mengawal  Covid-19 (Hussain et al., 2020). Bantahan ini dikeluarkan setelah berita tumbuhan Senna boleh menyembuhkan pesakit Covid-19 yang menjadi viral di Pakistan (Hamdani, Kazim; Arshad, 2020). Senna adalah jenis tumbuhan di zon tropika . Daun tanaman Senna biasanya digunakan untuk merawat perut atau usus perut dengan tujuan untuk mencuci perut secara tradisional di Timur Tengah, India dan Pakistan.


Namun , ada setengah kalangan perawat  telah menhujjahkan bahawa daun senna adalah makanan sunnah nabi lalu mereka membawa hadis Nabi Saw. berkenaan dengan tumbuhan Senna sepertimana yang terdapat dalam  Musnad Imam Ahamd nombor 25833:


‎حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ وَسَمِعْتُهُ أَنَا مِنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ جَعْفَرٍ عَنْ زُرْعَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ مَوْلًى لِمَعْمَرٍ التَّيْمِيِّ عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ قَالَتْ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاذَا كُنْتِ تَسْتَشْفِينَ قَالَتْ بِالشُّبْرُمِ قَالَ حَارٌّ جَارٌّ ثُمَّ اسْتَشْفَيْتُ بِالسَّنَا قَالَ لَوْ كَانَ شَيْءٌ يَشْفِي مِنْ الْمَوْتِ كَانَ السَّنَا أَوْ السَّنَا شِفَاءٌ مِنْ الْمَوْتِ


Telah menceritakan kepada kami [Abdullah bin Muhammad], dan aku telah mendengarnya dari [Abdullah bin Muhammad bin Abu Syaibah] dia berkata, telah menceritakan kepada kami [Abu Usamah] dari [Abdul Hamid bin Ja'far] dari [Zur'ah bin Abdurrahman] dari [bekas budaknya Ma'mar at Taimi], dari [Asma binti 'Umais] dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Dengan apa kamu berubat?" dia menjawab, "Dengan Syubrum (sejenis tumbuhan berbiji)." Beliau bersabda, "Panas, panas." Lalu aku berubat dengan Sanna (sejenis tumbuhan), beliau bersabda: "Jika ada yang mampu menyembuhkan dari kematian, maka itu adalah sanna (HR. Imam Ahmad).


Selain daripada itu, Imam Turmizi juga ada menukilkan dalam Sunan Turmizi nombor 2081  tetapi Imam Turmizi mengatakan bahawa hadis ini Gharib iaitu hadis yang asing atau rare.  Dengan makna lain hadis ini tidak sahih. Manakala Albani mengatakan hadis ini dhoif.


وروى الترمذي (2081) عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ : " أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلَهَا: (بِمَ تَسْتَمْشِينَ؟) ، قَالَتْ: بِالشُّبْرُمِ قَالَ: (حَارٌّ جَارٌّ) ، قَالَتْ: ثُمَّ اسْتَمْشَيْتُ بِالسَّنَا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: (لَوْ أَنَّ شَيْئًا كَانَ فِيهِ شِفَاءٌ مِنَ المَوْتِ لَكَانَ فِي السَّنَا) . وقال الترمذي " هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ " وضعفه الألباني في "ضعيف الترمذي" .


Sekarang ini, beberapa ulamak hadis telah membuat penilaian atau takhrij terhadap hadis yang terdapat didalam Musnad Imam Ahmad. Mereka mendapati bahawa  Hadis di atas dari segi penyandaran matan merupakan hadis marfu’, yang bersandar kepada Nabi Saw. dan hadis ini memang  diucapkan oleh Nabi Saw.  Namun demikian dari segi persambungan sanad (rantai periwayat), hadis tersebut dikategori terputus  iaitu tidak ada kesinambungan kepada nabi saw. Sebabnya Zur’ah Bin ‘Abdullah seorang tabi’in tidak pernah bertemu dengan sahabat. Adapun Ma'mar at-Taimi seorang hamba sahaya, yang menghubungkan antara Zur’ah Bin ‘Abdullah dan Asma Binti ‘Umais, tidak diketahui riwayatnya. Syarat sanad bersambung ialah periwayat bertemu antara guru dan murid atau sezaman di suatu wilayah. Ini bermakna rataian sanad terputus. Para ulamak hadis turut berkomentar bahawa para ulama tidak ada yang mempersoalkan para periwayat. Ini bermakna para perawi adalah thiqah dan boleh dipercayai. Memandangkan sanad hadis terputus maka hadis tersebut tidak memenuhi derajat sahih. Dengan kata lain, hadis tersebut dhaif (lemah). Jadi beberapa perawat Islam di Malaysia yang mengatakan hadis ini sahih perlu disemak semula. Sekiranya hadis tersebut  sahih,  maka hadis diterima sebagai amalan Islam dan bolehlah kita mengatakan bahawa menggunakan daun Senna adalah amalan Sunnah, manakala  bila dhaif maka ia ditolak untuk dijadikan amalan Islam (Soetari, 1994). Namun, hadis dhaif dapat diterima menjadi amalan Islam bila dikuatkan  oleh syahid dan mutabi (Soetari, 1994). Syahid adalah teks hadis lain yang menguatkan, sedangkan mutabi ialah sanad lain (Mardiana & Darmalaksana, 2020).

Namun begitu terdapat dua pokok yang dinyatakan dalam hadis tersebut iaitu 

 “Syubrum” (sejenis tumbuhan berbiji) dan “Sanna” (sejenis tumbuhan). Nama saintifik bagi Syubrum ialah Euphorbia piteous (Riyanto, 2017) manakala Senna adalah tanaman yang tumbuh di daerah Hijaz, yang terbaik adalah yang tumbuh di daerah Mekah (Riyanto, 2017). Para ulamak hadis juga mendapati bahawa hadis ini tidak ada asbabul wurud ( peristiwa sebab hadis ini berlaku).

Menurut buku WHO Monographs as Selected Medicinal Plants, Senna adalah daun kering dari tanaman Cassia Senna . Ada juga yang mengatakan bahawa Cassia senna  adalah Alexandria senna, fan xie ye, indian Senna, Senna makki, atau true Senna (Riyanto, 2017). Senna telah disetujui oleh FDA untuk penggunaan sembelit dan termasuk di antara Obat over-the-counter (OTC), tetapi tidak ada bukti klinikal  tentang penggunaan dan keberkesanan Senna dalam merawat Covid-19 (Hussain et al., 2020). Kalangan profesional menyatakan, Senna dalam Covid-19 sebagai tidak terbukti, tidak ada asas dan memperingatkan masyarakat untuk tidak menggunakan ramuan tersebut untuk menghindari kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.  (Hussain et al., 2020). Dengan demikian, penggunaan Senna banyak digunakan oleh masyarakat timur tengah tetapi harus ingat risikonya adalah melebihi manfaatnya. Oleh itu, viral di FB yang mengatakan pemakanan sunnah perlu diteliti semula kerana hadis ini lemah atau dhoif.


Di sini saya juga bawa beberapa artikel mengenai penggunaan senna dalam bahasa Inggeris.


Senna is most often used as a laxative, either to relieve constipation or in some cases, to help with weight loss. It is also an ingredient in some conventional over-the-counter laxatives.

The United States Food and Drug Administration (FDA) have approved senna as a non-prescription drug to treat constipation. The most common doses are:

* Children: 8.5 milligrams (mg) per day to cause a single bowel movement

* Children over 12 and adults: 17.2 mg per day, with no more than 34.4 mg each day

* Older adults: 17 mg per day

* Postpartum pregnancy: 28 mg per day, divided into two doses

It is not recommended to use senna for longer than 2 weeks at a time.

Risks

There have been some case reports of people suffering from liver damage, coma or nerve damage after using senna. In these cases, people were using senna at much higher than the recommended doses and for more extended periods of time.

People with certain medical conditions should not use senna, including:

* intestinal obstruction

* ulcerative colitis

* Crohn’s disease

* Appendicitis

* Dehydration

* Diarrhea

* Heart disease

Also, anyone with abdominal pain or children under the age of 2 years should not use senna.

Pregnant women and breast-feeding mothers

Senna may or may not be safe for use during pregnancy. Pregnant women with constipation should speak with their doctor before using senna or any other laxative.


Kesimpulannya ialah perlu berhati- hati penggunaannya mengikut dos yang dinyatakan . Pemakanan sunnah perlu diteliti kerana kita mudah terpedaya dengan hadis yang dibawa. Kita perlu teliti dahulu sebelum menerima hadis dari seseorang yang kita tidak mengetahui latar belakang mereka kecuali kita  telah tahu tahap pemahaman hadis mereka. Hati- hati zaman fitnah sekarang.الله اعلم

Benarkah Kayu Kokka / Koka Banyak khasiat @ Attalea cohume

 Benar Kayu Kokka Banyak Khasiat Dan Barakah?.

Sejarah Kayu Kokka

Kayu Kokka memang wujud dan ia adalah nama tempatan bagi sejenis pokok palma yang terdapat di Lembah Amazon khususnya di Brazil, Colombia dan Argentina yang dipanggil ‘Coquilla nut’ atau nama tempatan  kōkē´yə, kōkēl´yə yang bermakna little coconut dan dipanggil dengan nama ‘Kokka’ sebagai bahasa perniagaan sekarang.  Wanita-wanita pendaam Brazil menggunakan tempurung buah pokok Kokka untuk dijadikan barangan cenderamata termasuk rantai leher wanita yang sangat menarik  dan cantik. Manik-manik tempurung yang dibuat dalam bentuk bulatan juga serupa dengan buah tasbih yang diikat dileher wanita di Brasil.

Dalam masyarakat Islam pula, terdapat cerita israiliyyat mengenai tongkat Nabi Musa, tongkat Nabi Syuib dan perahu Nabi Nuh. Untuk mewujudkan keajaiban dan strategi perniagaan mereka, khususnya keunikan dan kecantikan manik-manik bulat kayu kokka yang dijadikan buah tasbih dengan mengaitkan peristiwa mukjizat nabi musa, nabi Syuib  dan nabi Nuh dengan mengatakan bahawa manik-manik bulat tersebut adalah berasal dari kayu yang dijadikan tongkat  nabi musa, tongkat nabi syuib dan kayu perahu nabi Nuh lalu mereka menamakan kayu tersebut dengan kayu Kokka.  Untuk menambah halwa penceritaan mereka mengatakan bahawa Kayu Kokka merupakan ciptaan Allah SWT yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan. Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk tasbih dan cincin. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa . Ceritanya ditambah lagi dengan mengatakan Kayu koka didapati dari pokok kokka di dalam hutan dara di Negara Arab, Turki, Nigeria, Iran, Mesir, dan Afghanistan. Pokok Kokka merupakan tumbuhan hutan bersifat perrenial (tahunan) dan hidup secara meliar. Namun demikian, terdapat usaha dari Negara-Negara Arab menanam pokok kokka sebagai satu industri pertanian untuk membekalkan kayu kokka yang kini mendapat tempat di pasaran dunia. Walaubagaimanapun, kayu kokka yang terdapat di pasaran sekarang kebanyakannya diambil dari buah kokka yang terdapat di Lembah Amazon sperti Brazil, Colombia dan Agentina. Mereka menambah lagi halwa cerita dengan mengatakan bahawa  kayu kokka mempunyai banyak kelebihannya sejak zaman dahulu lagi dan telah digunakan oleh para nabi sebagai bukti kekuasaan Allah S.W.T di dalam memberikan perlindungan dan penawar kepada manusia. Kayu kokka dipercayai dapat menghalau makhluk halus yang jahat, menghalang dari sihir, melindungi diri dari kekejaman musuh dan banyak lagi.

 Sebagai seorang yang mempunyai sedikit asas ilmu perhutanan dan asas botani, saya mula mencari nama-nama yang dikaitkan dengan kayu Kokka termasuk dalam bahasa tempatan di dunia serta nama saintifik. Malang sekali sehingga kini belum lagi menemui nama-nama panggilan Kokka yang mempunyai cirri-ciri dalam pembuatan perahu besar Nabi Nuh dan keunikan tongkat nabi Musa dan nabi Syuib. Saya membayangkan  kokka adalah pohon kayu yang besar dimana mampu dibuat perahu nabi nuh dan buah atau terasnya boleh dijadikan tasbih yang cantik manakala ranting pokok ini boleh dibuat tongkat sepertimana tongkat Nabi Musa dan Tongkat Nabi Syuib. Saya terus mencari cirri-ciri pokok ini dan ada di antara mereka sanggup meletakkan gambar pokok Baobab di Afrika dengan menamakan pokok Kokka untuk justifikasi cerita mereka. Ini cerita sudah koyak. #ceritakoyak. Sebenarnya usaha mencari jawapan kayu kokka ini juga telah dibuat seorang Ahli Etnologi, Dr Abdul Manan Embong, yang melakukan kajian terperinci untuk tempoh setahun bersama beberapa pakar tempatan dan antarabangsa seperti Pakar Geomologi dan Mineral Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Hisham Hashim; Pakar Botani dari Mesir, Profesor Dr Mohammad Shakran Shuhatah; Profesor Ali Akbar Zurillah dari Bahagian Kajian Penyelidikan Geologi Turki dan penceramah bebas serta penulis, Ahmad Shukri Ghazali Siraj. Kajian menyeluruh di negara yang dikatakan mempunyai pokok kayu kokka seperti Mesir, Jordan, Turki dan Iran mendapati tidak pernah wujud nama kokka dan apa yang didakwa sebagai kayu kokka. Mereka menemui ianya berasal dari pokok spesies pokok palma. Mereka juga mendapati bahawa ada sebutan yang hampir dengan ‘kokka’, iaitu sebutan bagi orang Turki, ‘kuka’ daripada asal perkataan ‘Coco De Mer’ atau ‘Melanococa’ digunakan untuk menghasilkan minyak,” Menurut Dr. Abdul Manan, kayu kokka dikesan dihasilkan daripada spesies pokok palma ‘Attalea funifera’. Katanya, buah dan tempurung daripada pokok itu sememangnya digunakan untuk membuat tasbih, gelang, cincin dan barang permainan semata-mata untuk perniagaan. Hasil penyelidikan mereka juga mendapati bahawa  pokok berkenaan tumbuh di Brazil, Colombia dan Argentina. Di Brazil, pokok berkenaan dikomersialkan, malah mempunyai ladang seluas antara 20 hingga 2,000 hektar. Segala hasil pokok itu, seperti buah, tempurung, batang, pelepah dan kulit pokok dijadikan pelbagai barangan seperti minyak dan dieksport ke negara seperti Turki, Mesir, Iran, Syria, Libya, Amerika Syarikat, Afrika, India dan Malaysia. Dr. Abdul Manan berkata, kayu kokka yang dibawa masuk ke negara ini dan kemudian dihasilkan dalam bentuk tasbih, gelang, cincin, minyak dan tongkat adalah seumpama biji kelapa sawit atau biji Tamar yang dijadikan perhiasan.

Pencarian saya sudah mencapai noktah kerana penemuan saya adalah sama  dengan penemuan pasukan penyelidikan yang dijalankan dimana kayu kokka tersebut adalah dari tempurung buah spesies pokok palma dari Famili Arecaceae terutama dari spesies Attalea funifera  yang terdapat di Brazil dan Attalea cohume yang terdapat di Turki. Terdapat sebanyak 67 spesies Attalea di seluruh dunia dan spesies ini  berasal dari kawasan hutan amazon khususnya dari Brasil, Colombia dan Argentina. Penghasilan utama bagi spesies Attalea funicera adalah untuk mengeluarkankan minyak . Kalaudi Malaysia, rupa pokok Attalaea spp. adalah lebih kurang pokok kabung atau enau atau anau yang banyak terdapat di negeri Sembilan yang mana digunakan untuk penghasilan nira kabung dan buahnya dijadikan makanan yang enak khususnya di bulan Ramadhan.

Bagaimana penceritaan penjual Kayu Kokka.

Mereka telah mengatakan bahawa pada tahun 1987- 1989 Dr. Untoro dari Fakultas MIPA UGM Yogyakarta  telah melakukan penelitian terhadap Kayu Kauka/Kokka dan menemui bahawa kayu kauka/ kokka/ fuqoha memancarkan energi metafisika yang  besarnya 2 kali ganda berbanding batu permata. Jika energi yang terdapat pada batu permata  pada level 50, energi yang terdapat pada kayu kauka/  kaukah/ kokka mencapai level 100

Akhbar di Malaysia  juga telah melapurkan bahawa Abdul Jasman Ahmad, 38, berkata berdasarkan pengalamannya, kayu kokka mula dibawa masuk ke negara ini menerusi seorang warga Turki pada 1998.

Katanya, rakannya terpengaruh dengan keistimewaan yang diuar-uarkan mengenai kayu itu sehingga sanggup mengeluarkan puluhan ribu ringgit untuk membelinya. 

“Ketika itu nilainya sangat mahal. Sebagai contoh, satu tasbih yang mempunyai 33 biji kayu boleh dijual dengan harga sehingga RM1,800, manakala tasbih 100 biji kayu kokka boleh dijual sehingga RM2,500. Jualan memang menggalakkan. “Rakan saya memperoleh untung sehingga 300 peratus kerana mengambilnya dengan harga lebih murah,” katanya. Abdul Jasman berkata, pada 2003, sambutan terhadap kayu kokka sangat luar biasa sehingga muncul seorang lagi pembekal dari Sudan menawarkan kayu kokka dalam kuantiti lebih besar. Katanya, buah, tasbih, cincin, gelang, minyak dan tongkat daripada kayu kokka laris jualannya. “Rakan saya tidak mampu mengambil stok dalam jumlah banyak kerana harga ditawarkan terlalu tinggi. Ketika itu juga pelajar Malaysia yang menuntut di Timur Tengah turut membawa pulang kayu berkenaan untuk dijual, menyebabkan saya terpaksa menghadkan penjualan. “Begitupun, dia tetap membekalkan kayu itu kepada peniaga di seluruh Malaysia dan memperoleh untung besar. Jika diikutkan, jualan kayu itu sehingga hari ini mencecah RM1 juta,” katanya yang mengakui kemunculan sebuah buku terbitan sebuah syarikat mengenai keistimewaan dan khasiat kayu kokka melariskan lagi kayu itu. Saya dapati buku tersebut diterbitkan oleh sebuah Pustaka yang agak terkenal di Malaysia. 

Dalam pada itu, satu lagi pembekal yang lebih besar modalnya dianggarkan membuat jualan mencecah jutaan ringgit sehingga hari ini. Seorang sumber yang mahu dikenali sebagai Asfar Kasim, 40, berkata pembekal itu kini bergelar usahawan dan bertambah mewah apabila menjadi pembekal kayu kokka di seluruh Malaysia.

“Dia (pembekal itu) memperoleh bekalan daripada pembekal warga Turki dan Sudan. Dia membeli dalam jumlah besar. Saya diberitahu, untuk tasbih saja, dari 1998 hingga hari ini sudah 100 ribu berjaya dijualnya.

“Secara purata, setiap tasbih dijual dengan harga RM200 dan apabila dijumlahkan, jualan produk itu mencecah RM2 juta,” katanya. Menurut Asfar, itu belum lagi termasuk buah, cincin dan gelang yang turut mendapat sambutan hangat daripada pembeli. Katanya, buah kayu kokka memang banyak dijual kerana sekurang-kurangnya 250,000 berjaya dijual dengan harga kira-kira RM100 sebiji sehingga jumlah jualan mencecah RM2.5 juta dalam tempoh sama.

Kajian yang dibuat dalam tahun 2003 hingga 2013 iaitu selama 10 tahun mendapati bahawa  sebanyak RM8.1 juta telah mengalir ke tangan penjual kokka ydan lebur sebegitu saja gara-gara cerita yang dibuat  oleh penjual kokka. Sehingga kini penjualan kayu kokka diteruskan dengan nilai purata juaan setahun adalah RM 1 juta setahun. Pusat jualan kayu Kokka adalah di Kuala Lumpur khususnya di sekitar Masjid India dan kedai jualan tasbih. Peminat Kokka bukan mudah untuk diberi kefahaman . Betul apa kata  Imam Syafie  “Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”.

Imam Syafi’ berkata : “ Apabila orang-orang bodoh mengajak berdebat dengan anda, maka sikap yang terbaik adalah diam". Namun demikian, tidak boleh dinafikan juga, manik-manik bulat tasbih kayu kokka memang cantik dan berkilat. Tetapi peminat kayu kokka merasa puas dapat memilikinya kerana mereka menyangka banyak khasiat malah cantik lagi. Mereka berbangga dapat menunjukkan buah tasbih kayu kokka. Sejujurnya saya sanggup membeli tasbih kayu kokka dalam lingkungan RM 10.00 sahaja kerana kecantikan manic-manik bulatnya saja.










Pisang gergasi ( Musa ingens) Talh طلح

 Pisang Gergasi  Di Dunia.


Pokok Pisang Gergasi Yang Terbesar Di Dunia.

Pernahkah kita melihat pokok pisang gergasi yang tingginya seakan-akan pokok kelapa? Pokok pisang mempunyai lebih kurang   70 spesies  di dunia dan nama saintifiknya adalah ‘musa’. Musa adalah nama genus. Pokok pisang yang terbesar di dunia adalah Musa  ingens . Ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga ketinggian 20m hingga 25m sedangkan untuk ketinggian pokok pisang biasa lebih kurang 2-5m sahaja. Bunganya boleh mengeluarkan sehingga 300 biji buah . Buahnya ada mengandungi biji kehitaman dan isinya boleh dimakan. Pisang ini adalah pisang yang terbesar di dunia dan ditemui di Pergunungan Arfak yang mempunyai ketinggian 1,350-1,800 m atas paras laut yang terletak di  Papua Barat. Pisang ini  seolah-olah hybrid dengan satu lagi spesies yang terdapat di Afrika yang mampu mengeluarkan buah sepanjang 2 kaki (60cm) walaupun purata panjang umumnya antara 12-14 inci (32 cm). Ahli Botani pertama yang menamakan dengan ‘Musa’ ialah Carl Linnaeus dalam tahun 1753. Beliau dilahirkan pada 23 Mei 1707 dan meninggal pada 10 Januari 1778 ( 70 tahun) . Beliau berbangsa Sweden. Beliau juga orang yang pertama memberikan nama saintifik mengikut Penamaan Binomial ( Binomial nomenclature). Panjang daun pokok pisang ini pula boleh mencecah 5m dan lebarnya pula 1m. Memang sesuai dipanggil pisang gergasi. Manakala dalam setandan pisang boleh mencecah berat sehingga 60kg dan 15m panjang.


Adakah Pokok Pisang dinyatakan dalam al-Quran?


Pokok pisang ada juga dinyatakan di dalam al-Quran Surah al-Waqiah ayat 29 (56:29) :  وطلح منضود bermakna “ Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya”. Walau bagaimanapun para ahli tafsir berbeza pendapat dengan makna tersebut. Saya cuba membawa beberapa tafsir al-Quran mengenai ayat tersebut. 


Pertama  Tafsir Fathul Bayan oleh Sideq Hasan (1307H)

قال أكثر المفسرين: إن الطلح في الآية هو شجر الموز، وقال جماعة ليس هو شجر الموز ولكنه الطلح المعروف وهو أعظم أشجار العرب. وقال الفراء وأبو عبيدة: هو شجر عظام لها شوك، وقيل: هو شجر له ظل بارد طيب

“Sebilangan besar ahli tafsir mengatakan: ‘Talh’ dalam ayat itu adalah pokok pisang, dan sebahagian mufassirin mengatakan bahawa  ia  bukan pokok pisang, tetapi spesies ‘Acacia’ yang sedia maklum oleh orang arab (pohon yang mengeluarkan ‘manna’) .  Telah berkata Al-Farra dan Abu Ubaidah  ia adalah  pohon kayu yang mempunyai duri, dan dikatakan juga sejenis pohon yang memiliki keteduhan sejuk yang baik. “


Tafsir Kedua Tafsir Bahrul ‘ulum karangan Samarqandi (373H) 

قال: وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ وقال مقاتل: يعني: الموز المتراكم بعضه على بعض. وقال قتادة: هو الموز، وهذا روي عن ابن عباس

Telah berkata Muqatil, ayat tersebut merujuk kepada pokok pisang . Begitu juga Qatadah mengatakan ia merujuk kepada pokok pisang yang bersusun buahnya antara satu sama lain sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas ra.


Tafsir Ketiga iaitu Tafsir Al-Quran al-Karim oleh Maulana Abdullah Yusuf Ali menafsirkan  perkataan طَلْحٍ kepada dua makna iaitu pisang dan pokok Acacia yang boleh mengeluarkan gam arab الطلح العربي . Beliau lebih kepada Acacia berdasarkan pokok pisang bukannnya berasal dari Negara arab. 


Semuga kita sentiasa ingat dengan anugerah Ilahi yang tidak terhitung banyaknya. Sekurangnya-kurangnya kita ingat  cerita ini semasa kita makan pisang goreng.





Mengapa Nama Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia)

 Nama Sebenar Tongkat ali

Nama saintifik Tongkat ali ialah Eurycoma spp. Di Malaysia terdapat dua spesies utama iaitu Eurycoma longifolia dan Eurycoma apiculata. Nama lain bagi Eurycoma longifolia ialah Eurycoma latifolia, Eurycoma longifolia var.cochinchinensis, Eurycoma merguensis dan Eurycoma tavoyana. Manakala terdapat satu lagi spesies iaitu  Eurycoma harmandiana  atau nama Thai sebagai  “Ian-don”. Juga dikenali sebagai Tongkat gunung yang boleh ditemui di persekitaran 300m atas paras laut di kawasan Timur Thailand terutama di Korat, Kemboja dan Laos dan berkemungkinan di pergunungan Annam. Bentuk daunnya panjang dan bujur.


Nama asal bagi Eurycoma spp. sepertimana yang terdapat dalam buku Pocket Check List of Timber (Terbitan pertama, 1952, Revised kedua 1962 dan Edisi Ketiga 1979.) ialah Penawar Pahit.  Manakala dalam Buku Tree Flora of Malaya A Manual For Foresters Volume two TC Whitmore.  Malayan Forest Record No 26. 1972  juga dikenali sebagai penawar pahit. Dalam Buku  Order dan Famili Tumbuhan Berbiji Di Tanah Melayu oleh Hsuan Keng, terjemahan Ahmad bin Mahmud  DBP 1986, Eurycoma longifolia dinamakan dengan Kayu pahit.

Nama  tempatan lain bagi Eurycoma apiculata sepertimana yang terdapat dalam Buku Tumbuhan Ubatan Malaysia Suntingan kamarudin Mat Salleh dan A. Latif UKM 2001, ialah Segentar bumi daun lebar, Setunjang bumi, Akar pakar, Penggering (Temuan), Therung (Temiar), Jelai (Semai). Manakala nama tempatan lain bagi Eurycoma longifolia  Penawar putih,  Setunjang bumi daun halus, Pakau, Pasak bumi, Gertak bumi, Sengkayap, Kebing, Penawar pahit (Semelai), Penggering ( Temuan), Therung (Temiar), Marataya (Iban), Petagar beruang (Iban). Nama lain bagi Eurycoma spp. ialah Pasak Bumi, Payong Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi, Petala Bumi, Hempedu Pahit, Penawar Pahit, Penawar Bias, Bedara Merah, Bidara Laut, Babi Kurus, cay ba binh (Vietnam), Tho Banh (Laos) dan LongJack (English).


Dari mana datangnya nama Tongkat ali.

Mengikut kajian Tumbuhan dari Perspektif Antropologi oleh Aishah Haji Muhamad dan A. Aziz Bidin, nama ali yang dikaitkan dengan Eurycoma spp adalah datangnya daripada seorang bomoh di Pulau Tioman yang dikaitkan dengan Sayyidina Ali. Sayyidina Ali dikatakan sebagai seorang yang kuat sehingga pepatah melayu mengatakan  ‘Gagah Ali gagah Musa”. Terdapat banyak pokok yang bernama Ali dalam masyarakat Melayu seperti Tongkat ali, misai Ali, janggut Ali, payung Ali, pedang Ali dan saidina Ali yang semuanya itu dikaitkan dengan nama Sayyidina Ali sempena kekuatan fizikal khususnya semasa peperangan. Manakala pokok yang mengaitkan dengan kesuburan wanita   serta kecantikan, kesucian dan perhiasan  di kaitkan dengan Siti Fatimah seperti Kacip Fatimah, Rumput Fatimah. Fatimah adalah anak nabi yang dikatakan mempunyai ciri-ciri kebaikan serta cantik rupa parasnya.

Dalam perubatan melayu, akar ini digunakan sebagai ramuan ubat periuk untuk kesihatan. Dukun melayu mempercayai ubat periuk yang dicampur dengan tongkat Ali, Misai Ali (Themeda arguens), Janggut Ali,  Kacip Fatimah (Labisia pumila) akan memberikan kesihatan tubuh badan dan peredaran darah yang baik khususnya untuk tenaga batin.  Lalu beberapa dukun melayu menamakan ramuan ubat periuk yang dipercayai boleh memulihkan tenaga batin dikaitkan dengan nama ali seperti Tongkat ali, Misai Ali, Janggut Ali, Payung Ali, Pedang Ali dan Saidina Ali. Nama-nama ini merupakan nama panggilan yang diletakkan oleh dukun melayu dan sehingga kini ia popular dengan nama tersebut.


Cuma yang menjadi persolannya ialah ada segelintir penceramah agama yang terkenal di Malaysia  cuba mengaitkan nama Ali dan Fatimah dalam penamaan nama ubatan dengan mengaitkan pengaruh syiah  dalam alam melayu. Ini merupakan satu rekaan pembohongan baru oleh penceramah tersebut. Beliau cuba mencipta satu cerita yang difikirkan munasabah bagi mengaitkan nama Ali dan Fatimah dalam ajaran Syiah. Manakala ada juga ustaz yang lain cuba mengaitkan Sayyidina Ali yang dikatakan mempunyai keupayaan tenaga batin yang tinggi dengan membawa hadis  berikut:

.

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ

Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”

Hadis ini merupakan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Dan ada juga mereka membawa hadis berikut:

.

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَاسْتَحْيَيْتُ أَنْ أَسْأَلَ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بن الأسود فَسَأَلَهُ فَقَالَ: فِيهِ الْوُضُوءُ، وَلِمُسْلِمٍ: يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ

 

Maksudnya: “Aku seorang yang selalu keluar mazi dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW. Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya. Baginda menjawab: Dia hendaklah berwudhu’. Dalam riwayat Muslim: Dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwudhu’.”

. Hadis sahih riwayat Abu Daud.


Mengikut Ustaz Azhar Idrus, hadis tersebut menunjukkan bahawa Sayyidina Ali mempunyai sejenis penyakit iaitu beliau sering keluar air mazi. Antara punca keluarnya air mazi ialah kerana mengidap penyakit. Sayyidina Ali agak malu untuk bertanya secara langsung kepada Rasulullah saw  tentang penyakitnya itu kerana Siti Fatimah adalah isterinya. Lalu beliau menyuruh sahabatnya bernama Miqdad  al Aswad ra  untuk bertanya soalan tersebut kepada Rasulullah saw.


Oleh itu, adalah kurang wajar dan tidak tepat sama sekali bagi setengah-setengah ustaz cuba mengaitkan nama Tongkat ali dan Kacip Fatimah sebagai penularan pengaruh Syiah dalam masyarakat melayu serta penafsiran hadis di atas yang dikaitkan dengan rangsangan seksual. 


Air mazi ialah air yang berwarna putih, halus dan melekit, keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bergurau senda bersama isteri dan menciumnya. Ia keluar tanpa memancutkan air mani, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari. Mazi lelaki dan wanita adalah sama.  Wanita keluar mazi apabila bangkit syahwatnya. Tidak wajib mandi dengan sebab keluar mazi, iaitu air yang keluar disebabkan syahwat yang paling rendah (mani adalah air kemuncak syahwat). Mazi mempunyai sifat-sifat air mani seperti yang disebutkan berdasarkan hadis riwayat Saidina Ali R.anhu di mana beliau berkata:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ

Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sering keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku telah menceritakan perkara ini kepada Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Apabila kamu mendapati air mani yang keluar dari kemaluan kamu maka diwajibkan kepada kamu mandi.” 

Riwayat Abi Daud (206)

 

Sehubungan dengan itu, air mazi menurut istilah fiqh pula adalah air jernih yang melekit keluar ketika timbulnya syahwat.

(Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 36/315)

 

Manakala Imam al-Nawawi di dalam kitabnya menyatakan perbezaan antara mani dan mazi adalah, air mani keluar ketika kemuncak syahwat serta mengakibatkan kepenatan. Adapun mazi keluar ketika bersyahwat tidak mengakibatkan kepenatan.

 (Rujuk: al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 2/141)

 

 

Berhubung dengan perkara ini, jelas bahawa air mazi merupakan najis mutawassitah seperti bangkai, arak, air kencing dan tahi yang perlu di bersihkan dengan air yang suci sehingga hilang bau rasa dan warna. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Nabi SAW:

عَنْ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ، قَالَ كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَعَنَاءً فَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الْغُسْلَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَسَأَلْتُهُ عَنْهُ فَقَالَ ‏"‏ إِنَّمَا يُجْزِئُكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ‏"‏ ‏.‏ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِي مِنْهُ قَالَ ‏"‏ يَكْفِيكَ أَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهِ ثَوْبَكَ حَيْثُ تَرَى أَنَّهُ أَصَابَ مِنْهُ

Maksudnya: “Sahl bin Hunaif berkata, "Saya merasa letih dan susah kerana sering mandi disebabkan keluarnya mazi, lalu saya adukan hal itu kepada Rasulullah SAW, kemudian Baginda bersabda, “Cukuplah engkau dengan berwudhu”. Saya bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana dengan mazi yang terkena pada pakaian saya? Baginda menjawab, “Cukuplah engkau mengambil air sebanyak satu tapak tangan, lalu engkau siramkan pada pakaian yang engkau lihat pada bahagian yang terkena itu”.

Riwayat al-Tirmizi (115)

 

Kenyataan di atas jelaslah bahawa air mazi yang keluar wajib dibersihkan dengan air secukupnya. Kerana ia dianggap sebagai najis. Pakaian, tempat tidur yang terkena air mazi wajib dibersihkan dengan cara yang betul.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, air mazi yang keluar adalah najis. Apabila terkena pada pakaian, selimut atau seumpamanya maka wajib dibersihkan. Sekiranya air mazi itu sedikit dan sukar untuk dijaga maka dimaafkan. Namun, sekiranya ia banyak maka wajib untuk dibersihkan. Semoga kita sentiasa dalam keadaan bersih dari kekotoran najis.

WaAllahu a’lam.