Tuesday, December 28, 2010

Kaifiat Sembahyang Jamak Dan Qasar

Boleh Terangkan Tentang Solat Jamak/Qasar,Syarat-Syaratnya Dan Bagaimana?
Jawapan:
SOLAT JAMAK DAN QASAR
 
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT.

Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar

1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram.

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya untuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya perjalanan itu sempat kepada TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  iaitu Zohor atau Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua iaitu Asar atau Isya’
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama  sama ada Zohor atau Maghrib.
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.


2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.

Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’khir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

Wallahu A'lamu.

Catitan: Banyaklah berdoa sewaktu sembahyang musafir kerana doa sangat mustajab!

Pengajian Kitab Mun Yatul Musalli,Solat Syiddatul Khauf,Keutamaan Sembahyang Asar Dan Makna Mendirikan Sembahyang

Pengajian ke-3 Kitab Mun Yatul Musalli.
Wahai anak-anak ku...
Mari kita sambung pengajian kita yang ke-3 pula. Tok Sheikh Daud seterusnya mengatakan:

 Dikehendaki dengan solat Wusta iaitu Sembahyang asar. Adapun sebab ditentukan dengan menyebutkan akan dia kerana kelebihannya dan mulianya atas yang lainnya. Dan sebab diturunkan ayat itu kerana memudahkan sembahyang kerana takut. Bahawasanya adalah orang Islam serta Rasulullah SAW pada setengah daripada peperangan, sembahyang Rasulullah SAW akan sembahyang zuhur atas jalan adatnya. Adalah Musyrikun hampir dengan mereka itu daripada sembahyang berkata setengah daripada Musyrikun ”Jikalau kamu terserempak atas mereka itu di dalam sembahyang merekaitu nescaya mengena kamu akan mereka itu. ” Maka berkata setengah yang lainnya ”Bahawasanya bagi mereka itu kemudian daripada sembahyang itu, terlebih kasih kepada mereka itu daripada bapak mereka itu dan daripada anak-anaknya. Yakni dikehendaki oleh merekaitu ialah sembahyang asar. Maka turun Jibril as atas Rasaulullah SAW dengan kaifiyatnya ’sembahyang syiddatul khauf” Maka tilik oleh mu betapa  kelebihan Sembahyang Asar dan nyatanya hingga mengetahui segala Musyrikin akan kelebihannya. Dan lagi Firmannya dalam Surah ar Rum ayat 31 : Kembali kamu hai segala mukminin kepada Allah dan takut akan Dia dan dirikan oleh kamu akan sembahyang dan jangan ada kamu daripada orang musyrikin”

Maka makna” inabah”  kembali kamu kepada Allah dan takut akan Allah. Dan erti ”Iqamatul solat”  iaitu mendatangkan akan dia atas wajah yang disuruh Allah Ta’ala.

Dan lagi Firmannya dalam Surah al Mukminun ayat 1 sampai 9:’ Bahawasanya telah dapat kemenangan segala orang yang mukminun iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk yakni yang tetap anggotanya tatkala sembahyang hingga akhirnya..FirmanNya dan segala yang adalah atas sembahyang mereka itu memeliharakandia.”

Dan lagi FirmanNya dalam Surah al Ma’arij ayat 22-23:” Melainkan orang yang sembahyang yang atas mereka itu yang berkekalan memeliharakan dia” .


Huraian

Wahai anak-anak ku.
Tok Syeikh Daud seterusnya mengatakan bahawa para-para sahabat sangat cintakan kepada sembahyang kerana waktu itulah masa yang terbaik untuk mereka munajat kepad Allah sehingga mereka itu kasih kepada sembahyang melebihi kasihya kepada bapa-bapa mereka.  Tok Syeikh Daud  seterusnya mengatakan bahawa makna sembahyang wusta itu adalah sembahyang asar. Secara umumnya ada 3 perkara yang diterangkan oleh Tok Syeikh Daud  dalam catitannya di atas seperti berikut:
  1. Apahkah makna solat Syiddatul Khauf
  2. Keutamaan Sembahyang Asar
  3. Apakah maknanya mendirikan sembahyang.

Pertama : SOLAT SYIDDATUL KHAUF : Iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Apabila datang ketika sangat ketakutan dan tidak mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana banyaknya musuh, atau yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi seandainya sedang naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang berjalan kaki tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat dengan berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak, sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:

“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)

Ibnu ‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafi', iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafi' mengatakan: “Aku mengi’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”.

Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayatkan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat sedapat-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dari waktunya. Para muslimin yang menjalani solat menurut cara ini tidak wajib mengulangi solatnya.

Kedua: Keutamaan Sembahyang Asar

Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya: Ketika kami duduk di samping Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda memandang kepada bulan purnama pada malam peperangan Badar, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kamu akan dapat melihat Tuhanmu sebagaimana kamu melihat bulan purnama ini, tiada halangan semasa kamu melihatNya iaitu akan dapat melihat Allah dengan jelas sekiranya kamu mampu, maka janganlah kamu lalai dari melakukan sembahyang sebelum terbit Matahari dan sebelum terbenam Matahari, iaitu sembahyang Asar dan sembahyang Subuh. Kemudian Jarir membaca firman Allah Yang bermaksud:
”Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit dan terbenam matahari.




Rasulullah SAW menjelaskan tiga solat fardhu yang diamalkan seharian memberi kelebihan dari yang lain jika ditunaikan secara berjamaah. Solat ‘Isya’ umpamanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ solat ‘Isya’ secara berjamaah akan mendapat ganjaran umpama mengerjakan solat sunat separuh malam”.

Manakala barangsiapa yang mengerjakan solat subuh secara berjamaah, akan mendapat ganjaran umpama mengerjakan solat sunat seluruh malam. Dalam perbahasan perkara ini para ulama’ menjelaskan untuk mendapat ganjaran pahala sunat seluruh malam solat subuh berjamaah hendaklah didahulukan dengan solat ‘isya’ secara berjamaah. Tanpa mengerjakan solat ‘isya’ secara berjamaah tidak akan dapat ganjaran solat sunat seluruh malam.

Solat ‘asar secara berjamaah turut terdapat kelebihan padanya. Pada waktu ‘asar merupakan masa pertukarannya shif para malaikat. Andaikata pertukaran shif malaikat yang membawa laporan kepada Allah SWT dalam keadaan kita sedang mengerjakan solat berjamaah, akan memberi impak yang besar berbentuk ganjaran di sisi Allah SWT. Jika keadaan sebaliknya berlaku, ianya merupakan suatu kerugian kepada seseorang. Selain waktu ‘asar, waktu pertukaran shif malaikat turut berlaku pada watu subuh.
Ketiga: Makna mendirikan Sembahyang
Wahai anak-anak ku.
Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung mendirikan solat, kalau buatpun, ada yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan banyak lagi.
Mengikut pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia , Zaharuddin Ab.Rahman mendirikan sembahyang adalah seperti berikut:
”Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya: “Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu mati.”
RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.
Hakikatnya solat adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.
Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung mendirikan solat, kalau buat pun, ada yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan banyak lagi. Sungguhpun waktu solat itu telah ditentukan, mengapa kita digalakkan agar tidak melengah-lengahkannya dan apakah ganjaran mereka yang bersolat di awal waktu?
Keperluan untuk menunaikan solat di awal waktu jelas daripada hadis yang bermaksud: “Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu.” (riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)
Namun ada beberapa ketika yang dibenarkan untuk melewatkan solat seperti jika cuaca terlampau panas dan berjemaah secara terbuka di luar. Sabda Nabi SAW: Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat Zuhur, kerana kekuatan panas (matahari) adalah daripada bahang neraka jahanam. (riwayat al-Bukhari).
Namun mungkin keadaan terlalu panas ini sudah kurang timbul kerana kini, kita menunaikan solat di masjid yang redup dan berhawa dingin.
Bagi menjelaskan ganjaran mereka yang menjaga waktu solat. Rasulullah bersabda: Pada suatu hari Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang paling utama? Baginda menjawab: Solat tepat pada waktunya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.” (riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).
Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.
Perkataan memelihara solat mempunyai pengertian yang cukup luas. Erti memelihara solat yang termudah adalah menjaga solat fardu lima kali sehari semalam. Namun, lebih
dalam dari itu, penjagaan solat juga menuntut kita untuk mendirikannya dan bukan sekadar menunaikannya.‘Tunaikan’ dan ‘dirikan’ adalah dua benda yang berbeza. Tunai lebih cenderung kepada proses melaksanakannya pada satu-satu waktu dan kemudian ia dikira selesai tanpa mengira kesan selepas dan persembahan spiritual semasa pelaksanaannya.
Manakala erti ‘mendirikan’ solat pula tidak bermaksud sedemikian, ini kerana kita dituntut untuk melaksanakan solat secara fizikal dan spiritual lalu berterusanlah kesan solat itu dalam kehidupan seharian kita. Perlu sama-sama kita menyedari bahawa yang dituntut semasa solat adalah usaha untuk meyakinkan yang kita sedang berhadap dengan Allah dan hati kita juga sedang dilihat oleh-Nya. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW yang bermaksud:
Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke lain. (al- Bukhari dan Abu Daud)
Perasaan inilah yang perlu dibawa hingga keluar solat, maka dengannya kita pasti akan dapat merasakan setiap tindakan kita dilihat oleh Allah SWT.
Apakah yang dimaksudkan solat berkualiti dan bagaimana memperolehnya?
Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang telah saya nyatakan sebelum ini, selain itu solat ini juga didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas sesuatu pergerakan dan tindakan itu.
Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama secara ‘lihat, pandang dan dengar’ sudah tentu sah jika menepati rukun dan syaratnya.  Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah tentu perlu lebih dari sekadar sah. Atas sebab demikian ia memerlukan ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar pencapaian pahala dan keyakinannya semakin tinggi.
Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.
Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata: “Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan. (Jami’ Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)
Malah Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu. Lalu Nabi memberi respons, keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi daripada orang yang beribadat (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah daripada kalangan kamu (sahabat). (riwayat Tirmizi, no. 2685, 5/50)
Syeikh Al-Mubarakfuri (iaitu seorang Sheikh dari India yang hafiz dalam ilmu hadis yang juga mengepalai Tafsir Ibnu Katsir) menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa Nabi membandingkan
keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliaannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)
Inilah juga yang ditegaskan oleh Syeikh Khatib As-Syarbini As-Syafie di dalam kitabnya di mana beliau menegaskan erti ‘lihat’ dalam hadis Nabi: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku mendirikan solat.” adalah ilmu iaitu, sebagaimana aku mengetahui kaedah dan sifat aku solat. Solat sebegini akan lebih mudah meraih nikmat khusyuk yang merupakan satu kenikmatan spiritual yang amat bernilai buat kehidupan di dunia dan di akhirat.
Bagaimanakah cara berhikmah untuk mengajak orang mendirikan solat kerana kita tidak mahu perkara ini dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat kelak atas alasan segan atau takut mengecilkan hati mereka?
Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya: “Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu mati.” Jika penerimaannya baik, boleh diteruskan dengan memberi kefahaman perihal dosa mereka yang meninggalkan solat, antaranya adalah satu kaki sudah menjadi kafir, sebagaimana disebut di dalam hadis: “Sempadan antara seorang itu Islam dan kafir adalah jika mereka meninggalkan solat.” Ini bererti, mereka yang meninggalkan solat dikira sudah separuh badan di sempadan kekafiran yang amat berbahaya.
Gunakan cara nasihat yang didasari kasih sayang dan ingin membantu, cara lembut sentiasa lebih utama daripada kaedah yang keras dan menempelak. Kaedah ini juga datang dari al-Quran dan hadis. Setelah itu, sentiasa galakkan dan bina kemampuan solat orang dituju secara beransur-ansur. Jika sukar, boleh sahaja minta dia mendirikan satu waktu solat sehari terlebih dahulu dan seterusnya semakin baik. Insya-Allah.
Wahai anak-anak ku, hayatilah kandungannya beberapa kali dan cuba fahamkan dengan sebaik-sebaik mungkin kerana mungkin inilah kali terakhir kita melakukan sembahyang. Mungkin esok kita akan disembahyangkan, kita akan dipakai kain kafan, kita akan di bawa ke kubur dan kita akan dibaca talkin!

Wallahu A’lamu.

Sumber: Mun Yatul Musalli.

Monday, December 27, 2010

Pembahagian Sembahyang Dan Hukum Sembahyang Sunat

Pengajian ke-2 Kitab Mun Yatul Musalli.
Wahai anak-anak ku...
Pengajian yang pertama merupakan pendahuluan oleh Tok Sheikh Daud. Beliau seterusnya mengatakan:

 Maka dikehendaki dengan ”Shalawat”  itu iaitu sembahyang fardhu yang lima iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Maka demikian itu ialah sembahyang yang tiada diluluskan akan seseorang daripada orang Islam meninggalkan satu daripadanya pada satu kelakuan daripada segala kelakuannya. Islam adalah ia bagi orang yang berakal dan jikalau sampailah lemahnya barang yang sampai dan sakitnya kepada sehingga-hingga sampainya sekalipun tiada uzur meninggalkan dia.


Huraian

Tok Syeikh Daud  mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Shalawat  di sini maknanya ialah Solat (Sembahyang) di mana sembahyang tersebut adalah sembahyang yang lima waktu iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Sembahyang tersebut tidak ada alasan kepada semua orang islam yang berakal selagi ia berakal walaupun dalam keadaan apa jua sekalipun sama ada sakit atau musafir diwajibkan menjalankan sembahyang  fardhu  .

’Shalawat” adalah bentuk jamak (plural) dari perkataan Solat atau sembahyang. Syeikh Daud dalam  kitab Bughyatul Thullab ada menulis iaitu ” Maka adalah difardukan sembahyang yang lima waktu pada malam Mikraj tetapi dikerjakan diwaktu zohor sebab ketika malam itu belum lagi didatangkan kaifiat (cara-cara mengerjakan sembahyang) . Mak datang malaikat Jibril serta Nabi sebanyak 2 hari mengajar akan sembahyang yang lima waktu dua kali. Adapun dahulu daripada difardukan maka adalah wajib atasnya dan atas umatnya sembahyang malam, yakni Tahajjud jua ( Rujukan Bughyatul Thullab)

Menurut Tok Syeikh Daud sembahyang terbahagi kepada 4 (empat) bahagian iaitu :

  1. Fardu Ain;
  2. Fardu Kifayah;
  3. Sembahyang Sunat; dan
  4. Sembahyang makruh.

Sembahyang yang dikatakan Fardu Ain ditujukan kepada 11 orang iaitu:
  1. Sembahyang yang hadir, yang mukim pada satu tempat;
  2. Sembahyang orang musafir;
  3. Sembahyang jamak bagi musafir dan hari hujan;
  4. Sebahyang Jumaat;
  5. Sembahyang takut seperti dalam peperangan yang belum mengikut peperangan itu;
  6. Sembahyang sangat takut yang sudah terjadi dan mengikuti peperangan itu dengan saksama, sekira-kira dalam keadaan yang tidak aman;
  7. Sembahyang Qadak (ganti) sembahyang fardu yang ketinggalan;
  8. Sembahyang orang sakit;
  9. Sembahyang  i’adah dua kali kerana rosak sembahyang yang pertama;
  10. Sembahyang orang tenggelam yakni hampir hendak tenggelam; dan
  11. Sembahyang orang ma’zur yakni yang diuzurkan iaitu orang yang ketiadaan air dan tanah

Yang ke 2, Fardu Kifayah.Contoh sembahyang ini sangat banyak iaitu:
i.Sembahyang jenazah;
ii. Sembahyang berjamaah

Yang ke 3, Sembahyang sunat, contoh sembahyang ini sangat banyak .Contohnya ialah :

i.                     Sembahyang kedua-dua hari raya;
ii.                   Sembahyang gerhana bulan dan matahari;
iii.                  Sembahyang minta hujan;
iv.                 Sembahyang rawatib;
v.                   Sembahyang witir;
vi.                 Sembahyang Dhuha;
vii.                Sembahyang taubat;
viii.              Sembahyang Tahajjud;
ix.                 Sembahyang Istikharah;
x.                   Sembahyang Tarawih;
xi.                 Sembahyang tahiyatul masjid;
xii.                Sembahyang Tasbih;
xiii.              Sembahyang Zawal;
xiv.              Sembahyang Qadak sembahyang sunat;
xv.               Sembahyang kembali dari bepergian;
xvi.              Sembahyang sunat wuduk;
xvii.            Sembahyang sunat azan;
xviii.           Sembahyang sunat muthlaq;
xix.              Sembahyang hajat;
xx.               Sembahyang sunat tawaf;
xxi.               Sembahyang tatkala akan keluar rumah dan sekembalinya
xxii.            Dll

Yang Ke 4, sembahyang makruh ialah:

i.                     Sembahyang dalam keadaan hendak buang air besar/kecil atau buang angin;
ii.                   Sembahyang ketika sangat lapar;
iii.                  Sembahyang ketika sangat dahaga;
iv.                 Sembahyang orang yang sangat ingin memakan makanan jika sudah hadir (makanan di hadapannya) atau hampir hadir;
v.                   Sembahyang orang sangat mengantuk;
vi.                 Sembahyang tidak dalam saf;
vii.                Sembahyang pada hal jamaah sudah berdiri;
viii.              Sembahyang pada waktu karaha, boleh menjadi haram jika tidak mempunyai sebab. Perkara ini disebut dengan ’Waktu Tahrim”

Wallahu A’lamu.

Sumber: Mun Yatul Musalli.




Persoalan:  Adakah sah sembahyang sunat (apa apa sunat) seseorang itu seandainya beliau tertinggal sembahyang wajibnya dan masih belum diganti (qada).
Terdapat beberapa istilah yang dirasakan perlu diberi penjelasan definasinya, agar pemahaman dapat lebih mendalam lagi. Iaitu  Tunai (ada'), qadhak dan i'adah.
Tunai (ada')
Ada' ialah melakukan sesuatu perbuatan yang diwajibkan dalam waktu yang ditetapkan oleh syarak. Misalnya kalau sembahyang fardu Asar, dia melakukan sembahyang tersebut pada waktu tersebut.
I'adah (mengulang)
I'adah pula ialah melakukan perbuatan yang diwajibkan untuk kali kedua di dalam waktu yang ditetapkan oleh syarak. Contohnya, dia mengerjkan sembahyang Asar di dalam waktu Asar, tetapi kurang sempurna. Lalu dia sembahyang untuk kali keduanya di dalam waktu itu juga. Ini dinamakan i'adah.
Qadhak
Qadhak pula ialah mengerjakan perbuatan yang diwajibkan diluar dari waktu yang diwajibkan oleh syarak. Misalnya, dia mengerjakan sembahyang Asar selepas habis waktu berkenaan. Sudah masuk waktu maghrib baru nak sembahyang Asar.
Apa hukum qadhak?
Telah ijmak (tidak diperselisihkan oleh seorang ulamakpun) bahawa mengqadhak sesuatu amalan yang wajib adalah wajib hukumnya. Dasar pengambilan hukum ini ialah, hadis:
"Barangsiapa yang tertidur atau terlupa dari mengerjakan sembahyang, hendaklah dia kerjakannya apabila teringat." (Riwayat Ahmad, Syaikhan, al-Tarmizi dan al-Nasa'i dari Anas bin Malik)
Berikut ini pula saya petik dari kenyataan Syeikh Zainudin al-Malbari dari kitab Fathul Mu'in yang dinukilkannya dari gurunya syeikh Ibnu Hajar al-Haitami (terjemahan bebas):
"Wajib seseorang itu menyegerakan mengerjakan (qadhak) sembahyang tertinggal, jika ia dilakukan secara sengaja. Syeikh kami Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami r.h. berkata bahawa yang apa yang nyata ialah dia wajib memalingkan semua waktunya untuk mengerjakan qadhak. Dikecualikan untuk waktu untuk mengerjakan sesuatu yang lain yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya dia diharamkan mengerjakan sembahyang sunat."

Di atas, menurut fatwa Ibnu Hajar seseorang yang telah meninggalkan sembahyang secara sengaja, diwajibkan mengqadhaknya dengan segera. Tidak boleh tangguh-tangguh lagi. Segala waktunya hendaklah digunakan untuk melakukan qadhak, kecuali untuk hal-hal yang penting sahaja seperti tidur, makan, bekerja dan sebagainya. Selagi qadhaknya belum selesai, dia diharamkan mengerjakan sembahyang sunat. Dan memang benar, jika kita fikirkan, bukankah lebih baik (semestinya) sembahyang sunat yang kita mahu kerjakan itu digantikan dengan mengerjakan sembahyang qadhak. Walau bagaimanapun sembahyang sunat yang dikerjakan itu tetap sah.
Kita petik lagi kata-kata Syeikh al-Malbari:
"Sunat hukumnya menyegerakan qadhak bagi orang yang tertinggal kerana uzur, seperti tertidur (yang tidak sengaja terlajak, bukan sengaja terlajak) dan lupa. Jika tertinggal sembahyang dengan uzur, dia sunat mengerjakan qadhak itu secara tersusun menurut urutan waktu sembahyang. Sunat mengerjakan qadhak Subuh sebelum Zohor, begitulah seterusnya... Disunatkan juga mengerjakan qadhak sebelum mengerjakan sembahyang semasa. Itupun jika tidak dikhuatiri akan terlepas sembahyang semasa."
Bagi orang yang tertinggal sembahyang fardu kerana uzur kerana tertidur atau terlupa, dia disunatkan menyegerakan qadhak. Sunat juga dia kerjakan qadhak secara tersusun. Contohnya dia tertinggal sembahyang subuh, asar dan isyak secara tidak sengaja. Ketika mengqadhak, dia sunat mengerjakan menurut urutan . Kerjakan qadhak Subuh dahulu, kemudian Asar dan akhir sekali Isyak.
Sunat juga mendahulukan sembahyang qadhak (bagi yang tertinggal kerana uzur) dari sembahyang semasa. Contoh, sekarang adalah waktu Asar. Kita ada tertinggal sembahyang Subuh kerana tertidur. Sebelum mengerjakan sembahyang Asar, kita disunatkan mengerjakan dahulu sembahyang qadhak Subuh dahulu. Tetapi jika waktu Asar sudah nak habis, kalau mahu buat qadhak sudah tentu tak sempat, maka kerjakanlah dulu sembahyang Asar (sembahyang semasa).
Terdapat lima waktu yang diharamkan mengerjakan sembahyang . Menurut Syaeikh Abu Syujak di dalam kitab matannya:
"Terdapat lima waktu yang tidak boleh seseorang itu mengerjakan sembahyang, iaitu: Selepas sembahyang subuh hingga terbit matahari, ketika terbit matahari hingga menjadi sempurna dan naik hingga setinggi tombak, ketika matahari berada betul-betul ditengah langit hingga tergelincir, selepas sembahyang Asar sehingga terbenam matahari, ketika terbenam matahari sehingga terbenam dengan sempurna."
Penetapan waktu yang dilarang ini adalah berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., antaranya ialah:
Uqbah binAmir berkata: "Terdapat tiga waktu yang Rasulullah s.a.w melarang kita mengerjakan sembahyang atau menguburkan mayat, iaitu ketika terbit matahari secara nyata sehingga naik, ketika sesuatu berdiri tegak di tengahhari hingga tergelincir matahari, dan waktu matahari condong hampir terbenam." (Riwayat Muslim)
Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.:
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah sembahyang selepas sembahyang Asar hingga terbenam matahari dan selepas sembahyang Subuh sehingga terbit matahari." (Riwayat Syaikhan)
 
Pengecualian
Tidak mengapa mengerjakan sembahyang pada lima tempat berkenaan di Mekah.
Dikecualikan juga sembahyang-sembahyang yang mempunyai sebab yang mendahului, seperti sembahyang sunat tahiyatul masjid, sembahyang sunat wudhuk, sembahyang jenazah, sujud tilawah, sujud syukur, sembahyang istisqa' (gerhana). Juga termasuk sembahyang yang mempunyai sebab ialah sembahyang qadhak. Diharamkan pada waktu berkenaan mengerjakan sembahyang sunat yang tidak bersebab, seperti sembahyang sunat mutlak, atau sembahyang yang mempunyai sebab yang terkemudian seperti sembahyang sunat ihram, sembahyang tasbih dan sembahyang istikharah.

Wallahu a'lam