Mengapa tulisan Allah dalam resam Uthmani ditulis اللَّه dengan sabdu pada huruf lam (ل) ditulis dengan baris atas dan bukannya ditulis الله dengan baris sabdu pada huruf lam (ل) dengan huruf alif kecil?
Penulisan Allah اللَّه dengan sabdu baris atas pada huruf lam adalah untuk membezakan penulisan untuk 3 nama tuhan orang arab jahiliyyah iaitu allaata , aluzza dan mannat yang ditulis dengan huruf alif kecil bagi kesemua nama- nama tuhan mereka. ( Rujuk ms 526 Alquran , surah al-Najm ayat 18 dan 20 disertakan) Ulamak dhobit ( pakar dalam penulisan alquran) cuba membezakan antara tuhan yang hak dan tuhan yang batil juga dibezakan dengan penulisan. Begitu detail ilmu dhobit dalam alquran ini. Sebab itu alquran tidak boleh diubah walaupun satu huruf. Ini mukjizat alquran yang zohir bagi kita. Sebab itu tulisan بسم اللَّه الرحمن الرحيم iaitu baris pada Allah juga diubah dengan penulisan sabdu pada huruf lam dengan baris atas. Kalau Quran Majid yg kebanyakkannya yg kita guna dahulu penulisannya tidak mengikut dhobit uthmani . Sebab itu tulisannya masih lagi guna الله.
Begitu juga dalam bahasa arab perkataan yang paling tinggi bagi orang berilmu adalah Allamah ( علامة) tetapi bagi Allah, Allah menggunakan perkataan Allamu (علام) iaitu bagi mengelakkan penulisan dalam bentuk feminin / perempuan ( مؤنث) . Tanda feminin ( مؤنث) dalam huruf arab ialah adanya huruf ya marbutah (ة). Terdapat 4 ayat dalam alquran dengan perkataan علام الغيوب
Contoh ayat
Holy Quran 5:109
------------------
۞ يَوْمَ يَجْمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ ۖ قَالُوا لَا عِلْمَ لَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ
(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib"
0 comments:
Post a Comment