Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya mulakan Hasyiah ku dengan menyebut namaMu . Hasyiah ku ini ditujukan buat anak-anak ku agar sentiasa mengingati nama-namaMu agar secebis kacipan ini berharga buat timbangan ku nanti. Insya Allah. Wahai anak-anak ku, bacalah sirah nabawiyyah serta para-para sahabat serta ulamak-ulamak dahulu agar cahaya keimanan sentiasa segar dan memancar serta subur bak munculnya benih Dipterocarpus sarawakensis dari perikarpnya yang keras. Cintalah flora dan fauna kejadian tuhan. Ingatlah bagaimana telusnya doa seekor semut dengan menelentang dirinya dan kesemua kakinya ke langit mendoakan agar turunnya hujan yang sekian lama tidak turun akibat dosa-dosa manusia. Lantaran tersebut Nabi Allah Sulaiman mengarahkan umatnya agar pulanglah ke kediaman masing-masing kerana telah terlihat semut telahpun memohon doa kepada tuhan dan sudah pasti Allah mendengar dan memakbulkan doa tersebut. Betul apa yang dikatakan, hujan turun sebaik sahaja doa tersebut dipohon oleh Sang Semut. Itulah peristiwanya wahai anak-anak ku. Buat mukadimah awal, sayangilah flora dan fauna sebagai tanda kebesaran tuhan. Renungilah semua kejadian tuhan tapi janganlah mencari di mana zat tuhan ! Ketemu lagi... cerita keimanan seekor semut semasa berdialog dengan Nabi Sulaiman.
0 comments:
Post a Comment