Pengajian ke-2 Kitab Mun Yatul Musalli.
Wahai anak-anak ku...
Pengajian yang pertama merupakan pendahuluan oleh Tok Sheikh Daud. Beliau seterusnya mengatakan:
Maka dikehendaki dengan ”Shalawat” itu iaitu sembahyang fardhu yang lima iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Maka demikian itu ialah sembahyang yang tiada diluluskan akan seseorang daripada orang Islam meninggalkan satu daripadanya pada satu kelakuan daripada segala kelakuannya. Islam adalah ia bagi orang yang berakal dan jikalau sampailah lemahnya barang yang sampai dan sakitnya kepada sehingga-hingga sampainya sekalipun tiada uzur meninggalkan dia.
Huraian
Tok Syeikh Daud mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Shalawat di sini maknanya ialah Solat (Sembahyang) di mana sembahyang tersebut adalah sembahyang yang lima waktu iaitu Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Sembahyang tersebut tidak ada alasan kepada semua orang islam yang berakal selagi ia berakal walaupun dalam keadaan apa jua sekalipun sama ada sakit atau musafir diwajibkan menjalankan sembahyang fardhu .
’Shalawat” adalah bentuk jamak (plural) dari perkataan Solat atau sembahyang. Syeikh Daud dalam kitab Bughyatul Thullab ada menulis iaitu ” Maka adalah difardukan sembahyang yang lima waktu pada malam Mikraj tetapi dikerjakan diwaktu zohor sebab ketika malam itu belum lagi didatangkan kaifiat (cara-cara mengerjakan sembahyang) . Mak datang malaikat Jibril serta Nabi sebanyak 2 hari mengajar akan sembahyang yang lima waktu dua kali. Adapun dahulu daripada difardukan maka adalah wajib atasnya dan atas umatnya sembahyang malam, yakni Tahajjud jua ( Rujukan Bughyatul Thullab)
Menurut Tok Syeikh Daud sembahyang terbahagi kepada 4 (empat) bahagian iaitu :
- Fardu Ain;
- Fardu Kifayah;
- Sembahyang Sunat; dan
- Sembahyang makruh.
Sembahyang yang dikatakan Fardu Ain ditujukan kepada 11 orang iaitu:
- Sembahyang yang hadir, yang mukim pada satu tempat;
- Sembahyang orang musafir;
- Sembahyang jamak bagi musafir dan hari hujan;
- Sebahyang Jumaat;
- Sembahyang takut seperti dalam peperangan yang belum mengikut peperangan itu;
- Sembahyang sangat takut yang sudah terjadi dan mengikuti peperangan itu dengan saksama, sekira-kira dalam keadaan yang tidak aman;
- Sembahyang Qadak (ganti) sembahyang fardu yang ketinggalan;
- Sembahyang orang sakit;
- Sembahyang i’adah dua kali kerana rosak sembahyang yang pertama;
- Sembahyang orang tenggelam yakni hampir hendak tenggelam; dan
- Sembahyang orang ma’zur yakni yang diuzurkan iaitu orang yang ketiadaan air dan tanah
Yang ke 2, Fardu Kifayah.Contoh sembahyang ini sangat banyak iaitu:
i.Sembahyang jenazah;
ii. Sembahyang berjamaah
Yang ke 3, Sembahyang sunat, contoh sembahyang ini sangat banyak .Contohnya ialah :
i. Sembahyang kedua-dua hari raya;
ii. Sembahyang gerhana bulan dan matahari;
iii. Sembahyang minta hujan;
iv. Sembahyang rawatib;
v. Sembahyang witir;
vi. Sembahyang Dhuha;
vii. Sembahyang taubat;
viii. Sembahyang Tahajjud;
ix. Sembahyang Istikharah;
x. Sembahyang Tarawih;
xi. Sembahyang tahiyatul masjid;
xii. Sembahyang Tasbih;
xiii. Sembahyang Zawal;
xiv. Sembahyang Qadak sembahyang sunat;
xv. Sembahyang kembali dari bepergian;
xvi. Sembahyang sunat wuduk;
xvii. Sembahyang sunat azan;
xviii. Sembahyang sunat muthlaq;
xix. Sembahyang hajat;
xx. Sembahyang sunat tawaf;
xxi. Sembahyang tatkala akan keluar rumah dan sekembalinya
xxii. Dll
Yang Ke 4, sembahyang makruh ialah:
i. Sembahyang dalam keadaan hendak buang air besar/kecil atau buang angin;
ii. Sembahyang ketika sangat lapar;
iii. Sembahyang ketika sangat dahaga;
iv. Sembahyang orang yang sangat ingin memakan makanan jika sudah hadir (makanan di hadapannya) atau hampir hadir;
v. Sembahyang orang sangat mengantuk;
vi. Sembahyang tidak dalam saf;
vii. Sembahyang pada hal jamaah sudah berdiri;
viii. Sembahyang pada waktu karaha, boleh menjadi haram jika tidak mempunyai sebab. Perkara ini disebut dengan ’Waktu Tahrim”
Wallahu A’lamu.
Sumber: Mun Yatul Musalli.
Persoalan: Adakah sah sembahyang sunat (apa apa sunat) seseorang itu seandainya beliau tertinggal sembahyang wajibnya dan masih belum diganti (qada).
Terdapat beberapa istilah yang dirasakan perlu diberi penjelasan definasinya, agar pemahaman dapat lebih mendalam lagi. Iaitu Tunai (ada'), qadhak dan i'adah.
Tunai (ada')
Ada ' ialah melakukan sesuatu perbuatan yang diwajibkan dalam waktu yang ditetapkan oleh syarak. Misalnya kalau sembahyang fardu Asar, dia melakukan sembahyang tersebut pada waktu tersebut.
I'adah (mengulang)
I'adah pula ialah melakukan perbuatan yang diwajibkan untuk kali kedua di dalam waktu yang ditetapkan oleh syarak. Contohnya, dia mengerjkan sembahyang Asar di dalam waktu Asar, tetapi kurang sempurna. Lalu dia sembahyang untuk kali keduanya di dalam waktu itu juga. Ini dinamakan i'adah.

Qadhak
Qadhak pula ialah mengerjakan perbuatan yang diwajibkan diluar dari waktu yang diwajibkan oleh syarak. Misalnya, dia mengerjakan sembahyang Asar selepas habis waktu berkenaan. Sudah masuk waktu maghrib baru nak sembahyang Asar.

Apa hukum qadhak?
Telah ijmak (tidak diperselisihkan oleh seorang ulamakpun) bahawa mengqadhak sesuatu amalan yang wajib adalah wajib hukumnya. Dasar pengambilan hukum ini ialah, hadis:
"Barangsiapa yang tertidur atau terlupa dari mengerjakan sembahyang, hendaklah dia kerjakannya apabila teringat." (Riwayat Ahmad, Syaikhan, al-Tarmizi dan al-Nasa'i dari Anas bin Malik)

Berikut ini pula saya petik dari kenyataan Syeikh Zainudin al-Malbari dari kitab Fathul Mu'in yang dinukilkannya dari gurunya syeikh Ibnu Hajar al-Haitami (terjemahan bebas):
"Wajib seseorang itu menyegerakan mengerjakan (qadhak) sembahyang tertinggal, jika ia dilakukan secara sengaja. Syeikh kami Ahmad Ibnu Hajar al-Haitami r.h. berkata bahawa yang apa yang nyata ialah dia wajib memalingkan semua waktunya untuk mengerjakan qadhak. Dikecualikan untuk waktu untuk mengerjakan sesuatu yang lain yang tidak dapat dielakkan. Sesungguhnya dia diharamkan mengerjakan sembahyang sunat."
Di atas, menurut fatwa Ibnu Hajar seseorang yang telah meninggalkan sembahyang secara sengaja, diwajibkan mengqadhaknya dengan segera. Tidak boleh tangguh-tangguh lagi. Segala waktunya hendaklah digunakan untuk melakukan qadhak, kecuali untuk hal-hal yang penting sahaja seperti tidur, makan, bekerja dan sebagainya. Selagi qadhaknya belum selesai, dia diharamkan mengerjakan sembahyang sunat. Dan memang benar, jika kita fikirkan, bukankah lebih baik (semestinya) sembahyang sunat yang kita mahu kerjakan itu digantikan dengan mengerjakan sembahyang qadhak. Walau bagaimanapun sembahyang sunat yang dikerjakan itu tetap sah.
Kita petik lagi kata-kata Syeikh al-Malbari:
"Sunat hukumnya menyegerakan qadhak bagi orang yang tertinggal kerana uzur, seperti tertidur (yang tidak sengaja terlajak, bukan sengaja terlajak) dan lupa. Jika tertinggal sembahyang dengan uzur, dia sunat mengerjakan qadhak itu secara tersusun menurut urutan waktu sembahyang. Sunat mengerjakan qadhak Subuh sebelum Zohor, begitulah seterusnya... Disunatkan juga mengerjakan qadhak sebelum mengerjakan sembahyang semasa. Itupun jika tidak dikhuatiri akan terlepas sembahyang semasa."

Bagi orang yang tertinggal sembahyang fardu kerana uzur kerana tertidur atau terlupa, dia disunatkan menyegerakan qadhak. Sunat juga dia kerjakan qadhak secara tersusun. Contohnya dia tertinggal sembahyang subuh, asar dan isyak secara tidak sengaja. Ketika mengqadhak, dia sunat mengerjakan menurut urutan . Kerjakan qadhak Subuh dahulu, kemudian Asar dan akhir sekali Isyak.
Sunat juga mendahulukan sembahyang qadhak (bagi yang tertinggal kerana uzur) dari sembahyang semasa. Contoh, sekarang adalah waktu Asar. Kita ada tertinggal sembahyang Subuh kerana tertidur. Sebelum mengerjakan sembahyang Asar, kita disunatkan mengerjakan dahulu sembahyang qadhak Subuh dahulu. Tetapi jika waktu Asar sudah nak habis, kalau mahu buat qadhak sudah tentu tak sempat, maka kerjakanlah dulu sembahyang Asar (sembahyang semasa).
Terdapat lima waktu yang diharamkan mengerjakan sembahyang . Menurut Syaeikh Abu Syujak di dalam kitab matannya:
"Terdapat lima waktu yang tidak boleh seseorang itu mengerjakan sembahyang, iaitu: Selepas sembahyang subuh hingga terbit matahari, ketika terbit matahari hingga menjadi sempurna dan naik hingga setinggi tombak, ketika matahari berada betul-betul ditengah langit hingga tergelincir, selepas sembahyang Asar sehingga terbenam matahari, ketika terbenam matahari sehingga terbenam dengan sempurna."

Penetapan waktu yang dilarang ini adalah berdasarkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w., antaranya ialah:
Uqbah binAmir berkata: "Terdapat tiga waktu yang Rasulullah s.a.w melarang kita mengerjakan sembahyang atau menguburkan mayat, iaitu ketika terbit matahari secara nyata sehingga naik, ketika sesuatu berdiri tegak di tengahhari hingga tergelincir matahari, dan waktu matahari condong hampir terbenam." (Riwayat Muslim)

Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.:
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah sembahyang selepas sembahyang Asar hingga terbenam matahari dan selepas sembahyang Subuh sehingga terbit matahari." (Riwayat Syaikhan)
"Bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah sembahyang selepas sembahyang Asar hingga terbenam matahari dan selepas sembahyang Subuh sehingga terbit matahari." (Riwayat Syaikhan)
Pengecualian
Tidak mengapa mengerjakan sembahyang padalima tempat berkenaan di Mekah.
Dikecualikan juga sembahyang-sembahyang yang mempunyai sebab yang mendahului, seperti sembahyang sunat tahiyatul masjid, sembahyang sunat wudhuk, sembahyang jenazah, sujud tilawah, sujud syukur, sembahyang istisqa' (gerhana). Juga termasuk sembahyang yang mempunyai sebab ialah sembahyang qadhak. Diharamkan pada waktu berkenaan mengerjakan sembahyang sunat yang tidak bersebab, seperti sembahyang sunat mutlak, atau sembahyang yang mempunyai sebab yang terkemudian seperti sembahyang sunat ihram, sembahyang tasbih dan sembahyang istikharah.
Tidak mengapa mengerjakan sembahyang pada

Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment