Pengajian ke-3 Kitab Mun Yatul Musalli.
Wahai anak-anak ku...
Mari kita sambung pengajian kita yang ke-3 pula. Tok Sheikh Daud seterusnya mengatakan:
Dikehendaki dengan solat Wusta iaitu Sembahyang asar. Adapun sebab ditentukan dengan menyebutkan akan dia kerana kelebihannya dan mulianya atas yang lainnya. Dan sebab diturunkan ayat itu kerana memudahkan sembahyang kerana takut. Bahawasanya adalah orang Islam serta Rasulullah SAW pada setengah daripada peperangan, sembahyang Rasulullah SAW akan sembahyang zuhur atas jalan adatnya. Adalah Musyrikun hampir dengan mereka itu daripada sembahyang berkata setengah daripada Musyrikun ”Jikalau kamu terserempak atas mereka itu di dalam sembahyang merekaitu nescaya mengena kamu akan mereka itu. ” Maka berkata setengah yang lainnya ”Bahawasanya bagi mereka itu kemudian daripada sembahyang itu, terlebih kasih kepada mereka itu daripada bapak mereka itu dan daripada anak-anaknya. Yakni dikehendaki oleh merekaitu ialah sembahyang asar. Maka turun Jibril as atas Rasaulullah SAW dengan kaifiyatnya ’sembahyang syiddatul khauf” Maka tilik oleh mu betapa kelebihan Sembahyang Asar dan nyatanya hingga mengetahui segala Musyrikin akan kelebihannya. Dan lagi Firmannya dalam Surah ar Rum ayat 31 : Kembali kamu hai segala mukminin kepada Allah dan takut akan Dia dan dirikan oleh kamu akan sembahyang dan jangan ada kamu daripada orang musyrikin”
Maka makna” inabah” kembali kamu kepada Allah dan takut akan Allah. Dan erti ”Iqamatul solat” iaitu mendatangkan akan dia atas wajah yang disuruh Allah Ta’ala.
Dan lagi Firmannya dalam Surah al Mukminun ayat 1 sampai 9:’ Bahawasanya telah dapat kemenangan segala orang yang mukminun iaitu orang yang ada mereka itu khusyuk yakni yang tetap anggotanya tatkala sembahyang hingga akhirnya..FirmanNya dan segala yang adalah atas sembahyang mereka itu memeliharakandia.”
Dan lagi FirmanNya dalam Surah al Ma’arij ayat 22-23:” Melainkan orang yang sembahyang yang atas mereka itu yang berkekalan memeliharakan dia” .
Huraian
Wahai anak-anak ku.
Tok Syeikh Daud seterusnya mengatakan bahawa para-para sahabat sangat cintakan kepada sembahyang kerana waktu itulah masa yang terbaik untuk mereka munajat kepad Allah sehingga mereka itu kasih kepada sembahyang melebihi kasihya kepada bapa-bapa mereka. Tok Syeikh Daud seterusnya mengatakan bahawa makna sembahyang wusta itu adalah sembahyang asar. Secara umumnya ada 3 perkara yang diterangkan oleh Tok Syeikh Daud dalam catitannya di atas seperti berikut:
- Apahkah makna solat Syiddatul Khauf
- Keutamaan Sembahyang Asar
- Apakah maknanya mendirikan sembahyang.
Pertama : SOLAT SYIDDATUL KHAUF : Iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Apabila datang ketika sangat ketakutan dan tidak mungkin dapat membahagi pasukan muslimin kerana banyaknya musuh, atau yang seumpamanya dan berkecamuknya peperangan, jadi seandainya sedang naik kenderaan tidak dapat turun, dan seandainya sedang berjalan kaki tidak dapat berbelok, maka para muslimin boleh melakukan solat dengan berjalan kaki ataupun naik kendaraan, menghadap kiblat ataupun tidak, sambil berlari, merangkak atau meniarap. Allah Ta’ala berfirman:
“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)
Ibnu ‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafi', iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafi' mengatakan: “Aku mengi’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”.
Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayatkan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat sedapat-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dari waktunya. Para muslimin yang menjalani solat menurut cara ini tidak wajib mengulangi solatnya.
“]ika kamu sekalian dalam ketakutan, kamu sekalian boleh solat dengan berjalan kaki atau naik kendaraan.” (Al-Baqarah: 239)
Ibnu ‘Umar r.a. berkata bahawa baik menghadap kiblat ataupun tidak. Demikian juga erti yang diriwayatkan oleh Imam Malik dan Nafi', iaitu hamba merdeka dari lbnu ‘Umar r.a. Nafi' mengatakan: “Aku mengi’tikadkan bahawa lbnu ‘Umar tentu menyebutkan yang demikian itu dari Nabi Muhammad (S.A.W.)”.
Al-Mawardi mengatakan bahawa perkataan Ibnu ‘Umar itu diriwayatkan oleh Imam Syafi’i dengan sanad dari Nabi Muhammad (S.A.W.). Para Ulama Mazhab Syafi’i mengatakan: Para muslimin solat sedapat-dapatnya dan tidak boleh mengakhirkan solat dari waktunya. Para muslimin yang menjalani solat menurut cara ini tidak wajib mengulangi solatnya.
Kedua: Keutamaan Sembahyang Asar
Diriwayatkan daripada Jarir bin Abdullah r.a katanya: Ketika kami duduk di samping Rasulullah s.a.w, tiba-tiba baginda memandang kepada bulan purnama pada malam peperangan Badar, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya kamu akan dapat melihat Tuhanmu sebagaimana kamu melihat bulan purnama ini, tiada halangan semasa kamu melihatNya iaitu akan dapat melihat Allah dengan jelas sekiranya kamu mampu, maka janganlah kamu lalai dari melakukan sembahyang sebelum terbit Matahari dan sebelum terbenam Matahari, iaitu sembahyang Asar dan sembahyang Subuh. Kemudian Jarir membaca firman Allah Yang bermaksud:
”Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum terbit dan terbenam matahari.
Rasulullah SAW menjelaskan tiga solat fardhu yang diamalkan seharian memberi kelebihan dari yang lain jika ditunaikan secara berjamaah. Solat ‘Isya’ umpamanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “ solat ‘Isya’ secara berjamaah akan mendapat ganjaran umpama mengerjakan solat sunat separuh malam”.
Manakala barangsiapa yang mengerjakan solat subuh secara berjamaah, akan mendapat ganjaran umpama mengerjakan solat sunat seluruh malam. Dalam perbahasan perkara ini para ulama’ menjelaskan untuk mendapat ganjaran pahala sunat seluruh malam solat subuh berjamaah hendaklah didahulukan dengan solat ‘isya’ secara berjamaah. Tanpa mengerjakan solat ‘isya’ secara berjamaah tidak akan dapat ganjaran solat sunat seluruh malam.
Solat ‘asar secara berjamaah turut terdapat kelebihan padanya. Pada waktu ‘asar merupakan masa pertukarannya shif para malaikat. Andaikata pertukaran shif malaikat yang membawa laporan kepada Allah SWT dalam keadaan kita sedang mengerjakan solat berjamaah, akan memberi impak yang besar berbentuk ganjaran di sisi Allah SWT. Jika keadaan sebaliknya berlaku, ianya merupakan suatu kerugian kepada seseorang. Selain waktu ‘asar, waktu pertukaran shif malaikat turut berlaku pada watu subuh.
Ketiga: Makna mendirikan Sembahyang
Wahai anak-anak ku.
Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung mendirikan solat, kalau buatpun, ada yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan banyak lagi.
Mengikut pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia , Zaharuddin Ab.Rahman mendirikan sembahyang adalah seperti berikut:
”Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya: “Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu mati.”
RASULULLAH SAW bersabda: Solat itu adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat, sesungguhnya ia sudah menegakkan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, sesungguhnya ia meruntuhkan agama.
Hakikatnya solat adalah satu suruhan yang mesti dilaksanakan atau disempurnakan oleh setiap umat Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.
Sayangnya, masih ada di kalangan umat Islam yang tidak langsung mendirikan solat, kalau buat pun, ada yang melengah-lengahkan waktu solat, melakukan solat secara tergesa-gesa serta tidak khusyuk dan banyak lagi. Sungguhpun waktu solat itu telah ditentukan, mengapa kita digalakkan agar tidak melengah-lengahkannya dan apakah ganjaran mereka yang bersolat di awal waktu?
Keperluan untuk menunaikan solat di awal waktu jelas daripada hadis yang bermaksud: “Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang terbaik, maka jawab Nabi : Solat di awal waktu.” (riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud)
Namun ada beberapa ketika yang dibenarkan untuk melewatkan solat seperti jika cuaca terlampau panas dan berjemaah secara terbuka di luar. Sabda Nabi SAW: Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat Zuhur, kerana kekuatan panas (matahari) adalah daripada bahang neraka jahanam. (riwayat al-Bukhari).
Namun mungkin keadaan terlalu panas ini sudah kurang timbul kerana kini, kita menunaikan solat di masjid yang redup dan berhawa dingin.
Bagi menjelaskan ganjaran mereka yang menjaga waktu solat. Rasulullah bersabda: Pada suatu hari Rasulullah ditanya oleh seorang sahabat: Amalan apakah yang paling utama? Baginda menjawab: Solat tepat pada waktunya. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Di samping itu, Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang bersolat tepat pada waktunya dan melengkapkan rukuk, sujud dan khusyuk maka solat itupun naik ke atas dalam keadaan putih dan cemerlang. Solat itu berkata: “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku (menyempurnakan rukun solat itu). Tetapi barang siapa yang tidak bersolat, tidak dalam waktu yang ditentukan dan tidak pula menyempurnakan wuduknya serta tidak pula melengkapkan rukuk, sujud dan tanpa khusyuk sama sekali, maka solat itupun naiklah ke atas dalam keadaan hitam kelam sambil berkata: “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku. Selanjutnya setelah solat itu berada di suatu tempat seperti dikehendaki Allah, ia pun lalu dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak rabak kemudian dipukulkanlah kepada mukanya.” (riwayat al-Tabrani dan Baihaqi).
Sementara, dalam surah al-Mukmin ayat 8 hingga 11 yang bermaksud: Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya.
Perkataan memelihara solat mempunyai pengertian yang cukup luas. Erti memelihara solat yang termudah adalah menjaga solat fardu lima kali sehari semalam. Namun, lebih
dalam dari itu, penjagaan solat juga menuntut kita untuk mendirikannya dan bukan sekadar menunaikannya.‘Tunaikan’ dan ‘dirikan’ adalah dua benda yang berbeza. Tunai lebih cenderung kepada proses melaksanakannya pada satu-satu waktu dan kemudian ia dikira selesai tanpa mengira kesan selepas dan persembahan spiritual semasa pelaksanaannya.
dalam dari itu, penjagaan solat juga menuntut kita untuk mendirikannya dan bukan sekadar menunaikannya.‘Tunaikan’ dan ‘dirikan’ adalah dua benda yang berbeza. Tunai lebih cenderung kepada proses melaksanakannya pada satu-satu waktu dan kemudian ia dikira selesai tanpa mengira kesan selepas dan persembahan spiritual semasa pelaksanaannya.
Manakala erti ‘mendirikan’ solat pula tidak bermaksud sedemikian, ini kerana kita dituntut untuk melaksanakan solat secara fizikal dan spiritual lalu berterusanlah kesan solat itu dalam kehidupan seharian kita. Perlu sama-sama kita menyedari bahawa yang dituntut semasa solat adalah usaha untuk meyakinkan yang kita sedang berhadap dengan Allah dan hati kita juga sedang dilihat oleh-Nya. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW yang bermaksud:
Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke lain. (al- Bukhari dan Abu Daud)
Apabila kamu solat, janganlah kamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajah-Nya ke wajah hamba-Nya yang sedang bersolat selagi mana hamba-Nya tidak menoleh ke lain. (al- Bukhari dan Abu Daud)
Perasaan inilah yang perlu dibawa hingga keluar solat, maka dengannya kita pasti akan dapat merasakan setiap tindakan kita dilihat oleh Allah SWT.
Apakah yang dimaksudkan solat berkualiti dan bagaimana memperolehnya?
Maksud solat berkualiti merangkumi semua hal-hal yang telah saya nyatakan sebelum ini, selain itu solat ini juga didirikan berlandaskan ilmu dan bukannya secara ikutan tanpa mengetahui asas sesuatu pergerakan dan tindakan itu.
Solat bagi mereka yang mengikuti mana-mana ilmuwan dan alim ulama secara ‘lihat, pandang dan dengar’ sudah tentu sah jika menepati rukun dan syaratnya. Namun, apabila kita ingin mengulas perihal berkualiti, ia sudah tentu perlu lebih dari sekadar sah. Atas sebab demikian ia memerlukan ilmu yang lebih jelas tentang dalil-dalil yang disandarkan pandangan ulama tersebut. Inilah namanya menaiktarafkan tahap ilmu agar pencapaian pahala dan keyakinannya semakin tinggi.
Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.
Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata: “Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan. (Jami’ Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)
Malah Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang daripadanya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu. Lalu Nabi memberi respons, keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi daripada orang yang beribadat (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah daripada kalangan kamu (sahabat). (riwayat Tirmizi, no. 2685, 5/50)
Syeikh Al-Mubarakfuri (iaitu seorang Sheikh dari India yang hafiz dalam ilmu hadis yang juga mengepalai Tafsir Ibnu Katsir) menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa Nabi membandingkan
keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliaannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)
keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliaannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)
Inilah juga yang ditegaskan oleh Syeikh Khatib As-Syarbini As-Syafie di dalam kitabnya di mana beliau menegaskan erti ‘lihat’ dalam hadis Nabi: “Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku mendirikan solat.” adalah ilmu iaitu, sebagaimana aku mengetahui kaedah dan sifat aku solat. Solat sebegini akan lebih mudah meraih nikmat khusyuk yang merupakan satu kenikmatan spiritual yang amat bernilai buat kehidupan di dunia dan di akhirat.
Bagaimanakah cara berhikmah untuk mengajak orang mendirikan solat kerana kita tidak mahu perkara ini dipertanggungjawabkan ke atas kita di akhirat kelak atas alasan segan atau takut mengecilkan hati mereka?
Sebaik-baik cara adalah kembali kepada asas (back to basic). Kita cuba ajak mereka berfikir semula bahawa hidup dan keseronokan dunia hanyalah untuk beberapa puluh tahun sahaja. Jangan kita tujukan kepada mereka, tetapi tujukan kepada diri kita terlebih dahulu iaitu termasuk mereka yang sedang ingin menasihati. Ingatkan perihal kematian, ia adalah saranan Nabi SAW dalam hadisnya: “Perbanyakkanlah ingatan kepada perkara yang memutuskan kenikmatan sementara, iaitu mati.” Jika penerimaannya baik, boleh diteruskan dengan memberi kefahaman perihal dosa mereka yang meninggalkan solat, antaranya adalah satu kaki sudah menjadi kafir, sebagaimana disebut di dalam hadis: “Sempadan antara seorang itu Islam dan kafir adalah jika mereka meninggalkan solat.” Ini bererti, mereka yang meninggalkan solat dikira sudah separuh badan di sempadan kekafiran yang amat berbahaya.
Gunakan cara nasihat yang didasari kasih sayang dan ingin membantu, cara lembut sentiasa lebih utama daripada kaedah yang keras dan menempelak. Kaedah ini juga datang dari al-Quran dan hadis. Setelah itu, sentiasa galakkan dan bina kemampuan solat orang dituju secara beransur-ansur. Jika sukar, boleh sahaja minta dia mendirikan satu waktu solat sehari terlebih dahulu dan seterusnya semakin baik. Insya-Allah.
Wahai anak-anak ku, hayatilah kandungannya beberapa kali dan cuba fahamkan dengan sebaik-sebaik mungkin kerana mungkin inilah kali terakhir kita melakukan sembahyang. Mungkin esok kita akan disembahyangkan, kita akan dipakai kain kafan, kita akan di bawa ke kubur dan kita akan dibaca talkin!
Wallahu A’lamu.
Sumber: Mun Yatul Musalli.
2 comments:
pak cik , nak tanya Mun Yatul Musalli tu ape ?
tu kitabnya..
Post a Comment