Pesanan Untuk Anak-Anak-Ku
Hukum Berzanji Mengikut Pandangan Ulamak Dan Huraian Hadis
Maulid Barzanji telah masyhur di
rantau sebelah kita. Amalan membacanya telah menjadi tradisi masyarakat kita di
alam Melayu ini. Ketibaan bulan kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. memeriahkan
lagi majlis-majlis pembacaan kitab Maulid Barzanji dan alhamdulillah ianya
masih berkekalan sehingga ke saat ini, walaupun dikecam dan disesatkan oleh beberapa golongan yang sangat cepat menghukum. Sungguh menghairankan bila membaca kitab sirah yang sarat
dengan mahabbatur rasul, tiba-tiba hendak diharamkan sebab kononnya bid`ah,
kononnya ada unsur pengagungan yang berlebihan, kononnya ada syirik, sedangkan
apa yang didakwa syirik dan berlebihan itu hanyalah kesalahan mereka dalam
memahami kata-kata Imam al-Barzanji akibat pendek kailnya manakan sampai lautan yang dalam.Mungkin sungai yang cetek juga tidak kesampaian.
Wahai anak-anak-Ku.
Adakah Ulamak Silam
mencerca Sambutan Maulidur-Rasul?
Jawapan: Mari kita
perhatikan apa kata 3 orang ulamak silam iaitu:
(1) Al-Imam
al-Hujjah al-Hafiz as-Suyuthi. Di dalam kitab beliau, al-Hawi lil Fatawa,
beliau telah meletakkan satu bab yang dinamakan Husnul Maqsad fi ‘Amalil
Maulid, halaman 189, beliau mengatakan:
“ Telah ditanya tentang amalan Maulid
Nabi SAW pada bulan Rabiul Awal, apakah hukumnya dari sudut syarak? Adakah ia
dipuji atau dicela? Adakah pelakunya diberikan pahala atau tidak? Dan
jawapannya di sisiku: Bahawasanya asal kepada perbuatan maulid, iaitu
mengadakan perhimpunan orang ramai, membaca al-Quran, sirah Nabi dan
kisah-kisah yang berlaku pada saat kelahiran baginda dari tanda-tanda kenabian,
dan dihidangkan jamuan, dan bersurai tanpa apa-apa tambahan daripadanya, ia
merupakan bid’ah yang hasanah yang diberikan pahala siapa yang melakukannya
kerana padanya mengagungkan kemuliaan Nabi SAW
dan menzahirkan rasa kegembiraan dengan kelahiran baginda yang mulia.
(2) Syeikh
Ibn Taimiyah : “Di dalam kitab beliau, Iqtidha’ as-Shiratil Mustaqim, cetakan
Darul Hadis, halaman 266, beliau nyatakan: Begitu juga apa yang dilakukan oleh
sebahagian manusia sama ada menyaingi orang Nasrani pada kelahiran Isa as ataupun kecintaan kepada
Nabi SAW dan mengagungkan
baginda, dan Allah mengurniakan pahala kepada mereka atas kecintaan dan ijtihad
ini…” Seterusnya beliau nyatakan lagi : “Ia tidak dilakukan oleh salaf, tetapi
ada sebab baginya, dan tiada larangan daripadanya.”
(3) Syeikhul
Islam wa Imamussyurraah al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: Berkata al-Hafiz
as-Suyuthi dalam kitab yang disebutkan tadi: Syeikhul Islam Hafizul ‘Asr
Abulfadhl Ibn Hajar telah ditanya tentang amal maulid, dan telah dijawab
begini: “Asal amal maulid (mengikut cara yang dilakukan pada zaman ini) adalah
bid’ah yang tidak dinaqalkan dari salafussoleh dari 3 kurun (yang awal), walau bagaimanapun
ia mengandungi kebaikan serta sebaliknya. Maka sesiapa yang melakukan padanya
kebaikan dan menjauhi yang buruk, ia merupakan bid’ah yang hasanah.
Telah jelas bagiku pengeluaran hukum ini dari
asal yang tsabit iaitu apa yang tsabit dalam shahihain (shahih al-Bukhari dan
shahih Muslim) bahawa Nabi SAW ketika
tiba di Madinah mendapati orang Yahudi berpuasa Asyura’, lalu baginda bertanya
kepada mereka (sebabnya). Mereka menjawab: Ia merupakan hari ditenggelamkan
Allah Fir’aun dan diselamatkan Musa, maka kami berpuasa kerana bersyukur kepada
Allah. Maka diambil pengajaran darinya melakukan kesyukuran kepada Allah atas
apa yang Dia kurniakan pada hari tertentu, sama ada cucuran nikmat atau
mengangkat kesusahan.” Seterusnya beliau berkata lagi: Dan apakah nikmat yang
lebih agung dari nikmat diutuskan Nabi ini SAW
iaitu Nabi Yang Membawa Rahmat, pada hari tersebut? Dan ini adalah asal
kepada amalan tersebut. Manakala apa yang dilakukan padanya, maka seharusnya
berlegar pada apa yang difahami sebagai bentuk kesyukuran kepada Allah Ta’ala
samada tilawah, memberi makan, sedekah, membacakan puji-pujian kepada Nabi,
penggerak hati atau apa sahaja bentuk kebaikan dan amal untuk akhirat.”
Inilah istinbat-istinbat yang
dikatakan oleh mereka yang menentang sambutan maulid (anti-maulid) sebagai
istidlal yang bathil serta qias yang fasid, lalu mereka mengingkarinya.
Cukuplah bagi kita memerhatikan siapakah yang mengingkari dan siapa pula yang
mereka ingkari!!!
Sifat manusia cenderung merayakan
sesuatu yg membuat mereka gembira, sama ada sambutan yang dibuat bermacam-macam
, ada yang mematuhi syarak dan ada yang tidak mematuhi syarak.
Dalam al-Quran Allah SWT telah merayakan
kelahiran para NabiNya seperti mana berikut:
(1)
Firman Allah : “(Isa berkata dari dalam perut
ibunya) Salam sejahtera atasku, di hari kelahiranku, dan hari aku wafat, dan hari
aku dibangkitkan” (Maryam : 33)
(2)
Firman Allah : “Salam Sejahtera dari kami (untuk
Yahya as) dihari kelahirannya, dan hari wafatnya dan hari ia dibangkitkan”
(Maryam:15)
Manakala dalam (Almustadrak ala
shahihain hadits no.4177) ada menyatakan bahawa Rasul SAW lahir dengan keadaan
sudah dikhitan .
Berkata Utsman bin Abil Ash
Asstaqafiy dari ibunya yg menjadi pembantunya Aminah ra iaitu Ibu Nabi SAW,
ketika bonda Nabi SAW mulai saat saat melahirkan, ibu utsman telah melihat
bintang bintang terlalu dekat dengannya sehingga ia takut berjatuhan di atas
kepalanya, lalu ia melihat cahaya terang benderang keluar dari Bonda Nabi SAW
hingga membuat terang benderangnya bilik dan rumah (Rujuk Fathul Bari Almasyhur Juz 6
hal 583). Berdasarkan Sirah Ibn Hisyam, ketika Rasul SAW lahir kemuka bumi
beliau langsung bersujud. Juga berdasarkan kepada riwayat sahih oleh Ibn Hibban
dan Hakim bahwa Bonda Nabi SAW saat melahirkan Nabi SAW melihat cahaya yg
terang benderang hingga pandangannya menembus dan melihat Istana Istana Romawi
( Rujuk Fathul Bari Almasyhur Juz 6 hal 583).Di asamping itu , semasa malam
kelahiran Rasul SAW itu singgahsana Kaisar Kisra telah runtuh, dan runtuh pula
14 buah jendela besar di Istana Kisra, dan Padamnya Api di Kekaisaran Persia yang
mana 1000 tahun tak pernah padam. (Rujuk
Fathul Bari Almasyhur Juz 6 hal 583)
Persolannya kenapa kejadian
kejadian ini dimunculkan oleh Allah swt?. Adakah kemunculan ini sebagai satu
fenomena biasa yang terjadi secara kebetulan?. Biarlah saya jawab lebih awal ,
ianya satu tanda kelahiran yang agong yang perlu kita ingat selama-lamanya.
Ianya kelahiran seorang Rasul yang membawa cahaya keimanan dan melenyapkan
kesyirikan di muka bumi ini. Kejadian kejadian besar ini muncul menandakan
kelahiran Nabi SAW, dan Allah swt telah merayakan kelahiran Muhammad Rasulullah
saw di Alam ini, sebagaimana Dia swt telah pula membuat salam sejahtera pada
kelahiran Nabi nabi sebelumnya.
Persoalan. Adakah Rasulullah memuliakan
hari kelahirannya. Jawapannya Ya. Rasulullah SAW memuliakan hari kelahiran beliau
SAW ketika beliau SAW ditanya mengenai
puasa di hari Isnin, beliau SAW menjawab : “Itu adalah hari kelahiranku, dan
hari aku dibangkitkan” (Rujuk Shahih Muslim hadits no.1162). Pengertian
daripada hadis ini ialah bahawa boleh
merayakan Maulidir-Rasul Nabi SAW asal
dengan puasa. Rasul SAW dengan jelas memberi pemahaman bahwa hari Isnin itu
berbeda di hadapan beliau SAW daripada hari lainnya, dan hari isnin itu adalah
hari kelahiran beliau SAW. Maka jelaslah sudah bahwa Nabi SAW termasuk yang memberi
perhatian pada hari kelahiran beliau SAW.
Persolannya. Adakah Para Sahabat Nabi SAW memuliakan hari
kelahiran SAW. Jawapannya Ya. Sahabat memuliakan hari kelahiran Nabi saw
Berkata Abbas bin Abdul Muttalib
ra : “Izinkan aku memujimu wahai Rasulullah..” maka Rasul saw menjawab:
“silahkan..,maka Allah akan membuat bibirmu terjaga”, maka Abbas ra memuji dengan
syair yg panjang, di antaranya : “… dan engkau (wahai Nabi saw) saat hari
kelahiranmu maka terbitlah cahaya di bumi hingga terang benderang, dan langit
bercahaya dengan cahayamu, dan kami kini dalam naungan cahaya itu dan dalam
tuntunan kemuliaan (Al Qur’an) kami terus mendalaminya” (Rujuk Kitab Mustadrak
‘ala shahihain hadits no.5417). Orang kafir yang gembira atas kelahiran Rasul
SAW juga diberi keringanan oleh Allah SWT. Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Muttalib
melihat Abu Lahab dalam mimpinya, dan Abbas bertanya padanya : “bagaimana
keadaanmu?”, Abu Lahab menjawab : “di neraka, Cuma diringankan siksaku setiap Isnin
karena aku membebaskan budakku Tsuwaibah
karena gembiraku atas kelahiran Rasul SAW” (Rujuk Kitab Shahih Bukhari hadits
no.4813, Sunan Imam Baihaqi Alkubra hadits no.13701, syi’bul iman no.281,
Fathul Baari Almasyhur juz 11 hal 431). Walaupun si kafir laknatullah ini
diazab di alam barzakh, namun tentunya
Allah berhak menambah siksanya atau menguranginya menurut kehendak Allah swt,
maka Allah menguranginya setiap hari Isnin karena telah gembira dengan kelahiran Rasul saw dengan membebaskan
budaknya. Walaupun mimpi tak dapat dijadikan hujjah untuk memecahkan hukum
syariah, namun mimpi dapat dijadikan hujjah sebagai manakib, sejarah dan
lainnya, misalnya mimpi orang kafir atas kebangkitan Nabi saw, maka tentunya
hal itu dijadikan hujjah atas kebangkitan Nabi saw maka Imam imam di atas yang
meriwayatkan hal itu tentunya menjadi hujjah bagi kita bahwa hal itu benar
adanya, karena diakui oleh imam imam dan mereka tak mengingkarinya.
Wahai anak-anak-Ku. Jangan
terikut ikut dengan hujjah orang-orang yang ingkar dan menolak sambutan
Maulidur-Rasul. Peganglah betul-betul nas-nas yang dinyatakan di atas. Bagaimana
halnya dengan orang yang mengingkari akan sambutan maulidur-rasul ini. Wahai
anak-anak-Ku selalulah memohon ampun kepada Allah dan mohonkan juga agar
dicucuri cahaya kebenaran dan memohon agar sentiasa kasih dan cinta kepada
Rasulullah SAW sampai akhir hayat.
Wahai anak-anak-Ku. Bolehkah kita mengucap
syair memuji Rasulullah di Masjid.
Jawapannya. Rasulullah saw
memperbolehkan Syair pujian di masjid. Hassan bin Tsabit ra membaca syair di Masjid
Nabawi, lalu ditegur oleh Umar ra, lalu
Hassan berkata : “aku sudah baca syair nasyidah di sini di hadapan orang yg
lebih mulia dari engkau wahai Umar (yaitu Nabi saw), lalu Hassan berpaling pada
Abu Hurairah ra dan berkata : “bukankah kau dengar Rasul saw menjawab syairku dengan
doa : wahai Allah bantulah ia dengan ruhulqudus?, maka Abu Hurairah ra berkata
: “betul” (Rujuk Shahih Bukhari hadits no.3040, Shahih Muslim hadits no.2485). Ini
menunjukkan bahwa pembacaan Syair di masjid tidak semuanya haram, sebagaimana
beberapa hadits shahih yg menjelaskan larangan syair di masjid, namun jelaslah
bahwa yg dilarang adalah syair-syair yg membawa pada kelalaian (Ghaflah), keduniaan, namun syair syair yg memuji Allah dan Rasul
Nya maka hal itu diperbolehkan oleh Rasul saw bahkan dipuji dan didoakan oleh
beliau saw sebagaimana riwayat di atas, dan masih banyak riwayat lain
sebagaimana dijelaskan bahwa Rasul saw mendirikan mimbar khusus untuk Hassan
bin Tsabit di masjid agar ia berdiri untuk melantunkan syair syairnya (Rujuk
Kitab Mustadrak ala shahihain hadits no.6058, sunan Attirmidzi hadits no.2846)
oleh Aisyah ra bahwa ketika ada beberapa sahabat yang mengecam Hassan bin
Tsabit ra maka Aisyah ra berkata : “Jangan kalian caci hassan, sungguhnya ia selalu membanggakan Rasulullah saw”(Musnad Abu
Ya’la Juz 8 hal 337).
Wahai anak-anak-Ku, bagaimana imam-imam besar menjelaskan hukum
sambutan maulidur-rasul ini.
(1) Berkata Imam Al Hafidh Ibn Hajar Al Asqalaniy
rahimahullah : Telah jelas dan kuat riwayat yg sampai padaku dari shahihain
bahwa Nabi saw datang ke Madinah dan bertemu dengan Yahudi yg berpuasa hari
asyura (10 Muharram), maka Rasul saw bertanya maka mereka berkata : “hari ini
hari ditenggelamkannya Fir’aun dan Allah menyelamatkan Musa, maka kami berpuasa
sebagai tanda syukur pada Allah swt, maka bersabda Rasul saw : “kita lebih
berhak atas Musa as dari kalian”, maka diambillah darinya perbuatan bersyukur
atas anugerah yg diberikan pada suatu hari tertentu setiap tahunnya, dan syukur
kepada Allah dapat dilakukan dengan pelbagai
cara, seperti sujud syukur, puasa, shadaqah, membaca Alqur’an, maka nikmat
apalagi yg melebihi kebangkitan Nabi ini?, telah berfirman Allah swt “SUNGGUH
ALLAH TELAH MEMBERIKAN ANUGERAH PADA ORANG
ORANG MUKMININ KETIKA DIBANGKITKANNYA RASUL DARI MEREKA” ( Ali-Imran
164)
(2) Pendapat Imam Al Hafidh Jalaluddin Assuyuthi
rahimahullah : Telah jelas padaku bahwa telah muncul riwayat Baihaqi bahwa
Rasul saw berakikah untuk dirinya setelah beliau saw menjadi Nabi (Ahaditsul mukhtarah
hadis no.1832 dengan sanad shahih dan
Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 9 hal.300), dan telah diriwayatkan bahwa datuknya
Abdul Muttalib telah berakikah untuknya sewaktu umur beliau SAW berusia 7 tahun, dan akikah tak mungkin diperbuat dua
kali, maka jelaslah bahwa akikah beliau saw yg kedua atas dirinya adalah
sebagai tanda syukur beliau saw kepada Allah swt yg telah membangkitkan beliau
saw sebagai Rahmatan lil’aalamiin dan membawa Syariah utk ummatnya.
Maka sebaiknya bagi kita juga untuk
menunjukkan rasa syukur dengan Maulid
beliau saw dengan mengumpulkan teman teman dan saudara saudara, menjamu dg
makanan makanan dan yg serupa itu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan
kebahagiaan. Bahkan Imam Assuyuthi mengarang sebuah kitab khusus mengenai
perayaan maulid dengan nama : “Husnul maqshad fii ‘amalil maulid” .
(3) Pendapat Imam Al hafidh Abu Syaamah rahimahullah
(Guru imam Nawawi) : Merupakan Bid’ah hasanah yg mulia di zaman kita ini adalah
perbuatan yg diperbuat setiap tahunnya di hari kelahiran Rasul saw dengan
banyak bersedekah, dan kegembiraan, menjamu para fuqara, seraya menjadikan hal
itu memuliakan Rasul saw dan membangkitkan rasa cinta pada beliau saw, dan
bersyukur kepada Allah dg kelahiran Nabi saw.
(4) Pendapat
Imamul Qurra’ Alhafidh Syamsuddin Aljazriy rahimahullah dalam kitabnya ‘Urif
bitta’rif Maulidissyariif : Telah diriwayatkan Abu Lahab diperlihatkan dalam
mimpi dan ditanya apa keadaanmu?, ia menjawab : “di neraka, tapi aku mendapat
keringanan setiap malam Isnin, itu semua sebab aku membebaskan budakku
Tsuwaibah demi kegembiraanku atas kelahiran Nabi (saw) dan karena Tsuwaibah
menyusuinya (saw)” (shahih Bukhari). Maka apabila Abu Lahab Kafir yg Alqur’an
turun mengatakannya di neraka mendapat keringanan sebab ia gembira dengan
kelahiran Nabi saw, maka bagaimana dg muslim ummat Muhammad saw yg gembira atas
kelahiran Nabi saw?, maka demi usiaku, sungguh balasan dari Tuhan Yang Maha
Pemurah sungguh sungguh ia akan dimasukkan ke syurga kenikmatan Nya dengan
sebab anugerah Nya.
(6) Pendapat
Imam Al Hafidh Assakhawiy dalam kitab Sirah Al Halabiyah berkata ”tidak
dilaksanakan maulid oleh salaf hingga abad ke tiga, tapi dilaksanakan
setelahnya, dan tetap melaksanakannya umat islam di seluruh pelusuk dunia dan
bersedekah pd malamnya dg berbagai macam sedekah dan memperhatikan pembacaan
maulid, dan berlimpah terhadap mereka keberkahan yg sangat besar”.
(7) Imam
Al hafidh Ibn Abidin rahimahullah dalam syarahnya maulid ibn hajar berkata :
”ketahuilah salah satu bid’ah hasanah adalah pelaksanaan maulid di bulan
kelahiran nabi saw”
(8) Imam
Al Hafidh Ibnul Jauzi rahimahullah dengan karangan maulidnya yg terkenal ”al
aruus” juga beliau berkata tentang pembacaan maulid, ”Sesungguhnya membawa
keselamatan tahun itu, dan berita gembira dg tercapai semua maksud dan
keinginan bagi siapa yg membacanya serta merayakannya” .
(9) Imam
Al Hafidh Al Qasthalaniy rahimahullah dalam kitabnya Al Mawahibul ladunniyyah
juz 1 hal 148 cetakan al maktab al islami berkata: ”Maka Allah akan menurukan
rahmat Nya kpd orang yg menjadikan hari kelahiran Nabi saw sebagai hari besar”.
Wahai anak-anak-Ku. Tiada satupun
para Muhadditsin dan para Imam yg menentang dan melarang hal ini, tidak seperti
mana yang disampaikan oleh kalangan anti
maulid, maka mereka ternyata hanya menggunting dan memotong ucapan para Imam
itu, dengan kelicikan yg jelas mahu meniru kelicikan para misionaris dalam
menghancurkan Islam. Mereka-mereka ini menggunakan akal fikiran yang sempit dan
mahu mencari keuntungan dunia dan yang sebenarnya mereka ini menentang Rasul
SAW walaupun nampaknya secara luaran seolah-olah mencintai Rasul SAW.
Wahai anak-anak-Ku. Bagaimana pula
kalau ditanya, bolehkah berdiri ketika maulid. Jawapannya ialah kita berdiri
sewaktu pembacaan Maulid merupakan Qiyas dari kerinduan pada Rasul saw, dan
menunjukkan semangat atas kedatangan sang pembawa risalah pada kehidupan kita,
hal ini lumrah saja, sebagaimana penghormatan yg dianjurkan oleh Rasul saw
adalah berdiri, sebagaimana diriwayatkan ketika Sa’ad bin Mu’adz ra datang maka
Rasul SAW berkata kepada kaum ansar :
“Berdirilah untuk tuan kalian” (shahih Bukhari hadits no.2878, Shahih Muslim
hadits no.1768), demikian pula berdirinya Thalhah ra untuk Ka’b bin Malik ra.
Memang mengenai berdiri
penghormatan ini ada ikhtilaf ulama, sebagaimana yg dijelaskan bahwa berkata
Imam Alkhattabi bahwa berdirinya bawahan
untuk majikannya, juga berdirinya murid untuk kedatangan gurunya, dan berdiri
untuk kedatangan Imam yg adil dan yg semacamnya merupakan hal yg baik, dan berkata
Imam Bukhari bahwa yg dilarang adalah berdiri untuk pemimpin yg duduk, dan Imam
Nawawi yg berpendapat bahawa tidak mengapa berdiri untuk penghargaan,
sebagaimana Nabi saw berdiri untuk kedatangan putrinya Fathimah ra saat ia
datang, namun ada pula pendapat lain yg melarang berdiri untuk penghormatan.
(Rujuk Fathul Baari Almasyhur Juz 11 dan Syarh Imam Nawawi ala shahih muslim
juz 12 hal 93).
Diriwayatkan bahwa Imam Al hafidh
Taqiyuddin Assubkiy rahimahullah, seorang Imam Besar dan terkemuka di zamannya
bahwa ia berkumpul bersama para Muhaddits dan Imam Imam besar di zamannya dalam
perkumpulan yang mana dalam perkumpuolan tersebut dibaca puji pujian untuk nabi
saw, lalu di antara syair syair itu merekapun berdiri termasuk Imam Assubki dan seluruh Imam
imam yg hadir bersamanya. Lalu Imam Ibn Hajar Alhaitsamiy rahimahullah berkata bahwa
Bid’ah hasanah sudah menjadi kesepakatan para imam bahwa perkara tersebut
merupakan hal yg sunnah, (berlandaskan hadist shahih muslim no.1017 yg tercantum
pd Bab Bid’ah) iaitu bila dilakukan mendapat pahala dan bila ditinggalkan tidak
mendapat dosa, dan mengadakan maulid itu adalah salah satu Bid’ah hasanah,
Dan berkata pula Imam Assakhawi rahimahullah bahwa mulai abad ketiga hijriah
mulailah hal ini dirayakan dengan banyak sedekah dan perayaan agung ini
diseluruh dunia dan membawa keberkahan bagi mereka yg mengadakannya. (Sirah Al
Halabiyah Juz 1 hal 137)
Wahai anak-anak-Ku.
Pada kesimpulannya menyambut dan merayakan maulid ini bertujuan mengumpulkan muslimin
untuk bersatu dan bersilaturahmi sekaligus mendengarkan ceramah islami yg diiringi
dengan selawat dan salam pada Rasul saw,
dan puji pujian pada Allah dan Rasul saw yg sudah diperbolehkan oleh Rasul saw,
dan untuk mengembalikan kecintaan mereka pada Rasul saw, maka semua maksud ini
tujuannya adalah kebangkitan risalah pada ummat yg dalam telah lalai (ghaflah) maka Imam dan Fuqaha manapun tak akan ada yg
mengingkarinya karena jelas merupakan salah satu cara membangkitkan keimanan
muslimin. Oleh itu tidak sepatutnya orang yang mengaku islam dan mengakui akan
kerasulan SAW mengingkari sambutan maulidur-rasul.
Akhir kalam, marilah kita perhatikan bagaimana pandangan
ulamak kini mengenai amalan amalan bermaulid, bermarhaban dan membaca Barzanji
(1) Berkata almarhum
Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Datuk Kadir Hassan dalam
fatwanya menyatakan: ‘Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan
mengucap salawat dan salam kepada Junjungan s.a.w.Berdiri ketika sampai kepada
bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa "Marhaban Jaddal Husaini",
"Ashraqal Badru 'Alaina" dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati
Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali
terlarang di dalam syarak, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh
merosak makna.’
(2) Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafiee di
Mekah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca
kisah-kisah baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi s.a.w. adalah suatu hal
yang baik. Dan telah mengerja seperti itu banyak dari ulama-ulama yang menjadi
ikutan Ummah. (I`anatuth Tholibin, Juz III halaman 363).
(3) Imam Taqiyuddin as-Subki, seorang ulama yang
terbesar dalam Mazhab asy-Syafiee (wafat tahun 657H) juga berpendapat bahawa
berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik
demi menghormati Nabi. Pendeknya tiadalah diragu-ragukan bahawa mengadakan
Zikir Marhaban seperti yang berlaku di dalam masyarakat kita tiadalah
sekali-kali tertegah dalam syarak malah ianya adalah termasuk di dalam
pekerjaan yang baik.
(4) Shohibus
Samahah Datuk Haji Mohd. Yunus bin Mohd Yatim, mufti ke-3 Negeri Melaka, turut
mendokong amalan Barzanji. Beliau menyatakan:’ Adalah dimaklumkan bahawa bacaan barzanji
telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam di sebelah sini dan
ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab barzanji yang
dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (Sirah Nabawiyyah) selain
daripada puji-pujian bagi Rasul junjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan
niat hendak mengetahui sejarah hidup Rasulullah yang mana percaya kepada Rasul
salah satu Rukun Iman. Orang Islam hendaklah mengetahui Rasulullah, ayahanda
dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang
membaca barzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan
tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan. Oleh itu, membaca barzanji diberi
pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah Rasulullah
sallallahu ‘alayhi wasallam dan memuliakan Rasul utusan Allah itu, sebagaimana
firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para mala’ikat-Nya
mengucap salawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah salawat
dan salam ke atasnya.’
(5) Tersebut
di dalam kitab I’anathuth Tholibin oleh Sayyidisy-Syaikh Abu Bakar Syatha
ad-Dimyathi: ‘Telah berkata Imam Hasan al-Bashri (Wafat 116H, pernah bertemu
dengan lebihkurang 100 orang shahabat): “Aku kasih jika ada bagiku seumpama
gunung Uhud emas untuk ku nafkahkan atas pembacaan Maulidur-Rasul”.
(6) Telah berkata Syeikh Junaid al-Baghdadi (wafat
297H): “Sesiapa yang hadir maulidur-Rasul dan membesarkan baginda, maka telah berjayalah dia dengan
iman”. Kata-kata ulama ini juga boleh didapati di dalam kitab an-Nafahatul
Miskiyyah fi fadhilathi qiraati maulidi khairil bariyyah karangan asy-Shaikh
Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi dan juga terjemahannya yang bertajuk Hembusan
Kasturi oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi.
Sekian untuk anak-anak-Ku.
Peganglah nasihat ini agar kita tidak sesat.
Edited by Hj Sam
1 comments:
Luar biasa sangat mencerahkan ,
Tolong dikupas dalil dalil tradisi (kupatan ,mitoni ,tingkepan dll pak) biar kami warga Nahdliyyin bisa menjelaskan ke masyarakat.
Terimakasih
Post a Comment