Monday, August 15, 2011

Syariat Dan Hakikat Asya'irah



Pandangan  Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki Mengenai Syariat Dan Hakikat Asya’irah

Siri 2:

Beliau seterusnya memetik kata-kata Zunnun al-Masri Rahimahullah pernah berkata ”Topik perbicaraan Tasawuf ada empat: cintakan Allah, membenci sedikit, mengikut undang-undang al-Quran dan takut dipalingkan hidayah. Di antara tanda-tanda mencintai Allah ialah mengikut kekasih Allah SAW dari sudut akhlaknya, perbuatannya, perintahnya dan cara hidupnya”.

Al-Sirry al-Saqhoti Rahimahullah berkata: ”Tasawuf itu kata nama bagi tiga pengertian. Pertama: cahaya makrifatnya tidak memadamkan cahaya waraknya. Kedua; tidak berbicara dengan ilmu batin yang menyalahi zahir al-Quran dan al-Sunnah.Ketiga; karamat yang dikurniakan kepadanya tidak mendorongnya melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.”

Abu Nasr Bishru al-Hafi Rahimahullah bercerita: “Aku pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW lalu baginda bersabda kepadaku: ”Wahai Bishr! tahukah engkau apakah sebab Allah melebihkanmu daripada sahabat-sahabatmu?”.Aku menjawab:”Tidak wahai Rasulullah.” Maka Rasululah SAW pun bersabda: ”Hal ini kerana engkau sentiasa mengikuti sunnahku, berkhidmat kepada orang-orang soleh, memberi nasihat kepada saudara-saudaramu dan cintakan para sahabat dan ahli keluargaku. Ini yang menyebabkan engkau sampai kepada martabat orang-orang abrar”…

Sambung Siri 3.

0 comments: