Pages

Sunday, August 21, 2011

Cinta Hamba Pada Tuhan



Hubungan Cinta Hamba Dengan Tuhan

Allah mencintai para kekasihNya, sebaliknya seorang hamba wajib mencintaiNya. Ini kerana Allah memiliki kesempurnaan, keagungan dan keindahan asma-asmaNya dan sifat-sifatNya serta perbuatan-perbuatanNya. Cinta adalah asas kehidupan dan makanan asas bagi jiwa.Dengan cinta maka seekor unta akan berlaku lemah lembut terhadap orang-orang di sekelilingnya. Dengan cinta maka seorang anak kecil boleh menyusu kepada ibunya. Dengan cinta maka seekor keldai boleh membangunkan kandangnya. Dengan cinta maka wajah-wajah yang muram akan berseri kembali, mulut yang cemberut akan tersenyum, muka yang garang akan menjadi lembut, kesusahan akan menjadi kegembiraan.

Dengan cinta maka orang mudah untuk dipersatukan dan didamaikan. Cinta adalah hakim bagi kehidupan dunia. Dengan cinta maka tengkorak-tengkorak para mujahid akan berjatuhan di atas bumi dan dengan cinta pula maka mereka rela untuk mengakhiri hidupnya di hujung pedang orang-orang kafir.

Dengan cinta maka seseorang rela untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir demi ibadah kepada Tuhannya. Dengan cinta pula maka para dermawan rela untuk menyedekahkan harta mereka demi perjuangan di jalan Allah. Dengan cinta pula maka ketika Haram bin Malham terbunuh di medan perang, dia berteriak: Demi Tuhan Kaabah, saya telah beruntung.

Dengan cinta Umair bin Hamman berdoa ingin segera masuk ke dalam syurga :”Sesungguhnya hidup ini terasa panjang apabila saya masih hidup sampai aku memakan kurma-kurma ini.” Dengan cinta pula Abdullah bin Umar al-Ansari berteriak:”Ya Allah, ambillah darahku ini pada hari ini sehingga Engkau ridha kepadaku.”

Ketika Allah mencintai Nabi Ibrahim maka kaki teras sejuk dan selamat bagi Nabi Ibrahim. ketika Alah mencintai Musa maka lautan menjadi terbelah kepada Musa. Ketika Allah mencintai Rasul terakhirnya maka Allah menjadikan sebatang pokok kurma menangis kerana rindu kepada Rasulullah SAW dan Allah menjadikan bulan terbelah di tangan Rasulullah SAW.

Sesungguhya orang mencintai Allah maka dia akan menganggap bahawa seksa Allah terasa tawar dan mati syahid di jalan Allah adalah matlamatnya. Saya bersyair:”Saya mencintaimu, dan janganlah engkau bertanya kenapa? Kerana aku mencintaimu secara murni, fikiran dan hatiku.”

Dengan cinta kegembiraan akan kekal, dengan cinta pula muka yang cemberut akan tersenyum dan dengan cinta maka burng-burung berkicau. Bumi tanpa cinta adalah bagaikan gurun pasir. Taman tanpa cinta akan hambar. Mata tanpa cinta akan menjadi buta dan telinga tanpa cinta akan menjadi tuli.

Ketika cinta telah berakhir maka segala-galanya akan nampak buruk sehingga segala perasangka buruk dan keragu-raguan serta muka yang masam akan terlihat pada muka setiap orang.

Ketika cinta telah berakhir maka seorang murid tidak akan mampu memahami perkataan gurunya yang menggunakan bahasa Arab yang petah, dan seorang wanita tidak akan taat kepada suaminya walaupun suaminya hanya meminta secawan air. Apabila cinta telah berakhir, maka seorang ayah tidak akan menyayangi anaknya. Apabila cinta telah berakhir maka lebah akan meninggalkan bunga, burung gagak akan meninggalkan taman-taman dan burung merpati akan meninggalkan padang.

Apabila engkau jatuh cinta maka engkau akan mencium wanginya bunga, merasakan halusnya sutera, merasakan manisnya madu, mendapatkan kesihatan, mendapatkan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan engkau akan mengetahui rahsia-rahsia banyak perkara. Namun apabila engkau telah benci maka segala perkataan yang diucapkan oleh orang kepadamu akan terasa bagaikan pisau yang menyayat hati dan segala tindakan orang lain akan curigai serta segala kebaikan orang lain akan kamu anggap sebagai kuburukan.

Orang yang jatuh cinta akan mengaggapkan marahnya orang yang dicintai sebagai ridha dan menganggapkan kesalahannya sebagai kebaikan dan kesilapannya sebagai kebenaran. Seorang penyair berkata:”Perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang selain dirimu bagiku akan terasa sebagai perbuatan yang buruk dan perbuatan buruk yang engkau lakukan kepada diriku terasa bagaikan satu kebaikan.”

0 comments: