Pages

Sunday, August 21, 2011

Cinta Hamba Pada Tuhan



Hubungan Cinta Hamba Dengan Tuhan

Allah mencintai para kekasihNya, sebaliknya seorang hamba wajib mencintaiNya. Ini kerana Allah memiliki kesempurnaan, keagungan dan keindahan asma-asmaNya dan sifat-sifatNya serta perbuatan-perbuatanNya. Cinta adalah asas kehidupan dan makanan asas bagi jiwa.Dengan cinta maka seekor unta akan berlaku lemah lembut terhadap orang-orang di sekelilingnya. Dengan cinta maka seorang anak kecil boleh menyusu kepada ibunya. Dengan cinta maka seekor keldai boleh membangunkan kandangnya. Dengan cinta maka wajah-wajah yang muram akan berseri kembali, mulut yang cemberut akan tersenyum, muka yang garang akan menjadi lembut, kesusahan akan menjadi kegembiraan.

Dengan cinta maka orang mudah untuk dipersatukan dan didamaikan. Cinta adalah hakim bagi kehidupan dunia. Dengan cinta maka tengkorak-tengkorak para mujahid akan berjatuhan di atas bumi dan dengan cinta pula maka mereka rela untuk mengakhiri hidupnya di hujung pedang orang-orang kafir.

Dengan cinta maka seseorang rela untuk bangun pada sepertiga malam yang terakhir demi ibadah kepada Tuhannya. Dengan cinta pula maka para dermawan rela untuk menyedekahkan harta mereka demi perjuangan di jalan Allah. Dengan cinta pula maka ketika Haram bin Malham terbunuh di medan perang, dia berteriak: Demi Tuhan Kaabah, saya telah beruntung.

Dengan cinta Umair bin Hamman berdoa ingin segera masuk ke dalam syurga :”Sesungguhnya hidup ini terasa panjang apabila saya masih hidup sampai aku memakan kurma-kurma ini.” Dengan cinta pula Abdullah bin Umar al-Ansari berteriak:”Ya Allah, ambillah darahku ini pada hari ini sehingga Engkau ridha kepadaku.”

Ketika Allah mencintai Nabi Ibrahim maka kaki teras sejuk dan selamat bagi Nabi Ibrahim. ketika Alah mencintai Musa maka lautan menjadi terbelah kepada Musa. Ketika Allah mencintai Rasul terakhirnya maka Allah menjadikan sebatang pokok kurma menangis kerana rindu kepada Rasulullah SAW dan Allah menjadikan bulan terbelah di tangan Rasulullah SAW.

Sesungguhya orang mencintai Allah maka dia akan menganggap bahawa seksa Allah terasa tawar dan mati syahid di jalan Allah adalah matlamatnya. Saya bersyair:”Saya mencintaimu, dan janganlah engkau bertanya kenapa? Kerana aku mencintaimu secara murni, fikiran dan hatiku.”

Dengan cinta kegembiraan akan kekal, dengan cinta pula muka yang cemberut akan tersenyum dan dengan cinta maka burng-burung berkicau. Bumi tanpa cinta adalah bagaikan gurun pasir. Taman tanpa cinta akan hambar. Mata tanpa cinta akan menjadi buta dan telinga tanpa cinta akan menjadi tuli.

Ketika cinta telah berakhir maka segala-galanya akan nampak buruk sehingga segala perasangka buruk dan keragu-raguan serta muka yang masam akan terlihat pada muka setiap orang.

Ketika cinta telah berakhir maka seorang murid tidak akan mampu memahami perkataan gurunya yang menggunakan bahasa Arab yang petah, dan seorang wanita tidak akan taat kepada suaminya walaupun suaminya hanya meminta secawan air. Apabila cinta telah berakhir, maka seorang ayah tidak akan menyayangi anaknya. Apabila cinta telah berakhir maka lebah akan meninggalkan bunga, burung gagak akan meninggalkan taman-taman dan burung merpati akan meninggalkan padang.

Apabila engkau jatuh cinta maka engkau akan mencium wanginya bunga, merasakan halusnya sutera, merasakan manisnya madu, mendapatkan kesihatan, mendapatkan ilmu-ilmu yang bermanfaat dan engkau akan mengetahui rahsia-rahsia banyak perkara. Namun apabila engkau telah benci maka segala perkataan yang diucapkan oleh orang kepadamu akan terasa bagaikan pisau yang menyayat hati dan segala tindakan orang lain akan curigai serta segala kebaikan orang lain akan kamu anggap sebagai kuburukan.

Orang yang jatuh cinta akan mengaggapkan marahnya orang yang dicintai sebagai ridha dan menganggapkan kesalahannya sebagai kebaikan dan kesilapannya sebagai kebenaran. Seorang penyair berkata:”Perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang selain dirimu bagiku akan terasa sebagai perbuatan yang buruk dan perbuatan buruk yang engkau lakukan kepada diriku terasa bagaikan satu kebaikan.”

Monday, August 15, 2011

Syariat Dan Hakikat Asya'irah



Pandangan  Sheikh Muhamad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki Mengenai Syariat Dan Hakikat Asya’irah

Siri 2:

Beliau seterusnya memetik kata-kata Zunnun al-Masri Rahimahullah pernah berkata ”Topik perbicaraan Tasawuf ada empat: cintakan Allah, membenci sedikit, mengikut undang-undang al-Quran dan takut dipalingkan hidayah. Di antara tanda-tanda mencintai Allah ialah mengikut kekasih Allah SAW dari sudut akhlaknya, perbuatannya, perintahnya dan cara hidupnya”.

Al-Sirry al-Saqhoti Rahimahullah berkata: ”Tasawuf itu kata nama bagi tiga pengertian. Pertama: cahaya makrifatnya tidak memadamkan cahaya waraknya. Kedua; tidak berbicara dengan ilmu batin yang menyalahi zahir al-Quran dan al-Sunnah.Ketiga; karamat yang dikurniakan kepadanya tidak mendorongnya melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.”

Abu Nasr Bishru al-Hafi Rahimahullah bercerita: “Aku pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW lalu baginda bersabda kepadaku: ”Wahai Bishr! tahukah engkau apakah sebab Allah melebihkanmu daripada sahabat-sahabatmu?”.Aku menjawab:”Tidak wahai Rasulullah.” Maka Rasululah SAW pun bersabda: ”Hal ini kerana engkau sentiasa mengikuti sunnahku, berkhidmat kepada orang-orang soleh, memberi nasihat kepada saudara-saudaramu dan cintakan para sahabat dan ahli keluargaku. Ini yang menyebabkan engkau sampai kepada martabat orang-orang abrar”…

Sambung Siri 3.

Sunday, August 14, 2011

Pandangan Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki Mengenai Beramal Dengan Syariat Dan Hakikat Asya'irah


PANDANGAN SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL BANJARI AL MAKKI  MENGENAI BERAMAL DENGAN SYARIAT DAN HAKIKAT ASYA’IRAH

Dewasa ini tasawuf sering dizalimi dan mendapat pelbagai tohmahan. Hanya segelintir sahaja yang mampu meneliti secara adil. Bahkan sikap keterlaluan dan biadab setengah mereka, telah sanggup menjadikan tasawuf sebahagian daripada sifat-sifat tercela dan dicaci. Dengan sebabnya boleh menggugurkan kelayakan seseorang untuk menjadi saksi dan menghilangkan sifat ‘adalah (tidak fasiq). Sehingga apabila dipersoalkan, kenapa? Maka dijawabnya : “Kerana beliau seorang Ahli Sufi”. Apa yang pelik dan menghairankan ialah apabila kita perhatikan terdapat segelintir golongan yang  mencela tasawuf , jelas menentang, malah bermusuhan terhadap pengamalnya dan juga yang sering mengingkarinya, mereka ini telah melakukan perkara yang dilakukan oleh ahli Tasawuf. Setelah itu tanpa segan silu telah memetik ungkapan kata-kata tokoh  sufi di dalam ucapan dan khutbah mereka di atas mimbar Jumaat serta halakah pengajian. Ada yang dengan penuh bangga dan angkuh berucap; “Berkata al-Fudhail bin ‘Iyadh, berkata al-Junaid, berkata Hasan al-Basri, berkata Sahl al-Tustari, berkata al-Muhasibi dan berkata Bishru al-Hafi.” Kesemua mereka itu merupakan imam-imam, paksi, tiang, tonggak dan binaan tasawuf. Kitab-kitab tasawuf dipenuhi dengan ucapan-ucapan, kisah-kisah, moral dan kesempurnaan mereka. Saya tidak pasti adakah dia tidak mengetahui dan sengaja berpura-pura tidak tahu, buta atau sengaja memejamkan mata?

Di sini suka saya menukilkan ucapan para ulama yang merupakan tiang tasawuf dan ahlinya. Saya ingin membawa ucapan mereka tentang syariat Islam, supaya kita mengetahui pendirian mereka sebenar. Ini kerana semestinya untuk mengenali seseorang tidak boleh tidak kecuali dari dirinya sendiri. Manusia itu sendiri merupakan sebaik-baik orang yang menjelaskan  pandangannya sendiri dan yang paling dipercayai di dalam menjelaskan apa yang terkandung di dalam hatinya.

Al-Imam Al-Junaid RA pernah berkata “ Semua jalan menuju Allah ditutup dari pengetahuan semua makhluk melainkan mereka yang mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW menuruti sunnahnya dan beristiqamah berada di jalankan. Ini kerana jalan-jalan kebaikan itu kesemuanya terbuka kepada Baginda, mereka yang mengikut dan menurut jejak langkah Baginda SAW.

Diriwayatkan bahawa Abu Yazid al-Bisthoni quddusullah pernah suatu ketika berkata kepada para sahabatnya:”Ayuh! Mari kita semua pergi melihat hal keadaan si fulan yang mengisytiharkan dirinya sebagai wali.’ Beliau berkata lagi:”Setelah sampai, kami dapati si fulan tersebut sedang menuju ke masjid sambil meludah ke arah kiblat. Maka Abu Yazid pun berpaling daripada lelaki tersebut dan tidak memberi salam kepadanya seraya berkata;’Si fulan ini bukanlah manusia yang boleh dipercayai dalam mengamalkan adab-adab yang diajar oleh Rasulullah SAW, bagaimana dia boleh dipercayai dengan dakwaan yang telah mencapai martabat kewalian dan siddiq”…… bersambung.