Pages

Sunday, September 19, 2021

Pisang gergasi ( Musa ingens) Talh طلح

 Pisang Gergasi  Di Dunia.


Pokok Pisang Gergasi Yang Terbesar Di Dunia.

Pernahkah kita melihat pokok pisang gergasi yang tingginya seakan-akan pokok kelapa? Pokok pisang mempunyai lebih kurang   70 spesies  di dunia dan nama saintifiknya adalah ‘musa’. Musa adalah nama genus. Pokok pisang yang terbesar di dunia adalah Musa  ingens . Ketinggian pokok ini boleh mencecah sehingga ketinggian 20m hingga 25m sedangkan untuk ketinggian pokok pisang biasa lebih kurang 2-5m sahaja. Bunganya boleh mengeluarkan sehingga 300 biji buah . Buahnya ada mengandungi biji kehitaman dan isinya boleh dimakan. Pisang ini adalah pisang yang terbesar di dunia dan ditemui di Pergunungan Arfak yang mempunyai ketinggian 1,350-1,800 m atas paras laut yang terletak di  Papua Barat. Pisang ini  seolah-olah hybrid dengan satu lagi spesies yang terdapat di Afrika yang mampu mengeluarkan buah sepanjang 2 kaki (60cm) walaupun purata panjang umumnya antara 12-14 inci (32 cm). Ahli Botani pertama yang menamakan dengan ‘Musa’ ialah Carl Linnaeus dalam tahun 1753. Beliau dilahirkan pada 23 Mei 1707 dan meninggal pada 10 Januari 1778 ( 70 tahun) . Beliau berbangsa Sweden. Beliau juga orang yang pertama memberikan nama saintifik mengikut Penamaan Binomial ( Binomial nomenclature). Panjang daun pokok pisang ini pula boleh mencecah 5m dan lebarnya pula 1m. Memang sesuai dipanggil pisang gergasi. Manakala dalam setandan pisang boleh mencecah berat sehingga 60kg dan 15m panjang.


Adakah Pokok Pisang dinyatakan dalam al-Quran?


Pokok pisang ada juga dinyatakan di dalam al-Quran Surah al-Waqiah ayat 29 (56:29) :  وطلح منضود bermakna “ Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya”. Walau bagaimanapun para ahli tafsir berbeza pendapat dengan makna tersebut. Saya cuba membawa beberapa tafsir al-Quran mengenai ayat tersebut. 


Pertama  Tafsir Fathul Bayan oleh Sideq Hasan (1307H)

قال أكثر المفسرين: إن الطلح في الآية هو شجر الموز، وقال جماعة ليس هو شجر الموز ولكنه الطلح المعروف وهو أعظم أشجار العرب. وقال الفراء وأبو عبيدة: هو شجر عظام لها شوك، وقيل: هو شجر له ظل بارد طيب

“Sebilangan besar ahli tafsir mengatakan: ‘Talh’ dalam ayat itu adalah pokok pisang, dan sebahagian mufassirin mengatakan bahawa  ia  bukan pokok pisang, tetapi spesies ‘Acacia’ yang sedia maklum oleh orang arab (pohon yang mengeluarkan ‘manna’) .  Telah berkata Al-Farra dan Abu Ubaidah  ia adalah  pohon kayu yang mempunyai duri, dan dikatakan juga sejenis pohon yang memiliki keteduhan sejuk yang baik. “


Tafsir Kedua Tafsir Bahrul ‘ulum karangan Samarqandi (373H) 

قال: وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ وقال مقاتل: يعني: الموز المتراكم بعضه على بعض. وقال قتادة: هو الموز، وهذا روي عن ابن عباس

Telah berkata Muqatil, ayat tersebut merujuk kepada pokok pisang . Begitu juga Qatadah mengatakan ia merujuk kepada pokok pisang yang bersusun buahnya antara satu sama lain sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas ra.


Tafsir Ketiga iaitu Tafsir Al-Quran al-Karim oleh Maulana Abdullah Yusuf Ali menafsirkan  perkataan طَلْحٍ kepada dua makna iaitu pisang dan pokok Acacia yang boleh mengeluarkan gam arab الطلح العربي . Beliau lebih kepada Acacia berdasarkan pokok pisang bukannnya berasal dari Negara arab. 


Semuga kita sentiasa ingat dengan anugerah Ilahi yang tidak terhitung banyaknya. Sekurangnya-kurangnya kita ingat  cerita ini semasa kita makan pisang goreng.





Mengapa Nama Tongkat Ali ( Eurycoma longifolia)

 Nama Sebenar Tongkat ali

Nama saintifik Tongkat ali ialah Eurycoma spp. Di Malaysia terdapat dua spesies utama iaitu Eurycoma longifolia dan Eurycoma apiculata. Nama lain bagi Eurycoma longifolia ialah Eurycoma latifolia, Eurycoma longifolia var.cochinchinensis, Eurycoma merguensis dan Eurycoma tavoyana. Manakala terdapat satu lagi spesies iaitu  Eurycoma harmandiana  atau nama Thai sebagai  “Ian-don”. Juga dikenali sebagai Tongkat gunung yang boleh ditemui di persekitaran 300m atas paras laut di kawasan Timur Thailand terutama di Korat, Kemboja dan Laos dan berkemungkinan di pergunungan Annam. Bentuk daunnya panjang dan bujur.


Nama asal bagi Eurycoma spp. sepertimana yang terdapat dalam buku Pocket Check List of Timber (Terbitan pertama, 1952, Revised kedua 1962 dan Edisi Ketiga 1979.) ialah Penawar Pahit.  Manakala dalam Buku Tree Flora of Malaya A Manual For Foresters Volume two TC Whitmore.  Malayan Forest Record No 26. 1972  juga dikenali sebagai penawar pahit. Dalam Buku  Order dan Famili Tumbuhan Berbiji Di Tanah Melayu oleh Hsuan Keng, terjemahan Ahmad bin Mahmud  DBP 1986, Eurycoma longifolia dinamakan dengan Kayu pahit.

Nama  tempatan lain bagi Eurycoma apiculata sepertimana yang terdapat dalam Buku Tumbuhan Ubatan Malaysia Suntingan kamarudin Mat Salleh dan A. Latif UKM 2001, ialah Segentar bumi daun lebar, Setunjang bumi, Akar pakar, Penggering (Temuan), Therung (Temiar), Jelai (Semai). Manakala nama tempatan lain bagi Eurycoma longifolia  Penawar putih,  Setunjang bumi daun halus, Pakau, Pasak bumi, Gertak bumi, Sengkayap, Kebing, Penawar pahit (Semelai), Penggering ( Temuan), Therung (Temiar), Marataya (Iban), Petagar beruang (Iban). Nama lain bagi Eurycoma spp. ialah Pasak Bumi, Payong Ali, Tongkat Baginda, Muntah Bumi, Petala Bumi, Hempedu Pahit, Penawar Pahit, Penawar Bias, Bedara Merah, Bidara Laut, Babi Kurus, cay ba binh (Vietnam), Tho Banh (Laos) dan LongJack (English).


Dari mana datangnya nama Tongkat ali.

Mengikut kajian Tumbuhan dari Perspektif Antropologi oleh Aishah Haji Muhamad dan A. Aziz Bidin, nama ali yang dikaitkan dengan Eurycoma spp adalah datangnya daripada seorang bomoh di Pulau Tioman yang dikaitkan dengan Sayyidina Ali. Sayyidina Ali dikatakan sebagai seorang yang kuat sehingga pepatah melayu mengatakan  ‘Gagah Ali gagah Musa”. Terdapat banyak pokok yang bernama Ali dalam masyarakat Melayu seperti Tongkat ali, misai Ali, janggut Ali, payung Ali, pedang Ali dan saidina Ali yang semuanya itu dikaitkan dengan nama Sayyidina Ali sempena kekuatan fizikal khususnya semasa peperangan. Manakala pokok yang mengaitkan dengan kesuburan wanita   serta kecantikan, kesucian dan perhiasan  di kaitkan dengan Siti Fatimah seperti Kacip Fatimah, Rumput Fatimah. Fatimah adalah anak nabi yang dikatakan mempunyai ciri-ciri kebaikan serta cantik rupa parasnya.

Dalam perubatan melayu, akar ini digunakan sebagai ramuan ubat periuk untuk kesihatan. Dukun melayu mempercayai ubat periuk yang dicampur dengan tongkat Ali, Misai Ali (Themeda arguens), Janggut Ali,  Kacip Fatimah (Labisia pumila) akan memberikan kesihatan tubuh badan dan peredaran darah yang baik khususnya untuk tenaga batin.  Lalu beberapa dukun melayu menamakan ramuan ubat periuk yang dipercayai boleh memulihkan tenaga batin dikaitkan dengan nama ali seperti Tongkat ali, Misai Ali, Janggut Ali, Payung Ali, Pedang Ali dan Saidina Ali. Nama-nama ini merupakan nama panggilan yang diletakkan oleh dukun melayu dan sehingga kini ia popular dengan nama tersebut.


Cuma yang menjadi persolannya ialah ada segelintir penceramah agama yang terkenal di Malaysia  cuba mengaitkan nama Ali dan Fatimah dalam penamaan nama ubatan dengan mengaitkan pengaruh syiah  dalam alam melayu. Ini merupakan satu rekaan pembohongan baru oleh penceramah tersebut. Beliau cuba mencipta satu cerita yang difikirkan munasabah bagi mengaitkan nama Ali dan Fatimah dalam ajaran Syiah. Manakala ada juga ustaz yang lain cuba mengaitkan Sayyidina Ali yang dikatakan mempunyai keupayaan tenaga batin yang tinggi dengan membawa hadis  berikut:

.

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ

Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”

Hadis ini merupakan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.


Dan ada juga mereka membawa hadis berikut:

.

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَاسْتَحْيَيْتُ أَنْ أَسْأَلَ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بن الأسود فَسَأَلَهُ فَقَالَ: فِيهِ الْوُضُوءُ، وَلِمُسْلِمٍ: يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ

 

Maksudnya: “Aku seorang yang selalu keluar mazi dan aku berasa malu untuk bertanya kepada Rasulullah SAW. Aku menyuruh Miqdad bin al-Aswad menanyakannya. Baginda menjawab: Dia hendaklah berwudhu’. Dalam riwayat Muslim: Dia hendaklah membasuh zakarnya dan berwudhu’.”

. Hadis sahih riwayat Abu Daud.


Mengikut Ustaz Azhar Idrus, hadis tersebut menunjukkan bahawa Sayyidina Ali mempunyai sejenis penyakit iaitu beliau sering keluar air mazi. Antara punca keluarnya air mazi ialah kerana mengidap penyakit. Sayyidina Ali agak malu untuk bertanya secara langsung kepada Rasulullah saw  tentang penyakitnya itu kerana Siti Fatimah adalah isterinya. Lalu beliau menyuruh sahabatnya bernama Miqdad  al Aswad ra  untuk bertanya soalan tersebut kepada Rasulullah saw.


Oleh itu, adalah kurang wajar dan tidak tepat sama sekali bagi setengah-setengah ustaz cuba mengaitkan nama Tongkat ali dan Kacip Fatimah sebagai penularan pengaruh Syiah dalam masyarakat melayu serta penafsiran hadis di atas yang dikaitkan dengan rangsangan seksual. 


Air mazi ialah air yang berwarna putih, halus dan melekit, keluar ketika bangkitnya permulaan syahwat atau ketika bergurau senda bersama isteri dan menciumnya. Ia keluar tanpa memancutkan air mani, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari. Mazi lelaki dan wanita adalah sama.  Wanita keluar mazi apabila bangkit syahwatnya. Tidak wajib mandi dengan sebab keluar mazi, iaitu air yang keluar disebabkan syahwat yang paling rendah (mani adalah air kemuncak syahwat). Mazi mempunyai sifat-sifat air mani seperti yang disebutkan berdasarkan hadis riwayat Saidina Ali R.anhu di mana beliau berkata:

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ - فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ

Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sering keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku telah menceritakan perkara ini kepada Nabi SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Apabila kamu mendapati air mani yang keluar dari kemaluan kamu maka diwajibkan kepada kamu mandi.” 

Riwayat Abi Daud (206)

 

Sehubungan dengan itu, air mazi menurut istilah fiqh pula adalah air jernih yang melekit keluar ketika timbulnya syahwat.

(Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 36/315)

 

Manakala Imam al-Nawawi di dalam kitabnya menyatakan perbezaan antara mani dan mazi adalah, air mani keluar ketika kemuncak syahwat serta mengakibatkan kepenatan. Adapun mazi keluar ketika bersyahwat tidak mengakibatkan kepenatan.

 (Rujuk: al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 2/141)

 

 

Berhubung dengan perkara ini, jelas bahawa air mazi merupakan najis mutawassitah seperti bangkai, arak, air kencing dan tahi yang perlu di bersihkan dengan air yang suci sehingga hilang bau rasa dan warna. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Nabi SAW:

عَنْ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ، قَالَ كُنْتُ أَلْقَى مِنَ الْمَذْىِ شِدَّةً وَعَنَاءً فَكُنْتُ أُكْثِرُ مِنْهُ الْغُسْلَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَسَأَلْتُهُ عَنْهُ فَقَالَ ‏"‏ إِنَّمَا يُجْزِئُكَ مِنْ ذَلِكَ الْوُضُوءُ ‏"‏ ‏.‏ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِمَا يُصِيبُ ثَوْبِي مِنْهُ قَالَ ‏"‏ يَكْفِيكَ أَنْ تَأْخُذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَتَنْضَحَ بِهِ ثَوْبَكَ حَيْثُ تَرَى أَنَّهُ أَصَابَ مِنْهُ

Maksudnya: “Sahl bin Hunaif berkata, "Saya merasa letih dan susah kerana sering mandi disebabkan keluarnya mazi, lalu saya adukan hal itu kepada Rasulullah SAW, kemudian Baginda bersabda, “Cukuplah engkau dengan berwudhu”. Saya bertanya, Wahai Rasulullah, bagaimana dengan mazi yang terkena pada pakaian saya? Baginda menjawab, “Cukuplah engkau mengambil air sebanyak satu tapak tangan, lalu engkau siramkan pada pakaian yang engkau lihat pada bahagian yang terkena itu”.

Riwayat al-Tirmizi (115)

 

Kenyataan di atas jelaslah bahawa air mazi yang keluar wajib dibersihkan dengan air secukupnya. Kerana ia dianggap sebagai najis. Pakaian, tempat tidur yang terkena air mazi wajib dibersihkan dengan cara yang betul.

 

KESIMPULAN

Kesimpulannya, air mazi yang keluar adalah najis. Apabila terkena pada pakaian, selimut atau seumpamanya maka wajib dibersihkan. Sekiranya air mazi itu sedikit dan sukar untuk dijaga maka dimaafkan. Namun, sekiranya ia banyak maka wajib untuk dibersihkan. Semoga kita sentiasa dalam keadaan bersih dari kekotoran najis.

WaAllahu a’lam.





Saturday, September 18, 2021

Doa Wabak Corona Covic -19

 Doa wabak covic-19


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.


اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّـا البَلآءَ وَالغَلاَءَ وَالوَبَاءَ وَالطَّاعُونَ وَالفَحْشَاءَ وَالمُنْـكَرَ وَالبَغْيَ وَالسُّوءَ المُخْتَـلِفَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَاوَقَرْيَتِـنَا هَذِهِ خَآصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ المُسْلِمِينَ كَآفَّةً عَآمَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَبِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ.


تَحَصَّـنَّا بِذِى العِزَّةِ وَالجَبَرُوتِ، وَاعْتَصَمْـنَا بِرَبِّ المَلَـكُوتِ، وَتَوَكَّـلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ، اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَبَاءَ، وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى،وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونِ وَالبَلاَءِ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ، يَا خَبِيرُ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَوَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.



Yang bermaksud, Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya

 

Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan.


Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan yang Mempunyai Kekuasaan Mutlaq. Aku berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang Memiliki Kerajaan yang Maha Agung dan aku berserah diri kepada Allah yang Hidup dan tidak akan mati.

 

Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta.

Mengapa Tulisan Allah dalam Resam Uthmani menggunakan Baris Di Atas pada Huruf Lam Bukan Huruf Alif Kecil . اللَّه

 Mengapa tulisan Allah dalam resam Uthmani ditulis اللَّه dengan sabdu pada huruf lam (ل) ditulis dengan baris atas dan bukannya ditulis الله dengan baris sabdu pada huruf lam (ل) dengan huruf alif kecil?


Penulisan Allah اللَّه dengan sabdu baris atas pada huruf lam adalah untuk membezakan penulisan untuk 3 nama tuhan orang arab jahiliyyah iaitu allaata , aluzza dan mannat yang ditulis dengan huruf alif kecil bagi kesemua nama- nama tuhan mereka.  ( Rujuk ms 526 Alquran , surah al-Najm ayat 18 dan 20 disertakan) Ulamak dhobit ( pakar dalam penulisan alquran) cuba membezakan antara tuhan yang hak dan tuhan yang batil juga dibezakan dengan penulisan. Begitu detail ilmu dhobit dalam alquran ini. Sebab itu alquran tidak boleh diubah walaupun satu huruf. Ini mukjizat alquran yang zohir bagi kita. Sebab itu tulisan بسم اللَّه الرحمن الرحيم iaitu baris pada Allah juga diubah dengan penulisan sabdu pada huruf lam dengan baris atas. Kalau Quran Majid yg kebanyakkannya yg kita guna dahulu penulisannya tidak mengikut dhobit uthmani . Sebab itu tulisannya masih lagi guna الله.


Begitu juga dalam bahasa arab perkataan yang paling tinggi bagi orang berilmu adalah Allamah ( علامة) tetapi bagi Allah, Allah menggunakan perkataan Allamu (علام) iaitu bagi mengelakkan penulisan dalam bentuk feminin / perempuan ( مؤنث) . Tanda feminin ( مؤنث) dalam huruf arab ialah adanya huruf ya marbutah (ة).  Terdapat 4 ayat dalam alquran dengan perkataan علام الغيوب 


Contoh ayat


Holy Quran 5:109

------------------

۞ يَوْمَ يَجْمَعُ اللَّهُ الرُّسُلَ فَيَقُولُ مَاذَا أُجِبْتُمْ ۖ قَالُوا لَا عِلْمَ لَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ


(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib"

Nun Kecil Pada Kalimah ننجي

NUN KECIL PADA KALIMAH (ننجي)



Holy Quran 21:88 ( Surah al- Anbiya)

------------------

فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ ۚ وَكَذَٰلِكَ نُنجِي الْمُؤْمِنِينَ


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).


Cuba kita perhatian bagaimana al-Quran menulis ننجي dalam ayat 88 surah al- Anbiya’ dimana penulisannya نًجيdan terdapat nun kecil di antara nun dan Jim. Hanya satu saja penulisan sebegini yang terdapat dalam al -Quran. Mengapa? Sila rujuk foto yg disertakan. Dalam ilmu quran ia dipanggil dobt ( Ilmu dobt) iaitu ilmu yg dipakai bagi menanda baris dan menulis huruf quran dalam mushaf Uthmani bagi meraikan kepelbagaian kaedah bacaan ( qiraat) . Yang masyhur ada 10 qiraat yg dibaca dalam alquran. Malaysia membaca dalam qiraat Hafs an ‘Asim mengikut jalur Syatibiy.


Imam Syatibiy (Wafat:590H) dalam nuzum Aqilah menyebut: 


"وَنُونُ نُنجِي بِهَا وَالأَنْبِيَا حَذَفُوا..."

Bermaksud: "Nun (yang kedua) pada kalimah (نُنجِي) pada surah Al-Anbiya' dihazafkan ( dihilangkan)..."


Syeikh Abdul Rahman Basiyr khan Al-Makkiy (Hidup sekitar tahun 1343H) dalam karyanya "Afdhal Al-Dirar" (Hlm: 69) dan Ibnu Al-Qaseh (Wafat: selepas 800H) dalam karyanya "Talkhis Al-Fawaid" (Hlm: 61) menyebut bahawa kesemua mushaf Uthmani menulis kalimah (نُنجِي) dengan satu nun (نجي). Iaitu pada ayat 88 Surah Al-Anbiya'. 


Al-Daniy (Wafat: 444H) terlebih dahulu menyebut perihal kalimah ini dalam kitabnya "Al-Muqni'" (Hlm: 118)  sebagaimana berikut: 


حدثنا محمد بن قطن قال: حدثنا سليمان بن خلاد قال: حدثنا اليزيدي قال: (فنجي من نشاء) و (ننجي المؤمنين) هما مكتوبان بنون واحدة.


Bermaksud: "Telah meriwayatkan kepada kami Muhammad Bin Qatn dengan berkata: Telah meriwayatkan kepada kami Sulaiman Bin Khallad dengan berkata: (فنجي من نشاء) dan (ننجي المؤمنين) kedua-duanya ditulis dengan satu nun". 


Kesimpulannya, Rasm Al-Quran bagi kalimah tersebut ditulis dengan hanya satu nun bertujuan meraikan dua bacaan Qiraat yang berbeza, sekiranya ditulis dengan dua nun sudah pasti ia akan menafikan Qiraat yang membaca dengan satu nun. Namun, sekiranya ditulis dengan satu nun ianya mampu menerangkan dua wajah bacaan Qiraat secara "ihtimal". 


Jadi, kenapa didalam Al-Quran diletakkan nun kecil diatasnya bagi surah Al-Anbiya' saja dan tidak pada surah Yusuf?


Nun kecil tersebut adalah Tanda yang ditulis kemudian oleh ulama Dobtul Quran. Ia merupakan inisiatif yang diambil oleh mereka untuk memberi isyarat kepada pembaca bahawa bacaan yang diambil secara riwayat adalah dengan dua nun (نُنجِي) bagi riwayat kita Hafs. 


Imam Al-Syatibiy menyebut dalam Al-Hirz:


وَنُنجِي احْذِفْ وَثَقِّلْ كَذِي صِلاَ...


Qiraat Ibnu Amir dan Riwayat Syukbah membacanya dengan satu nun berbaris hadapan dan jim sabdu berbaris bawah iaitu (نُجِّي). Manakala Qiraat lain termasuk Riwayat kita Hafs membacanya dengan dua nun iaitu Nun pertama baris hadapan dan Nun kedua mati dan Jim berbaris bawah yang mana dibaca secara ikhfa' hakiki bagi pertemuan nun kedua mati dan jim selepasnya.


Oleh kerana Rasmnya ditulis dengan satu nun, maka ulama Dobt meletakkan nun kecil diatasnya untuk memudahkan kita membacanya dengan betul menepati riwayat. 


Rasm adalah wahyu yang diturunkan kepada Nabi SAW, maka penulisannya tidak boleh diubah. Manakala Dobt (tanda) adalah perkara ijtihadi yang datangnya dari ulama berdasarkan kemaslahatannya untuk muslimin keseluruhannya.

Kesimpulannya, kita ( Qiraat Hafs an ‘Asim ) kena baca dengan nun berbunyi “ Nunji” iaitu nun mati berjumpa jim. Hukum Ikhfa’ dengan kadar dengung 1 alif atau 2 harakat. Selamat membaca.

Sunday, January 27, 2013

Hukum Berzanji Mengikut Pandangan Ulamak Dan Huraian Hadis


Pesanan Untuk Anak-Anak-Ku
Hukum Berzanji Mengikut Pandangan Ulamak Dan Huraian Hadis

Maulid Barzanji telah masyhur di rantau sebelah kita. Amalan membacanya telah menjadi tradisi masyarakat kita di alam Melayu ini. Ketibaan bulan kelahiran Junjungan Nabi s.a.w. memeriahkan lagi majlis-majlis pembacaan kitab Maulid Barzanji dan alhamdulillah ianya masih berkekalan sehingga ke saat ini, walaupun dikecam dan disesatkan oleh beberapa golongan yang sangat cepat menghukum. Sungguh menghairankan bila membaca kitab sirah yang sarat dengan mahabbatur rasul, tiba-tiba hendak diharamkan sebab kononnya bid`ah, kononnya ada unsur pengagungan yang berlebihan, kononnya ada syirik, sedangkan apa yang didakwa syirik dan berlebihan itu hanyalah kesalahan mereka dalam memahami kata-kata Imam al-Barzanji akibat  pendek kailnya manakan sampai lautan yang dalam.Mungkin sungai yang cetek juga tidak kesampaian.  

Wahai anak-anak-Ku.

Adakah Ulamak Silam mencerca Sambutan Maulidur-Rasul?
 Jawapan: Mari kita perhatikan apa kata 3 orang ulamak silam iaitu:

(1) Al-Imam al-Hujjah al-Hafiz as-Suyuthi. Di dalam kitab beliau, al-Hawi lil Fatawa, beliau telah meletakkan satu bab yang dinamakan Husnul Maqsad fi ‘Amalil Maulid, halaman 189, beliau mengatakan:

“ Telah ditanya tentang amalan Maulid Nabi SAW pada bulan Rabiul Awal, apakah hukumnya dari sudut syarak? Adakah ia dipuji atau dicela? Adakah pelakunya diberikan pahala atau tidak? Dan jawapannya di sisiku: Bahawasanya asal kepada perbuatan maulid, iaitu mengadakan perhimpunan orang ramai, membaca al-Quran, sirah Nabi dan kisah-kisah yang berlaku pada saat kelahiran baginda dari tanda-tanda kenabian, dan dihidangkan jamuan, dan bersurai tanpa apa-apa tambahan daripadanya, ia merupakan bid’ah yang hasanah yang diberikan pahala siapa yang melakukannya kerana padanya mengagungkan kemuliaan Nabi SAW dan menzahirkan rasa kegembiraan dengan kelahiran baginda yang mulia.

(2)  Syeikh Ibn Taimiyah : “Di dalam kitab beliau, Iqtidha’ as-Shiratil Mustaqim, cetakan Darul Hadis, halaman 266, beliau nyatakan: Begitu juga apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia sama ada menyaingi orang Nasrani pada kelahiran Isa as ataupun kecintaan kepada Nabi SAW dan mengagungkan baginda, dan Allah mengurniakan pahala kepada mereka atas kecintaan dan ijtihad ini…” Seterusnya beliau nyatakan lagi : “Ia tidak dilakukan oleh salaf, tetapi ada sebab baginya, dan tiada larangan daripadanya.”

(3) Syeikhul Islam wa Imamussyurraah al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: Berkata al-Hafiz as-Suyuthi dalam kitab yang disebutkan tadi: Syeikhul Islam Hafizul ‘Asr Abulfadhl Ibn Hajar telah ditanya tentang amal maulid, dan telah dijawab begini: “Asal amal maulid (mengikut cara yang dilakukan pada zaman ini) adalah bid’ah yang tidak dinaqalkan dari salafussoleh dari 3 kurun (yang awal), walau bagaimanapun ia mengandungi kebaikan serta sebaliknya. Maka sesiapa yang melakukan padanya kebaikan dan menjauhi yang buruk, ia merupakan bid’ah yang hasanah.

 Telah jelas bagiku pengeluaran hukum ini dari asal yang tsabit iaitu apa yang tsabit dalam shahihain (shahih al-Bukhari dan shahih Muslim) bahawa Nabi SAW ketika tiba di Madinah mendapati orang Yahudi berpuasa Asyura’, lalu baginda bertanya kepada mereka (sebabnya). Mereka menjawab: Ia merupakan hari ditenggelamkan Allah Fir’aun dan diselamatkan Musa, maka kami berpuasa kerana bersyukur kepada Allah. Maka diambil pengajaran darinya melakukan kesyukuran kepada Allah atas apa yang Dia kurniakan pada hari tertentu, sama ada cucuran nikmat atau mengangkat kesusahan.” Seterusnya beliau berkata lagi: Dan apakah nikmat yang lebih agung dari nikmat diutuskan Nabi ini SAW iaitu Nabi Yang Membawa Rahmat, pada hari tersebut? Dan ini adalah asal kepada amalan tersebut. Manakala apa yang dilakukan padanya, maka seharusnya berlegar pada apa yang difahami sebagai bentuk kesyukuran kepada Allah Ta’ala samada tilawah, memberi makan, sedekah, membacakan puji-pujian kepada Nabi, penggerak hati atau apa sahaja bentuk kebaikan dan amal untuk akhirat.”
Inilah istinbat-istinbat yang dikatakan oleh mereka yang menentang sambutan maulid (anti-maulid) sebagai istidlal yang bathil serta qias yang fasid, lalu mereka mengingkarinya. Cukuplah bagi kita memerhatikan siapakah yang mengingkari dan siapa pula yang mereka ingkari!!!

Sifat manusia cenderung merayakan sesuatu yg membuat mereka gembira, sama ada sambutan yang dibuat bermacam-macam , ada yang mematuhi syarak dan ada yang tidak mematuhi syarak.
 Dalam al-Quran Allah SWT telah merayakan kelahiran para NabiNya seperti mana berikut:
(1)    Firman Allah : “(Isa berkata dari dalam perut ibunya) Salam sejahtera atasku, di hari kelahiranku, dan hari aku wafat, dan hari aku dibangkitkan” (Maryam : 33)
(2)    Firman Allah : “Salam Sejahtera dari kami (untuk Yahya as) dihari kelahirannya, dan hari wafatnya dan hari ia dibangkitkan” (Maryam:15)
Manakala dalam (Almustadrak ala shahihain hadits no.4177) ada menyatakan bahawa Rasul SAW lahir dengan keadaan sudah dikhitan .
Berkata Utsman bin Abil Ash Asstaqafiy dari ibunya yg menjadi pembantunya Aminah ra iaitu Ibu Nabi SAW, ketika bonda Nabi SAW mulai saat saat melahirkan, ibu utsman telah melihat bintang bintang terlalu dekat dengannya sehingga ia takut berjatuhan di atas kepalanya, lalu ia melihat cahaya terang benderang keluar dari Bonda Nabi SAW hingga membuat terang benderangnya bilik  dan rumah (Rujuk Fathul Bari Almasyhur Juz 6 hal 583). Berdasarkan Sirah Ibn Hisyam, ketika Rasul SAW lahir kemuka bumi beliau langsung bersujud. Juga berdasarkan kepada riwayat sahih oleh Ibn Hibban dan Hakim bahwa Bonda Nabi SAW saat melahirkan Nabi SAW melihat cahaya yg terang benderang hingga pandangannya menembus dan melihat Istana Istana Romawi ( Rujuk Fathul Bari Almasyhur Juz 6 hal 583).Di asamping itu , semasa malam kelahiran Rasul SAW itu singgahsana Kaisar Kisra telah runtuh, dan runtuh pula 14 buah jendela besar di Istana Kisra, dan Padamnya Api di Kekaisaran Persia yang mana  1000 tahun tak pernah padam. (Rujuk Fathul Bari Almasyhur Juz 6 hal 583)
Persolannya kenapa kejadian kejadian ini dimunculkan oleh Allah swt?. Adakah kemunculan ini sebagai satu fenomena biasa yang terjadi secara kebetulan?. Biarlah saya jawab lebih awal , ianya satu tanda kelahiran yang agong yang perlu kita ingat selama-lamanya. Ianya kelahiran seorang Rasul yang membawa cahaya keimanan dan melenyapkan kesyirikan di muka bumi ini. Kejadian kejadian besar ini muncul menandakan kelahiran Nabi SAW, dan Allah swt telah merayakan kelahiran Muhammad Rasulullah saw di Alam ini, sebagaimana Dia swt telah pula membuat salam sejahtera pada kelahiran Nabi nabi sebelumnya.
Persoalan. Adakah Rasulullah memuliakan hari kelahirannya. Jawapannya Ya. Rasulullah SAW memuliakan hari kelahiran beliau SAW  ketika beliau SAW ditanya mengenai puasa di hari Isnin, beliau SAW menjawab : “Itu adalah hari kelahiranku, dan hari aku dibangkitkan” (Rujuk Shahih Muslim hadits no.1162). Pengertian daripada hadis ini ialah bahawa  boleh merayakan Maulidir-Rasul  Nabi SAW asal dengan puasa. Rasul SAW dengan jelas memberi pemahaman bahwa hari Isnin itu berbeda di hadapan beliau SAW daripada hari lainnya, dan hari isnin itu adalah hari kelahiran beliau SAW. Maka jelaslah sudah bahwa Nabi SAW termasuk yang memberi perhatian pada hari kelahiran beliau SAW.
Persolannya. Adakah Para Sahabat Nabi SAW memuliakan hari kelahiran SAW. Jawapannya Ya. Sahabat memuliakan hari kelahiran Nabi saw
Berkata Abbas bin Abdul Muttalib ra : “Izinkan aku memujimu wahai Rasulullah..” maka Rasul saw menjawab: “silahkan..,maka Allah akan membuat bibirmu terjaga”, maka Abbas ra memuji dengan syair yg panjang, di antaranya : “… dan engkau (wahai Nabi saw) saat hari kelahiranmu maka terbitlah cahaya di bumi hingga terang benderang, dan langit bercahaya dengan cahayamu, dan kami kini dalam naungan cahaya itu dan dalam tuntunan kemuliaan (Al Qur’an) kami terus mendalaminya” (Rujuk Kitab Mustadrak ‘ala shahihain hadits no.5417). Orang kafir yang gembira atas kelahiran Rasul SAW juga diberi keringanan oleh Allah SWT.  Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Muttalib melihat Abu Lahab dalam mimpinya, dan Abbas bertanya padanya : “bagaimana keadaanmu?”, Abu Lahab menjawab : “di neraka, Cuma diringankan siksaku setiap Isnin  karena aku membebaskan budakku Tsuwaibah karena gembiraku atas kelahiran Rasul SAW” (Rujuk Kitab Shahih Bukhari hadits no.4813, Sunan Imam Baihaqi Alkubra hadits no.13701, syi’bul iman no.281, Fathul Baari Almasyhur juz 11 hal 431). Walaupun si kafir laknatullah ini diazab  di alam barzakh, namun tentunya Allah berhak menambah siksanya atau menguranginya menurut kehendak Allah swt, maka Allah menguranginya setiap hari Isnin karena telah gembira dengan  kelahiran Rasul saw dengan membebaskan budaknya. Walaupun mimpi tak dapat dijadikan hujjah untuk memecahkan hukum syariah, namun mimpi dapat dijadikan hujjah sebagai manakib, sejarah dan lainnya, misalnya mimpi orang kafir atas kebangkitan Nabi saw, maka tentunya hal itu dijadikan hujjah atas kebangkitan Nabi saw maka Imam imam di atas yang meriwayatkan hal itu tentunya menjadi hujjah bagi kita bahwa hal itu benar adanya, karena diakui oleh imam imam dan mereka tak mengingkarinya.
Wahai anak-anak-Ku. Jangan terikut ikut dengan hujjah orang-orang yang ingkar dan menolak sambutan Maulidur-Rasul. Peganglah betul-betul nas-nas yang dinyatakan di atas. Bagaimana halnya dengan orang yang mengingkari akan sambutan maulidur-rasul ini. Wahai anak-anak-Ku selalulah memohon ampun kepada Allah dan mohonkan juga agar dicucuri cahaya kebenaran dan memohon agar sentiasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW sampai akhir hayat.

Wahai anak-anak-Ku. Bolehkah kita mengucap syair memuji Rasulullah di Masjid.
Jawapannya. Rasulullah saw memperbolehkan Syair pujian di masjid.  Hassan bin Tsabit ra membaca syair di Masjid Nabawi,  lalu ditegur oleh Umar ra, lalu Hassan berkata : “aku sudah baca syair nasyidah di sini di hadapan orang yg lebih mulia dari engkau wahai Umar (yaitu Nabi saw), lalu Hassan berpaling pada Abu Hurairah ra dan berkata : “bukankah kau dengar Rasul saw menjawab syairku dengan doa : wahai Allah bantulah ia dengan ruhulqudus?, maka Abu Hurairah ra berkata : “betul” (Rujuk Shahih Bukhari hadits no.3040, Shahih Muslim hadits no.2485). Ini menunjukkan bahwa pembacaan Syair di masjid tidak semuanya haram, sebagaimana beberapa hadits shahih yg menjelaskan larangan syair di masjid, namun jelaslah bahwa yg dilarang adalah syair-syair yg membawa pada kelalaian (Ghaflah), keduniaan,  namun syair syair yg memuji Allah dan Rasul Nya maka hal itu diperbolehkan oleh Rasul saw bahkan dipuji dan didoakan oleh beliau saw sebagaimana riwayat di atas, dan masih banyak riwayat lain sebagaimana dijelaskan bahwa Rasul saw mendirikan mimbar khusus untuk Hassan bin Tsabit di masjid agar ia berdiri untuk melantunkan syair syairnya (Rujuk Kitab Mustadrak ala shahihain hadits no.6058, sunan Attirmidzi hadits no.2846) oleh Aisyah ra bahwa ketika ada beberapa sahabat yang mengecam Hassan bin Tsabit ra maka Aisyah ra berkata : “Jangan kalian caci hassan, sungguhnya ia  selalu membanggakan Rasulullah saw”(Musnad Abu Ya’la Juz 8 hal 337).
Wahai anak-anak-Ku, bagaimana imam-imam besar menjelaskan hukum sambutan maulidur-rasul ini.

(1) Berkata Imam Al Hafidh Ibn Hajar Al Asqalaniy rahimahullah : Telah jelas dan kuat riwayat yg sampai padaku dari shahihain bahwa Nabi saw datang ke Madinah dan bertemu dengan Yahudi yg berpuasa hari asyura (10 Muharram), maka Rasul saw bertanya maka mereka berkata : “hari ini hari ditenggelamkannya Fir’aun dan Allah menyelamatkan Musa, maka kami berpuasa sebagai tanda syukur pada Allah swt, maka bersabda Rasul saw : “kita lebih berhak atas Musa as dari kalian”, maka diambillah darinya perbuatan bersyukur atas anugerah yg diberikan pada suatu hari tertentu setiap tahunnya, dan syukur kepada Allah  dapat dilakukan dengan pelbagai cara, seperti sujud syukur, puasa, shadaqah, membaca Alqur’an, maka nikmat apalagi yg melebihi kebangkitan Nabi ini?, telah berfirman Allah swt “SUNGGUH ALLAH TELAH MEMBERIKAN ANUGERAH PADA ORANG  ORANG MUKMININ KETIKA DIBANGKITKANNYA RASUL DARI MEREKA” ( Ali-Imran 164)

(2) Pendapat Imam Al Hafidh Jalaluddin Assuyuthi rahimahullah : Telah jelas padaku bahwa telah muncul riwayat Baihaqi bahwa Rasul saw berakikah untuk dirinya setelah beliau saw menjadi Nabi (Ahaditsul mukhtarah hadis no.1832 dengan  sanad shahih dan Sunan Imam Baihaqi Alkubra Juz 9 hal.300), dan telah diriwayatkan bahwa datuknya Abdul Muttalib telah berakikah untuknya sewaktu umur beliau SAW berusia  7 tahun, dan akikah tak mungkin diperbuat dua kali, maka jelaslah bahwa akikah beliau saw yg kedua atas dirinya adalah sebagai tanda syukur beliau saw kepada Allah swt yg telah membangkitkan beliau saw sebagai Rahmatan lil’aalamiin dan membawa Syariah utk ummatnya.

Maka sebaiknya bagi kita juga untuk menunjukkan rasa syukur  dengan Maulid beliau saw dengan mengumpulkan teman teman dan saudara saudara, menjamu dg makanan makanan dan yg serupa itu untuk mendekatkan diri kepada Allah dan kebahagiaan. Bahkan Imam Assuyuthi mengarang sebuah kitab khusus mengenai perayaan maulid dengan nama : “Husnul maqshad fii ‘amalil maulid” .

(3) Pendapat Imam Al hafidh Abu Syaamah rahimahullah (Guru imam Nawawi) : Merupakan Bid’ah hasanah yg mulia di zaman kita ini adalah perbuatan yg diperbuat setiap tahunnya di hari kelahiran Rasul saw dengan banyak bersedekah, dan kegembiraan, menjamu para fuqara, seraya menjadikan hal itu memuliakan Rasul saw dan membangkitkan rasa cinta pada beliau saw, dan bersyukur kepada Allah dg kelahiran Nabi saw.

(4) Pendapat Imamul Qurra’ Alhafidh Syamsuddin Aljazriy rahimahullah dalam kitabnya ‘Urif bitta’rif Maulidissyariif : Telah diriwayatkan Abu Lahab diperlihatkan dalam mimpi dan ditanya apa keadaanmu?, ia menjawab : “di neraka, tapi aku mendapat keringanan setiap malam Isnin, itu semua sebab aku membebaskan budakku Tsuwaibah demi kegembiraanku atas kelahiran Nabi (saw) dan karena Tsuwaibah menyusuinya (saw)” (shahih Bukhari). Maka apabila Abu Lahab Kafir yg Alqur’an turun mengatakannya di neraka mendapat keringanan sebab ia gembira dengan kelahiran Nabi saw, maka bagaimana dg muslim ummat Muhammad saw yg gembira atas kelahiran Nabi saw?, maka demi usiaku, sungguh balasan dari Tuhan Yang Maha Pemurah sungguh sungguh ia akan dimasukkan ke syurga kenikmatan Nya dengan sebab anugerah Nya.


(5) Pendapat Imam Al Hafidh Syamsuddin bin Nashiruddin Addimasyqiy dalam kitabnya Mauridusshaadiy fii maulidil Haadiy : Serupa dg ucapan Imamul Qurra’ Alhafidh Syamsuddin Aljuzri, yaitu menukil hadits Abu Lahab

(6) Pendapat Imam Al Hafidh Assakhawiy dalam kitab Sirah Al Halabiyah berkata ”tidak dilaksanakan maulid oleh salaf hingga abad ke tiga, tapi dilaksanakan setelahnya, dan tetap melaksanakannya umat islam di seluruh pelusuk dunia dan bersedekah pd malamnya dg berbagai macam sedekah dan memperhatikan pembacaan maulid, dan berlimpah terhadap mereka keberkahan yg sangat besar”.


(7) Imam Al hafidh Ibn Abidin rahimahullah dalam syarahnya maulid ibn hajar berkata : ”ketahuilah salah satu bid’ah hasanah adalah pelaksanaan maulid di bulan kelahiran nabi saw”


(8) Imam Al Hafidh Ibnul Jauzi rahimahullah dengan karangan maulidnya yg terkenal ”al aruus” juga beliau berkata tentang pembacaan maulid, ”Sesungguhnya membawa keselamatan tahun itu, dan berita gembira dg tercapai semua maksud dan keinginan bagi siapa yg membacanya serta merayakannya” .

(9) Imam Al Hafidh Al Qasthalaniy rahimahullah dalam kitabnya Al Mawahibul ladunniyyah juz 1 hal 148 cetakan al maktab al islami berkata: ”Maka Allah akan menurukan rahmat Nya kpd orang yg menjadikan hari kelahiran Nabi saw sebagai hari besar”.

Wahai anak-anak-Ku. Tiada satupun para Muhadditsin dan para Imam yg menentang dan melarang hal ini, tidak seperti mana  yang disampaikan oleh kalangan anti maulid, maka mereka ternyata hanya menggunting dan memotong ucapan para Imam itu, dengan kelicikan yg jelas mahu meniru kelicikan para misionaris dalam menghancurkan Islam. Mereka-mereka ini menggunakan akal fikiran yang sempit dan mahu mencari keuntungan dunia dan yang sebenarnya mereka ini menentang Rasul SAW walaupun nampaknya secara luaran seolah-olah mencintai Rasul SAW.

Wahai anak-anak-Ku. Bagaimana pula kalau ditanya, bolehkah berdiri ketika maulid. Jawapannya ialah kita berdiri sewaktu pembacaan Maulid merupakan Qiyas dari kerinduan pada Rasul saw, dan menunjukkan semangat atas kedatangan sang pembawa risalah pada kehidupan kita, hal ini lumrah saja, sebagaimana penghormatan yg dianjurkan oleh Rasul saw adalah berdiri, sebagaimana diriwayatkan ketika Sa’ad bin Mu’adz ra datang maka Rasul SAW  berkata kepada kaum ansar : “Berdirilah untuk tuan kalian” (shahih Bukhari hadits no.2878, Shahih Muslim hadits no.1768), demikian pula berdirinya Thalhah ra untuk Ka’b bin Malik ra.
Memang mengenai berdiri penghormatan ini ada ikhtilaf ulama, sebagaimana yg dijelaskan bahwa berkata Imam Alkhattabi  bahwa berdirinya bawahan untuk majikannya, juga berdirinya murid untuk kedatangan gurunya, dan berdiri untuk kedatangan Imam yg adil dan yg semacamnya merupakan hal yg baik, dan berkata Imam Bukhari bahwa yg dilarang adalah berdiri untuk pemimpin yg duduk, dan Imam Nawawi yg berpendapat bahawa tidak mengapa berdiri untuk penghargaan, sebagaimana Nabi saw berdiri untuk kedatangan putrinya Fathimah ra saat ia datang, namun ada pula pendapat lain yg melarang berdiri untuk penghormatan. (Rujuk Fathul Baari Almasyhur Juz 11 dan Syarh Imam Nawawi ala shahih muslim juz 12 hal 93).
Diriwayatkan bahwa Imam Al hafidh Taqiyuddin Assubkiy rahimahullah, seorang Imam Besar dan terkemuka di zamannya bahwa ia berkumpul bersama para Muhaddits dan Imam Imam besar di zamannya dalam perkumpulan yang mana dalam perkumpuolan tersebut dibaca puji pujian untuk nabi saw, lalu di antara syair syair itu merekapun  berdiri termasuk Imam Assubki dan seluruh Imam imam yg hadir bersamanya. Lalu Imam Ibn Hajar Alhaitsamiy rahimahullah berkata bahwa Bid’ah hasanah sudah menjadi kesepakatan para imam bahwa perkara tersebut merupakan hal yg sunnah, (berlandaskan hadist shahih muslim no.1017 yg tercantum pd Bab Bid’ah) iaitu bila dilakukan mendapat pahala dan bila ditinggalkan tidak mendapat dosa, dan mengadakan maulid itu adalah salah satu Bid’ah hasanah,
Dan berkata pula Imam Assakhawi  rahimahullah bahwa mulai abad ketiga hijriah mulailah hal ini dirayakan dengan banyak sedekah dan perayaan agung ini diseluruh dunia dan membawa keberkahan bagi mereka yg mengadakannya. (Sirah Al Halabiyah Juz 1 hal 137)
Wahai anak-anak-Ku.
Pada kesimpulannya menyambut dan merayakan  maulid ini bertujuan mengumpulkan muslimin untuk bersatu dan bersilaturahmi sekaligus mendengarkan ceramah islami yg diiringi dengan selawat  dan salam pada Rasul saw, dan puji pujian pada Allah dan Rasul saw yg sudah diperbolehkan oleh Rasul saw, dan untuk mengembalikan kecintaan mereka pada Rasul saw, maka semua maksud ini tujuannya adalah kebangkitan risalah pada ummat yg dalam  telah lalai (ghaflah)  maka Imam dan Fuqaha manapun tak akan ada yg mengingkarinya karena jelas merupakan salah satu cara membangkitkan keimanan muslimin. Oleh itu tidak sepatutnya orang yang mengaku islam dan mengakui akan kerasulan SAW mengingkari sambutan maulidur-rasul.

Akhir kalam, marilah kita perhatikan bagaimana pandangan ulamak kini mengenai amalan amalan bermaulid, bermarhaban dan membaca Barzanji

(1) Berkata  almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Datuk Kadir Hassan dalam fatwanya menyatakan: ‘Pada hakikatnya adalah merupakan sebagai puji-pujian dan mengucap salawat dan salam kepada Junjungan s.a.w.Berdiri ketika sampai kepada bacaan Nabi dilahirkan lalu membawa "Marhaban Jaddal Husaini", "Ashraqal Badru 'Alaina" dan lain-lain seterusnya sebagai menghormati Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan-amalan yang baik dan tiada sekali-kali terlarang di dalam syarak, asal jangan berubah kalimat-kalimatnya yang boleh merosak makna.’

(2) Sayyid Zaini Dahlan, Mufti Besar Imam Syafiee di Mekah (wafat 1304H) berpendapat bahawa mengadakan Maulud Nabi dengan membaca kisah-kisah baginda dan berdiri dan membesarkan Nabi s.a.w. adalah suatu hal yang baik. Dan telah mengerja seperti itu banyak dari ulama-ulama yang menjadi ikutan Ummah. (I`anatuth Tholibin, Juz III halaman 363).

(3) Imam Taqiyuddin as-Subki, seorang ulama yang terbesar dalam Mazhab asy-Syafiee (wafat tahun 657H) juga berpendapat bahawa berdiri ketika mendengar kisah Nabi dilahirkan adalah suatu pekerjaan yang baik demi menghormati Nabi. Pendeknya tiadalah diragu-ragukan bahawa mengadakan Zikir Marhaban seperti yang berlaku di dalam masyarakat kita tiadalah sekali-kali tertegah dalam syarak malah ianya adalah termasuk di dalam pekerjaan yang baik.

(4) Shohibus Samahah Datuk Haji Mohd. Yunus bin Mohd Yatim, mufti ke-3 Negeri Melaka, turut mendokong amalan Barzanji. Beliau menyatakan:’  Adalah dimaklumkan bahawa bacaan barzanji telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam di sebelah sini dan ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab barzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (Sirah Nabawiyyah) selain daripada puji-pujian bagi Rasul junjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup Rasulullah yang mana percaya kepada Rasul salah satu Rukun Iman. Orang Islam hendaklah mengetahui Rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang membaca barzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan. Oleh itu, membaca barzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan memuliakan Rasul utusan Allah itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para mala’ikat-Nya mengucap salawat atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah salawat dan salam ke atasnya.’

(5) Tersebut di dalam kitab I’anathuth Tholibin oleh Sayyidisy-Syaikh Abu Bakar Syatha ad-Dimyathi: ‘Telah berkata Imam Hasan al-Bashri (Wafat 116H, pernah bertemu dengan lebihkurang 100 orang shahabat): “Aku kasih jika ada bagiku seumpama gunung Uhud emas untuk ku nafkahkan atas pembacaan Maulidur-Rasul”.

(6) Telah berkata Syeikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297H): “Sesiapa yang hadir maulidur-Rasul dan membesarkan  baginda, maka telah berjayalah dia dengan iman”. Kata-kata ulama ini juga boleh didapati di dalam kitab an-Nafahatul Miskiyyah fi fadhilathi qiraati maulidi khairil bariyyah karangan asy-Shaikh Muhammad bin Abdullah as-Suhaimi dan juga terjemahannya yang bertajuk Hembusan Kasturi oleh Fadhilatul Ustaz Taha as-Suhaimi.

Sekian untuk anak-anak-Ku. Peganglah nasihat ini agar kita tidak sesat.

Edited by Hj Sam

Doa Dua Executive Talk


DU’A IN CONJUNCTION WITH THE  EXECUTIVE TALK
AT DAMAR MINYAK HALL ON 23rd JANUARY 2013
HELD BY
FORESTRY DEPARTMENT PENINSULAR MALAYSIA

 In The Name of Allah, The Most Merciful, The Most Kind

In this blessed day, in conjunction with the Executive Talk , we pray for you.

O God, strengthen our hearts, manifest feelings of brotherhood, love, possessing bury into our soul, being patient, diligent in the discharge entrusted and simplified all our dealings.

O Allah, I beg  thee of all good things which pertains to this day and days here after and seek .  Thy protection from all evil which pertains to this day and days hereafter.

O Allah! You are Peace, and All Peace is from You; and all Peace returns to You. O Master of Power and Glory. Inconjuction with the Executive Talk,  Guide us among those whom You guide. Grant us health and pardon among those whom You grant health and pardon.

O Allah have mercy on me to be able to leave disobeying you till I am alive. Show mercy on me by not imposing a troublesome and difficult task on me. Make me do good deeds that please you. Make me learn your book by heart, just like you have taught me. Give me the ability to recite it in a manner that pleases you. 

O Allah enlighten my wisdom, open the doors of understanding and liberate my heart. Loosen my tongue, let my body be active and give me strength for it. No one can help me save you. There is no god except you.

O my Lord! Open for me my chest And ease my task for me. And loose the knot  from my tongue. That they understand my speech.

My Lord! Increase me in Knowledge.  O Allah ! Grant me the understanding of Deen .

O Allah ! I ask You for beneficial Knowledge, pure provision and acceptable deeds. O Allah ! benefit me through what You taught me and teach me what is beneficial for me and increase me in knowledge.



O Allah show us the Truth as Truth, and render us help to follow that; and show us falsehood as falsehood, and help us to avoid that.
O Allah! Make light in my heart, light in my sight and light in my hearing, light to my right and light to my left, light above me and light below me, light before me and light behind me, let there be light for me, light in my tongue, light in my muscles, light in my flesh, light in my blood, light in my hair, light in my body, light in my soul and intensify the light for me. O Allah! Bestow me with light.
O Allah, make this a gathering on this auspicious gathering and after this our separation is a separation of the blessed.


Edited by Hj Sam